Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Promosi menarik seperti tahun lepas kini kembali lagi. #MYCYBERSALE2015 untuk tahun 2015 kini kembali dengan acara jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia. Seperti #MYCyberSale tahun 2014 yang lalu, ia menarik minat lebih kurang 227,000 urus niaga yang menjana RM67 juta dan peningkatan 200% trafik dalam talian bagi e-tailers yang mengambil bahagian.
#MYCyberSALE2015 disahkan dan dikawal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan pengawal selia seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyelia Akta e-dagang, peraturan dan pembeli perlindungan keseluruhan; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), yang menyelia peraturan sekitar komunikasi dan multimedia; SMECorp yang mengawal penyertaan PKS Malaysia; dan CyberSecurity Malaysia yang memantau e-dagang dan ruang siber keselamatan.
Anda semua boleh melihat pelbagai jenis kategori yang terdapat di Laman Web MyCyberSale seperti pakaian dan aksesori, kanak-kanak dan bayi, buku dan media, kesihatan dan kecantikan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi. Banyak etailers yang menawarkan promosi hebat dan potongan menarik sehingga 90%.
Berbanding dengan tahun lepas yang hanya berlangsung hanya 3 hari, #MYCYBERSALE2015 ini berlangsung dari 28 September – 2 Oktober 2015. Penyertaan dan sokongan dari etailers jugaertambah 40% seperti Lazada, Zalora, Lelong.MY, Rakuten, 11street.my, GEMFIVE, Go Shop, Qoo10, Agrobazaar dan pelbagai lagi yang menawarkan promosi hebat ini.
Kepada semua yang membeli secara dalam talian ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti Samsung A8 dan banyak lagi hadiah bagi menghangatkan suasana dan penghargaan yang bernilai lebih RM50,000. Ini juga adalah salah satu cara ganjaran yang diberikan oleh etailers yang membeli-belah semasa #MYCYBERSALE2015 ini. Daftar segera di http://bit.ly/mycyber2015
Lihat sahaja kepada lebih daripada 400 etailers yang hebat dan menarik perhatian orang ramai kali ini. Bagi yang ingin membeli pakaian sebagai contoh, boleh ke bahagian fesyen dan pilihlah pelbagai etailers yang menawarkan promosi hebat untuk keperluan anda. Ada cermin mata, beg tangan, chiffon maxi dress, aksesori wanita dan pelbagai lagi yang boleh dipilih.
Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronik (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara talian di kalangan rakyat. Sokongan dan penyeliaan dari KKMM, KPDNKK, SKMM, SME Corp dan CyberSecurity Malaysia menguatkan lagi keyakinan para pembeli untuk meneruskan pembelian secara dalam talian ini. Kepercayaan yang diwujudkan dalam #MYCYBERSALE2015 ini akan memberikan impak positif yang besar dan memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.
Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan kemudahan peningkatan jumlah pembeli mudah alih, MDeC juga memperkenalkan #MYCyberSALE App, yang boleh didapati untuk muat turun di Google Play Store dan Apple iStore bermula dari 21 September 2015.
Sila layari laman web MYCYBERSALE2105 untuk status terkini tentang jualan hebat besar-besaran ini.
Follow MYCYBERSALE di
- http://www.mycybersale.my
- http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
- http://www.twitter.com/Digital_MY
- https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia
134 Comments
baru ingat nak beli barang tapi tak perasan tempoh dah tamat. nak jimat banyak kena tunggu tahun depan lah nampaknya…
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Buang Air Besar yang Salah dan Memudaratkan Kesihatan
Oja tahun depan tu, lama lagi, harap harap ada lagi cybersales yang lain dalam tahun ini.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
elok buat macam PC Fair..setahun dalam 4 kali gitu..syok sikit
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
kena rancang dgn bijak kalau nak shopping. bila ada sale mcm ni baru boleh berbelanja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Nikkhazami: Timing pun memang cantik aje, al maklumlah baru lepas gaji. Kalau tak merancang boleh terbeli benda yang tak perlu dan tak penting.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
ni la masanya nak shopping dengan harga lebih murah. tapi dah terlepas tarikh.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
Yelah ada yang sampai 90% diskaun tu, rugi terlepas peluang…. harap ada lagi ya..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
sampai 90%?pehh…kalau la ada benda nak beli time tu kan ke best..ini timing plak tak kena.ehhee
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Memang dapat untung berganda dalam bentuk penjimatan siapa yang sempat untuk shopping sempena cybersale ni 😀 tak dapat tahun ni, tahun depan boleh cuba lagi
Curahan rasa sabree hussin @ ..Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku
Siap ada cabutan bertuah smartphone tu, penjual dan pembeli pun dapat untung bersama. Orang kata win win..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
teringat-teringat pasal cabutan bertuah masa SBB aritu..alahai…ruginya rasa tak menang.kurang bertuah le tu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Dah terlepas tarikh sale. Berita baiknya, selamat duit poket..hihi
Curahan rasa emalin mohd @ ..7 Sebab Kenapa Penapis Air Diperlukan
Emalin boleh standby buat beli benda penting yang lain.. Kadang kadang bila ada sales boleh terbeli sebab godaan nafsu membeli.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
itu memang berita baik, berita tak baiknya, next week tetibe nak beli barang tu plak, harganya bapak mahal..ahaha
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
sempat juga saya tempah domain dengan harga my cyber sale saat saat akhir tadi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Mulakan Bisnes Printing
Memang jualan dan pemeblian di saat-saat akhir le ni kan? Sure berbaloi tu
Curahan rasa emalin mohd @ ..7 Sebab Kenapa Penapis Air Diperlukan
Untung lah bro Ikhwan.. Saya pun ada terfikir nak beli domain, tapi kiv dulu…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
dulu rajin gak memborong domain, tapi disebabkan boleh menyebabkan ketagihan, memang tak buat dah
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
syok tengok pendedahan #mycybersale untuk tahun ni. macam2 offer ada. siapkan lah ongkosnya.
Curahan rasa Nazlin Myblouseshop @ ..MyBlouseShop Di Majalah Nur
Macam banyak je kan yang join tahun ni. Kalau sempat shopping semalam pasti banyak juga $$$ terbang
Curahan rasa emalin mohd @ ..Penapis Air Berkualiti Dan Mampu Milik Di Semua Rumah
Nazlin kena buat plan nak beli apa, takut tersalah beli lah pulak nanti. Nanti beli sebab murah bukan sebab perlu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
kekadang beli murah sebab harganya, bukan sebab beli atas sebab keperluan, memang membazir namanya tuh
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
rasanya hari ni hari terakhir nak beli dan dapatkan dengan harga murah kan
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Peluang Program Affiliate Selain Ebook Di Malaysia
Bisnes Online, saya pun dah melepas dari cycbersales tu. Ingat nak shopping sikit 🙁
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
biasalah..orang Malaysia memang suka tunggu last minit.kalau tak bukan orang Malaysia tu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Berpinau mata tengok sales…lepas ni berpinau duit terbang hujung jari 🙂
Curahan rasa shilazizi @ ..Makan-Makan: The Gossip Kuala Lumpur
Shilazizi kelabu mata nak shopping apa yang, kalau ada yang nak buat persiapan majlis penting memang inilah masanya..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Wah ada cabutan bertuah juga tu..memang awesome kalau dapat membeli belah kat sana..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat
Bro Mr Hanafi kalau dapat cabutan bertuah tu, lagi lah untung boleh tukar smartphone barulah pulak..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
dengan wujudnya my cyber sale ini maka berakhirlah legasi mencari barang2 gajet ala ala pc fair haha..namun ada kelebihannya
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Siapakah Abang JKK Kikiki Dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus ?
Belang tarung bukan setakat bajet aje pakaian dan accessories wanita pun ada…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Tempoh hampir tamat. Tetapi saya belum lagi mendapatkan apa-apa dari mycybersale 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Top Komentator Blog YangBaik September 2015
Yang baik tiada plan nak shopping atau tak tahu nak beli apa apa ni.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Banyak pilihan kali ini. Nampaknya harga pun boleh tahan juga. Boleh kopak poket macam nie. 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Top Komentator Blog YangBaik September 2015
Kalau melebihi bajet memang boleh parah poket nanti ni.. menyesal kemudian tak guna.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
peluang untuk shopping sakan dan jangan pula terlebih beli..nanti lari pula bajet sebulan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat
Mr Hanafi kena buat bajet dulu tu sebelum bershopping… nanti pokai hujung bulan nanti…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
hari ni hari terakhir #MYCyberSale ni kan…boleh nak tengok apa yang menarik…sebab sejak hari pertama sales belum sekali pun lagi buka laman web mereka…takut tangan ni ringan je nak klik macam-macam…nak beli itu ini…huhu
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review – The Martian
tak tahu nak beli apa, tapi rasa macam nak berbelanja juga kali ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Semasa Belajar
Ezad cepat aje klik dan beli ya.. sedar sedar dah terbeli.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Comments are closed.