Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Saya paling tak berkenan orang letak gambar anak dalam laman sosial. Tak kisah lah Facebook ke, Instagram ke. Dah lah letak gambar anak kecil, yang tak pakai baju pulak tu. Alahai.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
bahaya jugak selalu menunjuk kemewahan di FB.. penjenayah boleh target kita sebagai mangsa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Itulah. Takut boleh menimbulkan rasa riak juga.
tapi kalau parents dengan anak sama naik mcm mana?
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
anak2 muda searang mudah lagha dengan laman sosial. parents patut pantau smartphone anak2.
macam jadi di FB.. biasanya kes cinta monyet.
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Benar Tuan. Smartphone dan tab yang ada internet juga menjadi faktor anak2 makin lalai dan hanyut.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
ya, they should watch over this.
kadang-kadang terlalu sangat bercerita pasal anak kat laman sosial mendedahkan mereka kepada bahaya.
bukan tak boleh, tapi berpada-pada lah
ada benda kita kena kongsi,ada benda kita kena privasikan 🙂
Curahan rasa Farid Laham @ ..Seluar Apa Yang Sesuai Untuk Lelaki
Tidak semua yang perku kita kongsi, usahkan jadikan fb diari kehidupan kita, takut ada yang ambil kesempatan untuk menghendap kita.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
itu bahaya media sosial jika disalah gunakan.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Mudah Langsingkan Badan Wanita
Media sosial kini semakin meluas..kita perlu hati2 dlm mmberi sesuatu info semasa kita dlm laman sosial
Rasanya parents perlu menjadi friend anak di fb supaya dapat mengawasi aktiviti mayanya.
as salam. thanks for the info. abe kie dah jrg muatnaik pics anak2 ke laman sosial..kena jaga2 tau…
Curahan rasa abe kie @ ..Menutup akaun semasa di Bank Islam
pernah menghadiri seminar tentang internet sekuriti. ancaman dari info yg kita dedahkan akamt menakutkan
Memang benar bahwa dalam mengakses situs jejaring sosial seperti facebook, twitter kita harus berhati-hati terutama jangan memberikan informasi yang sifatnya pribadi apalagi dengan menampilkan anggota keluarga yang harus dilindungi. Jaga profil dengan sopan dan santun dalam berkata itu adalah hal terpenting yang harus kita lakukan.
Curahan rasa Dunia Impian @ ..Menjelang Lebaran Jalur Pantura Masih Rusak
Benar, Tuan. Aset-aset kita yang dipaparkan boleh menjadi bahan yang senang digodam oleh hacker.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
saya kalau rimas orang rajin up pasal keluarga terutama anak-anak saya biarkan sahaja. like umpama kita menyokong. terkadnag susah nak cakap bila terlalu suka dna gairah memang aka segelintir kita suka up post di wall.kalau tegur lain jadinya
Curahan rasa suri @ ..Dalam Bas Ada Gosip !
kalau nak tegur pm, dm, fb message je, orang lain tak baca/tak tau…
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Pepero
betul2… kalau boleh semua benda dia nak cerita kat FB. seeloknya simpan dalam hati.
jangan post apa2 apabila tgh marah.
orang yang baca pun naik muak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Rindu Awak 200% di Slot Akasia
Fb bukan medium untuk kita melempiaskan rasa amarah kita.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Dunia media sosial ni bermacam ragam….perlu berhati2 untuk share sesuatu
kalau boleh cuba elakkan ambil baik sahaja uh..bahaya.bahaya. tpai itu yang orang kita sering lakukan
Curahan rasa suri @ ..Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?
Kita perlu hadkan masa kita di laman sosial.
Sebaliknya fokus perkara lain yang dapat tingkatkan produktiviti diri.
nak berkongsi boleh tapi kena lah beringat adap dan batasnya..
Curahan rasa Megat Syafferizul @ ..Bagaimana buat prospek respon pantas?
mereka suka up juga di wall untuk bagi tahu.kalau baik bagus tapi dalam baik ada dengki itu kita terlepas pandang. apa lagi kalau ornag buat ilmu hitam bahaya hoo..
Curahan rasa suri @ ..Nota Luahan Dalam Diam
Yup. Tapi laman sosial macam Twitter seolah-olah dah jadi diari hidup.
Setiap saat mesti nak tweet, nak buang air besar pun tweet. Aduhai.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Belum masuk bab guna aplikasi Foursquarenya lagi.
Mesti nak check in, pergi tandas pun check in, tunggu lampu isyarat pun sempat check in lagi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Sedangkan tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada si tukang check in tu.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
‘Secret admirer’ boleh sahaja menghendap lokasi terkini mangsa.
Last-last mangsa diculik, tak pun jadi bahan ugutan. Kan dah kena.
Kena ada ‘kekuatan dalaman’ bila ‘masuk’ ke dalam media sosial. Ia membantu untuk tidak semborono menggunakannya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Negeri Kelahiran Saya BerSultan Baharu
Comments are closed.