Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Kekadang berselfie dengan anak je lebih, tapi bukan peka pun dengan anak. Ataupun berselfie dengan kawan, tapi sebenarnya masa tu sibuk dengan handphone masing-masing.
Nak berselfie biarlah bertempat. Kalau dah jumpa kawan atau saudara depan mata, fokus pada mereka. Bukan gajet. Nasihat kepada diri sendiri juga
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Sekarang ni pun orang boleh tahu lokasi kita di mana kita berada. Lagi-lagi kalau status bagitau ada di mana, dan anda berseorangan. Akan ada saja perompak atau peragut yang mengambil peluang. Berhati-hatilah dan janganlah berselfie sampai tak ingat dunia.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
yang ini memang tak seharusnya di lakukan sbb memang mengundang penjenayah mencari lokasi kita berada dan kena fikir keselamatan kita
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Laman sosial ni jika kita guna cara baik, maka baiklah jadinya. Jika tidak sebaliknya yg berlaku. Ada juga antara mereka yang berjumpa kekasih lama, bila berchat ha, cinta berputik semula sampai isteri terasa. Si isteri pula, mengadu kat FB . kwn ada yg beri nasihat negatif dan ada positif. yg lagi parah ada yg menapi-apikan lagi….Jadi berhati-hatilah…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Batas dalam media sosial bagi saya adalah sentiasa berkata-kata dengan baik dan selidik perkara terlebih dahu tentang khabar berita yang diterima dalam pada masa yang sama antara lelaki dan perempuan.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Betul tu. Prinsip aku bersosial, kongsikan yang baik-baik sahaja. Supaya otak kita sentiasa disajikan dengan benda yang baik-baik..
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
kita haruslah bijak menggunakan media sosial, kalau salah guna boleh memakan diri, dan tak payah la berkongsi hal rumah tangga di laman sosial, kita sepatutnya menutup aib suami isteri, bnda bnda macam hal rumah tangga tak perlu di luahkan di dalm laman sosial…carilah alternatif lain untuk kita luahkan persaan…hhuuurrm..macm ragam manuia sekarang,,..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Suka sangat nak tunjukkan keburukkan dan kelemahan diri sendiri. Aku memang malas nak melayan org yang meluahkan perasaan tak puas hati dengan orang lain kat fb.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
tak perlu nak buat macam tu cuma kadang-kadang ada jugak terlepas lakukan begitu tanpa sengaja tp lepas tu dah fikir dulu sebelum nk buat apa2
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
zaman sekarang, media sosial ibarat penting dalam setiap orang. Terutamanya golongan wanita. Facebook,twitter dan instagram memang menjadi tempat mereka berkawan, bercerita, upload gmbar dan sebagainya. Sepatutnya ibu bapa kena memantau keadaan anak-anak mereka. kalau boleh limitkan penggunaan internet kepada anak-anak. Jangan sampai nasi menjadi bubur.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
laman media sosial kini menjadi salah satu punca kerosakan akhlak dan permasalahan sosial alaf baru…didikan cara baru perlu bagi ibubapa menbendung anak-anak daripada terjerumus
Didikan agama adalah lebih baik. Tak lapuk dik zaman, tak lekang dik hujan. Sentiasa relevan dan efektif sepanjang zaman.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Berkongsi apa yang perlu dan bermanfaat saja untuk orang lain. Jangan terlalu expose kisah hidup perjalanan sehari hari takut ade stalker yang tak diundang untuk melakukan sesuatu yang buruk atau memudahkan mereka untuk buat sesuatu yang tak elok.perlunya ada batasan bersosial di media sosial ni.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
elakkan guna FB utk jadi tempat melepaskan geram. jangan bertindak ketika sedang marah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
online sebenarnya perlu berpada nanti bawa padah pada diri
Kisah peribadi adalah peribadi.
Zaman sekarang, manusia ada pelbagai gaya, perlu sangat berhati-hati
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
kisah peribadi tak payah di ceritakan simpan dalam diri sendiri itu lebih baik
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
kisah peribadi antara yg pling tidak sesuai utk di share di laman sosial..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Masalah nya sekarang orang suka sangat nak kongsi masalah peribadi. Semua nak diceritakan. Kadang naik muak…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Media sosial juga boleh jadi faktor permusuhan sesama manusia.
Kerana dengki juga boleh berlaku dalam laman sosial.
kena hati2 guna laman social. kena banyak jaga jari dan jaga hati orang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Eh ada gambar kak Kujie dan Kak Sha disitu…
Curahan rasa amirnawawi @ ..Penjimatan Berganda dengan PricePanda Malaysia
Kadang-kadang, kita perlu berwaspada dalam media sosial. Tidak semua orang itu jujur. Dan adakalanya, gambar-gambar yang kita pos itu mungkin biasa sahaja pada pandangan friends kita, tapi siapa tahu ada yang berniat jahat untuk mencuri lalu mengedit wajah kita lalu mengugut kita dengan macam-macam.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Segalanya bisa berlaku sekarang nih. dengan adanya pelbagai aplikasi. jangan kita jadi mangsa sudahla..
Curahan rasa amirnawawi @ ..AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang
Kan? Dengan segala photo editor sahaja mentransformasikan wajah kita dan orang jahat sudah tentu akan berniat buruk terhadap kita.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Comments are closed.