Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.
2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.
Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.
Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.
Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.
Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.
198 Comments
Harap jangan bertudung bukan menjadi budaya atau fesyen.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Aktiviti Hujung Minggu | Birthday Boy @ Pantai Batu Buruk
Kalau dilihat skrg anak2 muda lebih kepada fesyen dan tidak lagi menitikberatkan hukum hakam….semoga anak2 kita diberikan perlindungan…InsyaAllah
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Gambar Senja di Semporna
Nice sharing bro denaihati..betul tu, kebanyakan gadi2 sekarang bila ditanya selamber je jawab tak sampai seru lagi..huhu
Curahan rasa MK Syahir @ ..Segmen Miz Ruha | Lesen | Versi Typo Friday
First dalam bertudung adalah tutp aurat.. second, baru fesyen!
Curahan rasa Webberita @ ..WonderGirls Pakai Baju Kurung Ketika Konsert Di Kuala Lumpur
ramai yg bertudung tp tidak menutup aurat. hmmm..
Curahan rasa khairil @ ..10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia
Mudah-mudahan keluarga, isteri dan anak -anak perempuan kita bisa menutup aurat sesuai syari’at Islam.
Curahan rasa Suwono @ ..Cara Menurunkan Kadar Kolesterol
perempuan sekarang bukannya taknak pakai tudung, tappi dorang cuma tak tahu jer yang cantik tu kalau asyik kena tayang je lama2 boleh lusuhkan, Jal sendiri pon risau nak jaga adik2 Jal dah la empat2nya perempuan kena jaga betul2.
Curahan rasa jal @ ..Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 ATM VS Kelantan
tepuk dada tanya iman…..hidayah patut dicari, bukan dinanti. Ramai org bertudung tapi x benar-benar faham batasan aurat
Curahan rasa melur @ ..Selepas jenazah dikebumi
percuma kalo kepala di kerudung ke bawah pake rock mini,,, hehe,,, g pnts ya??
Curahan rasa cara pemesanan ace maxs @ ..Obat kanker darah dengan penanganan medis dan tradisional
Saya sangat setuju kalau wanita muslim senantiasa menggunakan kerudung, tapi atas dasar syariat bukan sebagai mengikuti mode saja,,
Curahan rasa ananda @ ..Family holiday safaris is a very pleasant experience
kalau bertudung sahaja memang tak cukupo kalau aurat terdedah sana sini,dosa tetap dpt….
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Aku Didalam Proses Bina Badan
Wanita muslim menggunakan kerudung, sungguh elok untuk dilihat,
Curahan rasa fira @ ..Tips for Installing New Audio and Video Equipment in Your Car
… girls masa kini ada yang bertudung untuk menutup aurat, ada juga yang betudung menutup aurat tapi berfesyen untuk tampil ranggi dari sekadar tudung biasa. Lumrah wanita, suka tampil cantik. Saya OK dengan hal sebegini, janji fesyen Muslimah itu tidak lari dari syarak.
Curahan rasa iAwani @ ..Motorola Senaraikan 13 Telefon Pintar Terima Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean
Seksi dan tudung mmg tak boleh come hand in hand kan? Ramai lebih bengang dari bertudung dan seksi dari seksi yg seksi… Hmmm wallahualam…
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Dear Facebook Users
Tidak faham antara bertudung dengan menutup aurad punca terjadinya kecelaruan, Allah memerintahkan menutup aurad bukan memerintahkan kaum wanita bertudung. Kalau tak bertudung pun tak apa asalkan menutup aurad, contoh yg pernah dibuat oleh ustaz Don, kalau wanita mengunakan baldi untuk menutup bahagian kepalanya pun dah di kira menutup aurad.
Tetapi wanita sekarang tak faham itu (bukan semua), semuanya main ikut-ikutan maka terjadilah wanita yang “berpakaian tetapi telanjang” harap-harap dengan entri di atas dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita (yang belum faham) untuk mendalami ilmu agama, sebab silapnya cara anda berpakaian di dunia ini akan menyebabkan anda mendapat azab di akhirat.
Ni pun satu hal juga, tidak beriman dengan hari akhirat menjadikan kita tak kisah semuanya… hantam saja asal hati suka lantak apa orang nak kata.
Curahan rasa Lensa @ ..Ubat Manakah Selamat Diambil Ketika Hamil?
itulah y sebenarnya…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Aku Didalam Proses Bina Badan
Comments are closed.