Assalamualaikum Salam 1Dunia,
Alhamdulillah, semakin ramai rakan artis yang telah berhijrah, telah terbuka pintu hatinya untuk memakai hijab. Dari yang tidak bertudung sekarang sudah berhijrah ke bertudung pula. Malah saudara baru kita Felixia Yeap atau nama islamnya Raisyyah Rania Yeap juga telah dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama islam dan menjadi seorang muslimah.
Siapa kata seorang muslimah tidak boleh bergaya ? Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pemakaian seorang muslimah. Kebiasaan kebanyakan orang berfikir bahawa pemakaian secara muslimah kelihatan seperti sudah tua dan berumur dan tidak mengikut trend sekarang.
Ianya tanggapan yang salah apabila lelaki melihat wanita yang memakai pakaian muslimah TIDAK anggun atau pun tidak menarik perhatian. Bagaimanapun kini kaum hawa sudah banyak berpakaian muslimah dan sehinggakan pemakaian mereka memberi respon kepada kaum adam seperti “Cantik sungguh wanita itu, alangkah bagusnya jika dia menjadi isteri saya suatu hari nanti.. ”
Aku faham dalam zaman ibu bapa kita, kurang pilihan sebenarnya baju-baju muslimah. Walau bagaimanapun kini generasi kita mempunyai lebih banyak pilihan pakaian muslimah.
Jika anda ingin bergaya dalam pemakaian muslimah, pastikan anda mengikuti syariah islam seperti di bawah:
1. Elakkan berpakaian ketat supaya tidak nampak susuk tubuh anda, longgarkan pakaian anda. Nanti timbul fitnah pada agama dan jadi bahan tatapan pada tempat-tempat tertentu pula.
2. Labuhkan shawl atau hijab dan pastikan kena tutup dada anda.
3. Ikhlaskan hati kerana allah – pasti kehidupan kekal mu di akhirat nanti akan mendapat balasan yang setimpal dengan keikhlasan dan kesabaran anda.
Cuba lihat Felixia Yeap ataupun Raisyyah Rania Yeap bergaya dalam pemakaian muslimah.
Ini contoh pakaian muslimah dengan tema warna merah, dan anda boleh melihat Raisyyah Rania Yeap ikut syariah islam dengan memakai tidak terlalu ketat. Namun masih boleh bergaya bukan ?
Red Long Cardigan– RM34.00
Palazzo– RM32.00
Tema merah jambu dengan Jubah panjang yang mempunyai padanan warna yang hampir sama dengan beg merah jambu, mudah tetapi elegan.
Handbag– RM21.20
Jubah – RM58.90
Ini Jubah dua tona menggunakan konsep yang hampir sama 2 warna dengan reka bentuk renda pada bahagian pinggang. Ia membawa perasaan menawan seperti seorang puteri. Hanya dikenakan bayaran RM39.90
Dengan menggunakan idea merak bulu yang indah, bahagian tengah pakaian muslimah ini adalah titik utama untuk membuat pakaian ini kelihatan cantik. Anda boleh mendapatkannya dengan hanya RM39.90
Ini Set Baju Muslimah Berlin Maxi datang dengan pakaian panjang, longgar jalur outter atas, dan scraft warna (lebih kecil daripada tudung), semua dengan hanya berharga RM42.00.
Kita mampu sebenarnya kalau nak bergaya dengan pemakaian muslimah.
Sempena raya yang akan datang, nile.com.my ( Online Shopping Malaysia ) telah memperkenalkan pelbagai pakaian muslimah, dari tudung untuk jubah kepada pakaian muslimah, pada harga yang sangat sangat berpatutan.
Ada lagi!
Semasa ramadan ini, anda boleh menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum hanya RM48 di nile.com.my. Layani pada promo PENGHANTARAN PERCUMA >> di sini <<
Nak bergaya dengan baju muslimah? Tapi tak nak mahal? Kunjungilah nile.com.my SEKARANG!
Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa
293 Comments
Baju dibekal oleh nile memang selesa dipakai. Boleh fikirkan beli satu bila perlu tambah satu lagi baju utk almari anda.
Curahan rasa Sha @ ..Kebaikan dan Kelemahan Untuk Membeli Baju Muslimah Online
perlu dipanjangkan lagi supaya menutup semuanya bukan membungkus tetapi tetap kentara lekuk tubuhnya
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf
Felixia Yeap 😉 untungnya dia dapat hidayah Allah untuk berubah dan memeluk islam. yes, lebih cantik jika kita menutup aurat.
Curahan rasa ayufrhna @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Hidayah memang adalah sesuatu yang tak disangka karena ia adalah datang Dari Nya
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
baju cantik-cantik harga pun murah, sukanya macam ni. nak cari jubah yang cantik tapi murah memang susah nak dapat
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
memberi peringatan kepada diri juga kerana tanpa iman yang kuat dan terus istiqamah. diri akan sentiasa melakukan amalan yang baik
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
sewaktu Felixia Yeap belum memeluk islam tapi dia telah menurup aurat dengan sempurna.
Curahan rasa misz aa @ ..Birthday Giveaway by Shad
Bangga dengan Felixia Yeap ni sebab sebelum memeluk Islam pun dah mula menutup aurat. Agak memalukan juga bila tengok perempuan muslim ramai lagi yang masih tidak menutup aurat.
Curahan rasa nord @ ..Masih Belum Kurus?
Apa yang penting dalam bergaya, tepati syariah, dan tidak melebih-lebih.. bersederhana .. takut dilabel mangsa fesyen pula nanti kalau melampau-lampau..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
memang masih boleh bergaya walaupun menutup aurat dengan sempurna .. jadi tak ada masalah pun kalau mahu bergaya
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
yup, apa yang penting, bersederhana dan jangan melampau 🙂 kan.. dan tak semestinya yang mahal mahal
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
mmg murah baju-bajunya… tahniah Felixia Yeap kerana tabah dengan pelbagai tomahan dan menghadapi dugaan dengan senyuman selalu..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
bila popular, makin ramai yang suka dan dalam masa yang sama, ramai haters.. jadi kadang-kadang low profile itu lebih baik
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Amat kagum dengan Felixia Yeap. Perubahan yang dialami oleh beliau kini sebenarnya boleh kita jadikan contoh. Syukur alhamdulillah, sedap mata memandangnya kini. Semoga PG dan rakan-rakan blogger, juga muslimah diluar sana menjadikan fesyen muslimah bukan hanya sekadar fesyen semata-mata, tapi jadikan ianya adalah sebagai satu ibadah. Menjaga aurat kita kerana keredhaan Allah S.W.T. InshaAllah. Sama-samalah kita beringat wahai muslimah.
yang baik jadikan ikutan, yang tak berapa elok tu kita jadikan sempadan, dan cuba ubah ke arah yang lebih baik
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
gaya felixia-yeap nampak semakin sopan berbanding kita yang dah lama bertudung tetapi tidak kelihatan sopan hanya tutup syarat jer menutup aurat.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
doakan saudara seagama kita yang lain agar terbuka hati mereka melakukan perubahan yang lebih baik selepas ini
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Wanita Bertubuh Besar Adalah Seorang Yang Ceria Dan Friendly?
Jangan sesekali menilai dan menjatuhkan hukum kpd seseorang… Jika Allah berkehendak, diberinya hidayah… Mungkin beliau lebih mulia dari kita disisi Allah… Wallahualam.
Cantik2 pula jubah yg digayakan ini… 🙂 semanis orang nya…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
ya.. zam setuju.. jangan cepat menjatuhkan hukum, kesalahan orang lain.. kita bukanlah suci seperti malaikat.. ada kekurangan juga
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Wanita Bertubuh Besar Adalah Seorang Yang Ceria Dan Friendly?
kita sebagai manusia tak adahak nak jatuh hukum dan mempertikaikan kesalahan seseorang.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Suka tengok Raisyyah Rania Yeap nih . Sejuk mata memandang . Gaya pemakaian pon menutup aurat . Tertutup dengan baik . Cantik jugak orangnya .
Curahan rasa CikkMira @ ..Tutorial : Comment box like me
semoga boleh jadi satu dakwah yang baik untuk anak muda yang lain..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Zam Di Tayangan Filem Upin Ipin
alhamdulillah allah buka pintu hatinya untuk memeluk islam suka tengok penampilan dia..cantiknya baju-baju di nile..nk dekat raya haji ni..boleh terjah nnt website tu..
Curahan rasa adna2029 @ ..Contest Blog Comel By: Sheda Ucu
hidayah itu milik Allah kan.. sesiapa sahaja boleh dapat biarpun latar belakang hidupnya jauh berbeza sebelum ini
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
Comments are closed.