Bertemu teman lama di Intel Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blog Denaihati telah dijemput ke majlis penerangan gadget terbaru dalam pasaran Ultrabook Toshiba Portege Z830 anjuran bersama Intel Electronics Malaysia, Toshiba dan Media Contacts di pejabat Intel Electronics Malaysia. Pernah dengar ke Ultrabook ni apa? Aku pening nak bezakan Ultrabook, Notebook dan Laptop. Cuma yang aku tahu Jaws dah beli Ultrabook Asus Zenbook dan kalau tak silap bos besar Al Ansar Properties pun dan tukar ke Ultrabook Toshiba Portege Z830.

Di lobi Wisma UOA untuk pertama kalinya aku bertemu dengan Blogger hebat Emila Yusof tuan punya Emilayusof.com pesaing untuk Best of the Best Blog Award. Dah lama sangat kenal Emila Yusof secara online memang suka hasil karya beliau yang kreatif tetapi inilah kali pertama bertemu bersua muka. Sebelum bekerjasamma dengan Anarm beberapa kali Emila Yusof bantu design banner dan header blog Denaihati. Yang bestnya tu aku baru merancang nak buat satu entri untuk senaraikan Blogger yang sudah lama kenal secara online tapi belum pernah berjumpa antaranya RestnReliks, Mariuca dan juga Emila Yusof.

Sampai di pejabat Intel aku ditegur oleh seseorang rupanya rakan sekolah yang dah bertahun tak jumpa Pn Zalinda Zainon, Public Relations Manager, Intel Electronics Malaysia. Terakhir jumpa ketika beliau bertugas di NTV7. Dalam ucapan pembukaan beliau sebut terperanjat melihat nama aku tersenarai antara 5 Blogger Malaysia dan 3 Blogger Singapore yang terpilih. Beliau pelik bila pulak aku jadi Blogger … ha ha ha memang tak ramai kawan rapat dan keluarga yang tahu aku ni adalah seorang Blogger picisan.

20120201-101028.jpg
Puan Zalinda Zainon my classmate sedang memberi penjelasan

Seronok dapat bertemu teman lama Emila Yusof dan Zalinda dan pasti dalam tempot 2-3 bulan ini akan lebih banyak pertemuan lagi. Tak lupa juga aku berjumpa Blogger hebat Benashaari tuan punya Benashaari.com blog yang paling kerap dilawati 2011 juga Jason Goh, Rebecca Saw dan Nicole Tan.

Nota : Faiz Mohamad Nor kata ultrabook ni dia define ngan beberapa ciri macam instant on – load dalam 2 saat dari sleep, instant connect – sambung internet laju, nipis, processor generasi kedua, bateri tahan lama dan lain2.. setakat ni puas hati pakai..plg best, tak panas. (Ada pulak kawan tanya apa tu Intel – ada yg boleh tolong jawab ke?)


Spread the love

220 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!