Batas bersosial di sosial media

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.

Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.

MSMW2013
Wajah Kak Jie dalam instagram PM Najib Razak di MSMW2013

Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.

Aplikasi Android & iOS Denaihati
Statistik telah menunjukkan banyak keruntuhan rumah tangga berlaku kerana sosial media. Mungkin anda ada pengalaman sendiri atau pengalaman kawan-kawan di sekeliling yang bercerai kerana facebook. Sejak kebelakangan ini biasa juga kita baca wanita terpedaya di facebook buka sahaja hilang duit berpuluh ribu malah hilang kehormatan diri dengan lelaki yang baru mereka kenal melalui sosial media. Aku selalu pesan pada anak-anak supaya tidak obses dengan sosial media kerana mereka datang dan pergi begitu sahaja seperti apa yg sudah terjadi kepada friendster dan myspace. Jangan terjebak dengan dunia khayalan ciptaan sosial media sehingga memusnahkan kehidupan kerana apabila sosial media ditutup yang sengsara adalah kita sedang owner sosial media kaya raya.

batas bersosial di facebook

Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??


Spread the love

301 Comments

  1. kita tak bole terlalu sibuk dengan urusan sendiri kerana kita ada tanggungjawab lain yang perlu dilalukan terutamanya kepada mereka yang sudah berumah tangga. privesi dan orang lain juga kena jaga.

  2. Sebenarnya, diawal kemunculan Facebook, memang agak addict juga disitu. Berkongsi gambar tanpa memikirkan kesan dikemudian hari. Lama kelamaan, berbalik kepada cara kita berfikir, dimanakah pengakhiran untuk berkongsi seperti itu, dan apa faedah yang kita dapat sebenarnya. Jika ianya membawa kebaikan, maka ianya akan menjadi baik. Tapi, jika buruk, siapakah yang akan menanggungnya. Maka, perlahan-lahan kurangkan berkongsi gambar atau perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sebenarnya Facebook adalah medan yang terbaik jika ingin membangunkan perniagaan. Jadi, tepuk dada tanya selera. Terima kasih berkongsi pandangan diatas DH.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. Setuju dengan pendapat sis nami. PG nak petik ayat yang pernah denaihati tulis iaitu, pembelajaran yang baik adalah dari contoh yang baik. Dari segi batas sosial di media ini,bagi PG, ibu bapa adalah contoh yang baik untuk dijadikan rujukan untuk anak-anak agar tidak menyalah gunakan medan sosial media kepada perkara-perkara yang tidak baik. Mungkin perlu ada had untuk menggunakan internet dirumah.

      1. Kena selalu kuncikan smartphone segera kalau begitukan sis nami. PG pun kebanyakkannya simpan gambar dalam handphone sahaja. Walaupun dekat pejabat, tetap juga kena kuncikan phone. Takut nanti, ada yang cepat tangan buka phone dan sebarkan macam begitu sahaja. takut!!
        Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  3. Satu lagi nak pesan, jangan lah sampai menunjukkan aurat di Facebook, iaitu kepada mereka yang beragam Islam.

    Yang lagi geli dan memalukan adalah apabila budak-budak muda belum berkahwin yang mempamerkan aksi buruk seperti bercium, berpelukan dan sebagainya.

    Harap faham akhlak sebagai seorang melayu dan akhlak sebagai seorang Muslim. Jangan malukan imej umat Islam.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

    1. Ini adalah salah satu contoh kepada perkara yang tidak sepatutnya. Bukan apa, selfie ketika drive mungkin akan mengundang kepada perkara yang lebih buruk kan. Apa pun, jika kita pandai untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, inshaAllah, kelalaian seperti diatas pasti boleh diatasi.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  4. Janganlah pula diceritakan semua rahsia rumahtangga kepada umum.
    Wujudnya media sosial seperti Twitter dan Facebook telah membuatkan budaya memburuk-burukkan pasangan masing-masing lebih mudah berlaku.

    Namun, sebagai seorang muslim, perkara ini harus dielakkan. Walau macam mana aibnya suami atau isteri kita, kita perlu jaga aib mereka. Jika suami tidak berlaku adil atau isteri yang nusyuz, maka semua tu mestilah dibawa ke mahkamah syariah, bukannya bercerita dan mengumpat di media sosial. Tolonglah ye 🙂
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!