Bebas Anwar 901 sokong ke

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti pernah aku tulis dulu politik perlukan aktiviti sensasi untuk meneruskan kelansungan perjuangan. Kalau dulu heboh dengan Bersih 2.0 kini sibuk pulak dengan “Bebas Anwar 901”. Pakar strategis politik akan terus memikirkan aktiviti demi aktiviti sehingga gendang PRU 13 dipalu.

Pendapat peribadi aku “Bebas Anwar 901” tetap akan berjalan walaupun dihalang polis. Penganjur memang suka polis halang jadi mereka akan kata Malaysia tidak demokrasi. Kalau polis halang mereka akan lepas juga dan mengharap mereka akan dibelasah oleh FRU jadi mereka boleh heboh 1Dunia melalui YouTube kata polis Malaysia kejam. Aku cadangkan polis benarkan mereka berdemo dengan pengawasan anggota dan kamera. Sediakan video dan foto sebagai bukti apa yang berlaku pada saat demo berlansung.

Anwar Ibrahim

Untuk kes Anwar Ibrahim pulak bagus kalau tidak dijatuhkan bersalah. Sebelum ini Anwar dah canang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia bahawa beliau akan dipenjarakan tapi jika berlaku sebaliknya pasti strategi politiknya akan terbantut. Kalau Anwar dipenjara sudah pasti beliau akan mendapat simpati daripada pengundi atas pagar. Kalau Anwar bebas pasti beliau akan terus buat ceramah mengutuk Kerajaan dan strategi ini pasti akan memakan diri sendiri.

Lihat pada keputusan survey pilihanraya umum 13 pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting untuk menentukan siapa yang menang. Pengundi atas pagar suka keamanan dan tidak suka kekacauan seperti Bersih 2.0. Cemuhan dan kutukan keterlaluan bukan budaya yang digemari oleh majoriti rakyat dan ini pasti akan menjadi jerat.

Ini hanya pandangan peribadi aku kerana pasti ramai yang tidak mahu mengadai keamanan dan kedamaian negara tercinta hanya kerana mengejar kuasa politik.

TERKINI

1. Polis membenarkan perhimpunan bebas Anwar 901 dilokasi dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2. Anwar berkata beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dipenjara.

3. Penganjur menolak 10 syarat yang telah ditetapkan oleh polis.

4. KEPUTUSAN : SEPERTI YANG DIJANGKA DEMO DIBENARKAN OLEH POLIS DAN ANWAR DIBEBASKAN.STRATEGI POLITIK YANG BIJAK OLEH DS NAJIB RAZAK UNTUK NEGARA @ TERKINI DARI MAKAMAH KL.

155 Comments

    1. Masalahnya mereka berdemo untuk membebaskan Anwar walaupun apa pun keputusan mahkamah. “Bebaskan Anwar 901” Klu camtu apa guna ada mahkamah. Sesiapa saja boleh melakukan kesalahan atau jenayah, nanti bila didakwa buat demo haru camtu

  1. saya baca entri hilang sahabat dulu baru baca entri ni. Saya cuba nak faham kenapa perlu menghilangkan sahabat hanya dengan penulisan peribadi ini. Sangat mengecewakan kpd yang tidak boleh menilai pandangan peribadi politik
    Curahan rasa ciksembang @ ..Nombor punggung Safee SaliMy Profile

  2. Salam, Allah suruh kita pilih syurga atau neraka. Siapa nak duduk atas titian siratalmustaqim sampai bila2? silap haribulan jatuh dalam neraka.

  3. Saya fikir entry ini adalah satu bentuk revolusi pemasaran politik yang diberi nama ‘the revolution political selling concept. Tapi saya tahu denaihati bukan seorang jurujual(ahli politik) yang fanatik kan?
    Curahan rasa Teratakerapung @ ..Jangan Jadi Penakut!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!