Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.

Gadis Bertudung

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.


Spread the love

198 Comments

  1. Terciptanya lelaki itu untuk membimbing wanita-wanita. Lelaki itu khalifah, Lelaki itu ketua keluarga.

    Realitinya, nampak macam banyak wanita yang rosak. (Wanita kan lebih ramai berbanding lelaki)…

    Hakikatnya lebih banyak kini lelaki yang rosak lagi merosakkan.

    Lebih banyak generasi wanita rosak, maka lebih jelas & lebih banyak lelaki yang sudah rosak, tetapi masih tak mengaku rosak.

    Rosak – ‘Dah tak tau apa fungsi “khalifah” itu… – Samada untuk diri sendiri atau orang di sekelilingnya..’

    Benarlah di akhir zaman, Perempuan akan menyerupai lelaki, Lelaki akan menyerupai perempuan…

    Perempuan kini lebih banyak mendidik lelaki, berbanding lelaki mendidik perempuan…

    – Muhasabah untuk diriku sendiri sebagai lelaki & bakal suami, bakal ayah..

    Ikhlas,

    Amin Johar (AJ)
    Curahan rasa aminjohar @ ..Berperang dengan 404 Error, Demi SEOMy Profile

  2. nampak seperti menjadi trend wanita sekarang..fesyen bertudung pun sudah bermacam-macam…niat memakai tudung sudah lari iaitu menunjuk-nunjuk fesyen yang dipakai…

  3. Selalunya alasan tak belum pergi haji sebab tak sampai seru.. kalau yang tak sembahyang tu sebab belum dapat hidayah???

      1. satu penghijrahan yang sangat baik dan semoga ia menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.
        Kita doakan semoga mereka terus istiqamah dalam melakukan perkara ini. Hal ini jelas membuktikan kegemilangan islam semakin hampir dan di terima oleh semua golongan tanpa megira latar belakang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!