Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Promosi menarik seperti tahun lepas kini kembali lagi. #MYCYBERSALE2015 untuk tahun 2015 kini kembali dengan acara jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia. Seperti #MYCyberSale tahun 2014 yang lalu, ia menarik minat lebih kurang 227,000 urus niaga yang menjana RM67 juta dan peningkatan 200% trafik dalam talian bagi e-tailers yang mengambil bahagian.
#MYCyberSALE2015 disahkan dan dikawal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan pengawal selia seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyelia Akta e-dagang, peraturan dan pembeli perlindungan keseluruhan; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), yang menyelia peraturan sekitar komunikasi dan multimedia; SMECorp yang mengawal penyertaan PKS Malaysia; dan CyberSecurity Malaysia yang memantau e-dagang dan ruang siber keselamatan.
Anda semua boleh melihat pelbagai jenis kategori yang terdapat di Laman Web MyCyberSale seperti pakaian dan aksesori, kanak-kanak dan bayi, buku dan media, kesihatan dan kecantikan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi. Banyak etailers yang menawarkan promosi hebat dan potongan menarik sehingga 90%.
Berbanding dengan tahun lepas yang hanya berlangsung hanya 3 hari, #MYCYBERSALE2015 ini berlangsung dari 28 September – 2 Oktober 2015. Penyertaan dan sokongan dari etailers jugaertambah 40% seperti Lazada, Zalora, Lelong.MY, Rakuten, 11street.my, GEMFIVE, Go Shop, Qoo10, Agrobazaar dan pelbagai lagi yang menawarkan promosi hebat ini.
Kepada semua yang membeli secara dalam talian ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti Samsung A8 dan banyak lagi hadiah bagi menghangatkan suasana dan penghargaan yang bernilai lebih RM50,000. Ini juga adalah salah satu cara ganjaran yang diberikan oleh etailers yang membeli-belah semasa #MYCYBERSALE2015 ini. Daftar segera di http://bit.ly/mycyber2015
Lihat sahaja kepada lebih daripada 400 etailers yang hebat dan menarik perhatian orang ramai kali ini. Bagi yang ingin membeli pakaian sebagai contoh, boleh ke bahagian fesyen dan pilihlah pelbagai etailers yang menawarkan promosi hebat untuk keperluan anda. Ada cermin mata, beg tangan, chiffon maxi dress, aksesori wanita dan pelbagai lagi yang boleh dipilih.
Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronik (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara talian di kalangan rakyat. Sokongan dan penyeliaan dari KKMM, KPDNKK, SKMM, SME Corp dan CyberSecurity Malaysia menguatkan lagi keyakinan para pembeli untuk meneruskan pembelian secara dalam talian ini. Kepercayaan yang diwujudkan dalam #MYCYBERSALE2015 ini akan memberikan impak positif yang besar dan memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.
Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan kemudahan peningkatan jumlah pembeli mudah alih, MDeC juga memperkenalkan #MYCyberSALE App, yang boleh didapati untuk muat turun di Google Play Store dan Apple iStore bermula dari 21 September 2015.
Sila layari laman web MYCYBERSALE2105 untuk status terkini tentang jualan hebat besar-besaran ini.
Follow MYCYBERSALE di
- http://www.mycybersale.my
- http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
- http://www.twitter.com/Digital_MY
- https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia
134 Comments
Dah usha-usha tadi, banyak jugak potongan yang diberi…kena banyak gunakan pertimbangan yang waras, jangan terlebih belanja dan pokai hehe
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tempat Makan Best dan Sedap di Bangi Iaitu Di #Chemistry
setuju, berbelanja dengan waras bukan macam kena peras, kaji balik tawaran istimewa yang diberi, sama ada perlu atau tidak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Respon Coach Bahar Bila Dituduh Scammer
Kena bijak berbelanja takut nanti menyesal di kemudian hari.. Memang kena survey dulu dari segi harga dan kualiti yang ditawarkan sebelum membeli..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Zaman ekenomi tidak menentu menyebabkan semua orang berhati-hati berbelanja. Apa bila ada sale macam ini peluang untuk mendapatkan barang yang diidamkan pada harga mampu.
Curahan rasa akubiomed @ ..Berebut siapa dulu lepak atas Eazy Bean Bag
Memang cantik sangat kalau ada cybersales macam ni, pucuk dicita, ulam yang mendatang..
Taktau ada chance memang benda free! Yeah masa utk shopping !!!
Curahan rasa Ida Khairani @ ..Percutian percuma ke Bangkok untuk ahli Shaklee baru yang komited !
Ida Khairani: Tak salah mencuba untung sabut timbul ka… Mana nak tahu nanti dapat smartphone baru ka…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Peluang terbaik untuk membeli barang keperluan dengan pakej jimat dan ianya berbaloi jika terjumpa harga yg sngt murah.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ
Bro Mr Hanafi: Kena check dan survey betul betul sebelum membeli, takut nanti harga kat tempat lain memang sama dengan harga diskaun tu..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Aik.. tak pernah tahu pun ada sale online cenggini.. memang nak kena g usha2 nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
SuperNifz: Sekarang dah tahu, lain kali boleh alert kalau ada sales macam ni.. Memang sukalah kalau dapat sales macam ni ya??
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Ni adalah berita baik untuk orang yang suka membeli belah atas talian.
Dah tengok-tengok juga tadi. Murah banyak.
Curahan rasa ohsempapa @ ..Cermai Itu Adalah Phyllanthus Acidus kah?
Ohsempapa: Nanti bolehlah beli barang untuk anak anak dan isteri tersayang.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Wah, sangat menarik offer tu…kaki shopping online memang takkan lepaskan peluang ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Mengandungi Asid Amino Tryptophan Membantu Tidur Nyenyak ?
Yeahh.. mari kita sesama serbuuu online shopping yang kompem murah-murah nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Dah lama tak shopping online.. Ada #MYCYBERSALE2015 ni boleh la beli barang2 harga murah sikit..
Curahan rasa Anarm @ ..Servis Kereta di Magnetise Automotive, Bengkel Kereta Batu Caves
Pastinya ramai yang takkan lepaskan peluang keemasan ni…
ngam2 pula gaji dah masuk kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Anarm beli jangan tak beli. Satu peluang yang jarang jarang ada…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Ada lagi 2 hari lagi nak jenguk apa yang best kat situ. Tapi saya kurang shopping online. tapi suka windows shopping jer hahaha
Curahan rasa lekatlekit @ ..KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET
Eh, alamak. esok dah habiskan. Ish. Terima kasih ya atas perkongsian ini.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Keadaan Jerebu Terkini Di Malaysia.
Aishhh bahaya kalau masuk ni. Ada je benda yang ‘terbeli’ nanti..huhuhu
Curahan rasa Mama Olin @ ..Amenia sewaktu Hamil | Atasinya dengan 2 cara mudah
nampaknya ramai syarikat yang turut serta memeriahkan #MyCyberSale2015 tahun ini. terbaik.
banyak yang menarik perhatian especially bahagian buku2. fuuuhh…
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Ketahui Trend Semasa Melalui Google Trends
Semakin canggih sekarang ini, nak membeli belah hanya melalui internet saja, segalanya ada dijual.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
beli di internet lebih mudah. jimat masa dan tenaga yang banyak.
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Jika Tidak Mampu Tersenyum, Menangislah.
Mycybersale..,., belum tahu ia dah dilancarkan pada tahun lepas. Terlepas pandang pulak…. tak ikut perkembangan semasa ni, kata orang-orang kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
sepertinya samalah kita.. saya pun tak tahu bro.. nampaknya mungkin sebab kurang promosi ataupun kedekut nak melabur…
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..#TravelBlogger : Cara Untuk Pergi Ke Midvalley Megamall
Oh, tak perasan langsung kewujudan mycybersale nie. boleh tengok2 nanti.. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bagaimana Makanan Kita Boleh Atasi Masalah Kulit Kering?
kena rajin tengok baru boleh perasan. iklan google banyak yang paparkan tentang cybersale ni..
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Carian Tertinggi Google Malaysia Tahun 2014
Comments are closed.