Assalamualaikum Salam 1Dunia,
Alhamdulillah, semakin ramai rakan artis yang telah berhijrah, telah terbuka pintu hatinya untuk memakai hijab. Dari yang tidak bertudung sekarang sudah berhijrah ke bertudung pula. Malah saudara baru kita Felixia Yeap atau nama islamnya Raisyyah Rania Yeap juga telah dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama islam dan menjadi seorang muslimah.
Siapa kata seorang muslimah tidak boleh bergaya ? Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pemakaian seorang muslimah. Kebiasaan kebanyakan orang berfikir bahawa pemakaian secara muslimah kelihatan seperti sudah tua dan berumur dan tidak mengikut trend sekarang.
Ianya tanggapan yang salah apabila lelaki melihat wanita yang memakai pakaian muslimah TIDAK anggun atau pun tidak menarik perhatian. Bagaimanapun kini kaum hawa sudah banyak berpakaian muslimah dan sehinggakan pemakaian mereka memberi respon kepada kaum adam seperti “Cantik sungguh wanita itu, alangkah bagusnya jika dia menjadi isteri saya suatu hari nanti.. ”
Aku faham dalam zaman ibu bapa kita, kurang pilihan sebenarnya baju-baju muslimah. Walau bagaimanapun kini generasi kita mempunyai lebih banyak pilihan pakaian muslimah.
Jika anda ingin bergaya dalam pemakaian muslimah, pastikan anda mengikuti syariah islam seperti di bawah:
1. Elakkan berpakaian ketat supaya tidak nampak susuk tubuh anda, longgarkan pakaian anda. Nanti timbul fitnah pada agama dan jadi bahan tatapan pada tempat-tempat tertentu pula.
2. Labuhkan shawl atau hijab dan pastikan kena tutup dada anda.
3. Ikhlaskan hati kerana allah – pasti kehidupan kekal mu di akhirat nanti akan mendapat balasan yang setimpal dengan keikhlasan dan kesabaran anda.
Cuba lihat Felixia Yeap ataupun Raisyyah Rania Yeap bergaya dalam pemakaian muslimah.
Ini contoh pakaian muslimah dengan tema warna merah, dan anda boleh melihat Raisyyah Rania Yeap ikut syariah islam dengan memakai tidak terlalu ketat. Namun masih boleh bergaya bukan ?
Red Long Cardigan– RM34.00
Palazzo– RM32.00
Tema merah jambu dengan Jubah panjang yang mempunyai padanan warna yang hampir sama dengan beg merah jambu, mudah tetapi elegan.
Handbag– RM21.20
Jubah – RM58.90
Ini Jubah dua tona menggunakan konsep yang hampir sama 2 warna dengan reka bentuk renda pada bahagian pinggang. Ia membawa perasaan menawan seperti seorang puteri. Hanya dikenakan bayaran RM39.90
Dengan menggunakan idea merak bulu yang indah, bahagian tengah pakaian muslimah ini adalah titik utama untuk membuat pakaian ini kelihatan cantik. Anda boleh mendapatkannya dengan hanya RM39.90
Ini Set Baju Muslimah Berlin Maxi datang dengan pakaian panjang, longgar jalur outter atas, dan scraft warna (lebih kecil daripada tudung), semua dengan hanya berharga RM42.00.
Kita mampu sebenarnya kalau nak bergaya dengan pemakaian muslimah.
Sempena raya yang akan datang, nile.com.my ( Online Shopping Malaysia ) telah memperkenalkan pelbagai pakaian muslimah, dari tudung untuk jubah kepada pakaian muslimah, pada harga yang sangat sangat berpatutan.
Ada lagi!
Semasa ramadan ini, anda boleh menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum hanya RM48 di nile.com.my. Layani pada promo PENGHANTARAN PERCUMA >> di sini <<
Nak bergaya dengan baju muslimah? Tapi tak nak mahal? Kunjungilah nile.com.my SEKARANG!
Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa
293 Comments
Alhamdulillah, penghijrahan Felixia Yeap menjadi isu hangat tanah air. Semoga lepas ni, pakaian kurang ketat terutamanya di lengan. Nak jadi Muslimah moden bukan bermakna tak boleh bergaya.
Asalkan kena cara pada Islam.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
kena beringat agar tak melampau.. tudung pun jangan yang berbentuk ponok unta..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Adakah Anda Sanggup Memakan Coklat Berbentuk Pelik Ini?
berpakain mengikut syariat menjadi pilihan murni 🙂
Murni suka tengok artis-artis yang dah pun berhijrah kepada yang lebih baik..
mungkin peringkat awal cara pemakaian dan penggayaan pakaian mereka ada yang masih belum sempurna, kita sewajarnya perlu sokong mereka dan tidak menghina. Inshaallah jika mrk betul2 ikhlas nak berubah, mereka akan cuba mencari redha Allah.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Nota Kehidupan #6
Kepada yang nak bergaya, harap pilihlah gaya yang baik, sederhana dan lebih menjaga aurat. Semoga kan semua wanita Muslimah diberkati Tuhan. Amin…
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Cantik2 baju dalam website nile.com.my ni. Harga sangat berpatutan dan murah sekali. Teringin nak shopping online di nile.com.my pulak ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Wahhhh….chantik chantik belaka baju muslimah…sekarang muslimah pun boleh bergaya dengan menutup aurat dengan baik…bajuya pun chantik dah harga pun berpatutan…mesti beli satu ni..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
kita sepatutnya sebagai umat islam, haruslah menunjukkan perbuatan yang baik kpad orang sekililing, tunjuk perangai elok, barulah mereka respect kita, tunjuk teladan yang baik kepada orang bukan islam,.. tak salah pun bincang elok2 dengan uncle tu, cepat selesaikan masalah, ini yang terjadi sebb kita gunakan emosi, gunakan nafsu.
.tpy skrg Alhamdulillah, dy dah insaf, dia dah pon mgaku kesalahannya.. 🙂
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
HAHAHAHAHA….SORY TERSILAP KOMEN ENTRY PULAK….MALUNYAAAAAAAA………..KESILAPAN TEKNIKAL… 🙂
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Wawa kenal laman web nile.com.my ni pun melalui felixia yeap jugak. Memang berbaloi baloi beli kat nile ni. Banyak barang murah lepastu free postage lagi untuk pembelian rm48 keatas. Agaknya mydin tak ada murah macam ni kot. Dan wawa suka tengok gaya muslimah yang dipakai oleh Felixia yeap, menutup aurat, tak ketat dan jarang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Kat website nile.com.my memang berbaloi kalau shopping..harga lebih murah dan banyak pilihan. Memang boleh selalu bergaya lah..Pilihan gaya muslimah adalah pilihan utama 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Hari tu ramai blogger famous upkan entry pasal nile.com ni. Harganya memang murah dari online shop yang lain.. RM100 PUN BOLEH BELI BANYAK BARANG.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
Sweet jer dia ni… kagum sangat dengan perubahan diri dia… salute!
cuman jaman sekarang bnyak pula orang yang salah dlm berhijab
Curahan rasa FREE DOWNLOAD MP3 @ ..Maher Zain – Sepanjang Hidup.mp3 + Video Klipnya
Cantik dengan harga yang sang at berpatutan
Curahan rasa Nurul @ ..Cara Mudah Buat Spaghetti
kagum dgn perubahan felixia.. selepas berhijrah n memeluk islam, pakaian die pun sopan n longgar je..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Kan lebih cantik kalau wanita-wanita beragama islam mahupun yang bukan beragama islam pakai pakaian yang seperti ini.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
sedap nama Raisyyah Rania Yeap..cantik pun cantik..hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
heheheh JMR, lain macam je ni. berkenan ke?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Comments are closed.