Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Promosi menarik seperti tahun lepas kini kembali lagi. #MYCYBERSALE2015 untuk tahun 2015 kini kembali dengan acara jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia. Seperti #MYCyberSale tahun 2014 yang lalu, ia menarik minat lebih kurang 227,000 urus niaga yang menjana RM67 juta dan peningkatan 200% trafik dalam talian bagi e-tailers yang mengambil bahagian.
#MYCyberSALE2015 disahkan dan dikawal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan pengawal selia seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyelia Akta e-dagang, peraturan dan pembeli perlindungan keseluruhan; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), yang menyelia peraturan sekitar komunikasi dan multimedia; SMECorp yang mengawal penyertaan PKS Malaysia; dan CyberSecurity Malaysia yang memantau e-dagang dan ruang siber keselamatan.
Anda semua boleh melihat pelbagai jenis kategori yang terdapat di Laman Web MyCyberSale seperti pakaian dan aksesori, kanak-kanak dan bayi, buku dan media, kesihatan dan kecantikan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi. Banyak etailers yang menawarkan promosi hebat dan potongan menarik sehingga 90%.
Berbanding dengan tahun lepas yang hanya berlangsung hanya 3 hari, #MYCYBERSALE2015 ini berlangsung dari 28 September – 2 Oktober 2015. Penyertaan dan sokongan dari etailers jugaertambah 40% seperti Lazada, Zalora, Lelong.MY, Rakuten, 11street.my, GEMFIVE, Go Shop, Qoo10, Agrobazaar dan pelbagai lagi yang menawarkan promosi hebat ini.
Kepada semua yang membeli secara dalam talian ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti Samsung A8 dan banyak lagi hadiah bagi menghangatkan suasana dan penghargaan yang bernilai lebih RM50,000. Ini juga adalah salah satu cara ganjaran yang diberikan oleh etailers yang membeli-belah semasa #MYCYBERSALE2015 ini. Daftar segera di http://bit.ly/mycyber2015
Lihat sahaja kepada lebih daripada 400 etailers yang hebat dan menarik perhatian orang ramai kali ini. Bagi yang ingin membeli pakaian sebagai contoh, boleh ke bahagian fesyen dan pilihlah pelbagai etailers yang menawarkan promosi hebat untuk keperluan anda. Ada cermin mata, beg tangan, chiffon maxi dress, aksesori wanita dan pelbagai lagi yang boleh dipilih.
Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronik (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara talian di kalangan rakyat. Sokongan dan penyeliaan dari KKMM, KPDNKK, SKMM, SME Corp dan CyberSecurity Malaysia menguatkan lagi keyakinan para pembeli untuk meneruskan pembelian secara dalam talian ini. Kepercayaan yang diwujudkan dalam #MYCYBERSALE2015 ini akan memberikan impak positif yang besar dan memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.
Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan kemudahan peningkatan jumlah pembeli mudah alih, MDeC juga memperkenalkan #MYCyberSALE App, yang boleh didapati untuk muat turun di Google Play Store dan Apple iStore bermula dari 21 September 2015.
Sila layari laman web MYCYBERSALE2105 untuk status terkini tentang jualan hebat besar-besaran ini.
Follow MYCYBERSALE di
- http://www.mycybersale.my
- http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
- http://www.twitter.com/Digital_MY
- https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia
134 Comments
terlepas sudah, kena tunggu hujung tahun lah untuk sale yang seterusnya yang berbaloi-baloi itu
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Mengapa Anda Perlukan Suplemen
rugi plak tak usha barang hari tu mana tahu kot2 ada yg berkenan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Beme – Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu
ada juga ushar-ushar barang yang best, tapi poket plak masa ni tak mengizinkan 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
time ada sale biasanya takde barang yg nak beli..bila sale dah habis baru nk sibuk2 beli..itu lah saya..haha
Curahan rasa jida @ ..Testimoni Omega Guard Jauhkan dari Selsema , Batuk dan Asma.
Kita membeli mengikut keperluan..jika terlebih belanja buruk padahnya…namun ada sale begini boleh lah jimat sikit sikit
Curahan rasa mrhanafi @ ..Punca Kepada Sindrom Kurang Idea
lebih kurang la, time takde sale, ada saje barang nak dibeli, kalau ada sales takde plak
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
tak sempat berbelanja di mycybersale. bukan tidak tahu tapi saja buat tak tahu sebab banyak tabung yang perlu diisi
Curahan rasa yangbaik @ ..Jauhi sifat dengki
sama la juga, date tu tak kena dengan situasi poket yang bocor ni 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Mesti ramai yang rebut peluang yang hanya datang setahun sekali ni kan. Best tu banyak betul boleh jimat.
Curahan rasa ummi mra @ ..7 Tips Pemakanan Ketika Jerebu
Itulah tapi sayang promosinya tidak besar-besaran. Tak ramai yang tahu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Sangat Awesome!
yang jelesnya tengok ramai beli harga memang runtuh abis..sampai 70% pun ada tu
Curahan rasa reezluv @ ..Cara Buat Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
rupanya bukan takat 70%, sampai 90% pun ada,belum kira ada freebies lagi tu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Mesti ramai yang ambil peluang untuk shopping online sempena cybersale ni.
Curahan rasa ummi mra @ ..7 Tips Pemakanan Ketika Jerebu
Betul tu, terasa rugi juga sebab tak sempat nak join shopping ehehe.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Sangat Awesome!
memang ramai tu yang shopping, diri sendiri pun tak buat, sebab tengok takde apa-apa keperluan..external HD pun dah sampai 4 kat rumah tu..hehehe
Curahan rasa reezluv @ ..Cara Buat Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
waktu yg sesuai utk menyopping..masing2 dah dpt bonus kan…yg tak dpt bonus thn ni boleh guna duit tepi…
Curahan rasa abg jay @ ..Cara Mudah Nak Tanggalkan Roadtax Kereta.
Ahamdulillah pada yang ada duit tepi. Jom kita buat duit tepi bersama-sama.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Sangat Awesome!
time dapat bonus, dan time dapat BRIM..ehehe..ramai la orang shopping
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Mungkin informasi dari kongsi ini bisa menjadi alternatif terbaik untuk berbelanja murah dan berkualitas
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Cara Menghemat Uang Saat Weekend Bersama Keluarga
Ternyata murah sangatlah di sana boleh juga tu coba untuk berbelanja di mycybersale2015
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Cara Mengatasi Krisis Ekonomi Indonesia 2015
Boleh terlupa pula pasal cybersale ni….dah terlepas peluang nak dapat diskaun hebat
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Makanan Pembakar Lemak
Memang berbalaoi membeli kalau ada sale macam ni.. Jimat kan… Best lah orang yang ada di sekitarnya 🙂
Curahan rasa Nursimatun @ ..Jahitan Bersalin Terbuka Semula! Apa Solusi Anda?
Kalau ada lagi lepas ni kena rebut peluang cepat…
Tak boleh tunggguuiu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi
Tak terkejar nak bershoppin di MyCyberSale2015. Tengok je apa yang dorang jual. Apa pun program terbaik untuk dapat barangan murah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vape Kegilaan Ramai
sama la..mampu tengok je orang beli sana sini..beli itu ini apa semua
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Oooo dah terlepas, memang ada ingat nak beli barang online.. kalau todak boleh jimat sikit…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Aah, sekejap je jualannya. Patut perlu ada promosi yang lebih seperti degan cara memanggil para blogger untuk mempromosikannya kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Sangat Awesome!
Iyalah Mek Ila, baru ramai yang tahu, dan mungkin boleh naikkan jual ya?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
bese la, kalau time sales gile-gile, masanya tak lama pun..kalau sales sesikit, baru lama
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
MV pun sama..ingat nak tunggu dulu..
Sekali dah habis time daa
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi
Ala..tak sempat.. Dah terlambat saya. Tengok post nipun dah 4 Okt
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..WELCOME OCTOBER! PLEASE BE NICE TO US YA 🙂
Aryn sayapun terlepas juga ingat nak beli charger smartphone saya yang dah rosak ni..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Sebut charger, memang charger smart phone Mek ila asyik rosak je. Maybe sebab beli yang tak original ehehe.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Khasiat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Sangat Awesome!
Nanti bolehlah cari dan gantikkan charger Mek Ila tu. tapi tak tahu bila pulak ada cybersales macam ni lagi…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
tak pernah plak ganti-ganti charger, kabel je selalunya diganti.ohoh..sebab lubangnya sama
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tunggu hujung tahun la hitu..
Mana tahu ada rezeki nak bershopping kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi
biasa ujung tahun la ada sales menghabiskan stok.yehaaaa..boleh shopping sepuas hati anda
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.