Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Tulah pasal bubuh gambar kelip kelip je…hehe
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
masalah jugak kalau bubuh gambar merepek sbb takut2 sebaliknya tu yang kadang2 macam susah kalau x nampak muka sebenar
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Alhamdulillah, sedari dulu memang tak suka kongsi cerita yang terlalu personal.. Risau ramai sangat mata-mata yang memandang..
Ataupun kalau memang “terdesak” sangat untuk update status, maybe boleh tukar setting privacy, siapa yang boleh view status kita..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
betul tu…ramai mat2 negro yg mengintai2.. nak tipu wanita Melayu… (maap cakap)… dari mana dia orang dapat maklumat kalau tak dari lamam sosial… yang kadang2 bawa sial….
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
Saya suka buat bisnes kat facebook… walaupun takde orang nak baca pun..
Takpe, yang penting usaha yang berterusan..
Kurang sikit untuk share pasal aktiviti harian. Bagi saya tak perlu kot nak heboh.
Dan yang paling penting adalah share status yang boleh bagi ilmu kat orang..
Andai kata nyawa kita tak panjang, status2 yang ada dalam fb/blog/laman sosial lain tu lah yang bantu kita..
InsyaAllah.. 🙂
Curahan rasa ANIRAH AZURI @ ..Tips Lajukan Speed Blog Dengan Berkesan
ramai yang lupa kita boleh beramal jariah melalaui laman sosial, kebanyakannya eksited nak cite pasal diri sendiri…
Curahan rasa KelipKelip @ ..GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com
Sebelum wujud fb, saya pernah ‘dibantai’ oleh seseorang kerana membidas statusnya yang suka melekehkan para sahabat r.anhum.
Hal itu memang agak menakutkan. Jadi, apabila wujud fb, saya memang betingat sungguh. TIADA nama sebenar, TIADA gambar sebenar.
Laman sosial harapnya menjadi ladang pahala meskipun ada yang tidak menyenangi cara saya.
Pengalaman adalah guru terbaik. Wallahua’lam.
Curahan rasa mykrk @ ..صرف/SARAF/SORF: Tasrif : Feel Madhi Kataba (Telah Menulis) كَتَبَ
kalau bubuh gambar unggas pun cantik..
Curahan rasa KelipKelip @ ..Kata-kata Hikmah Dari Hadis Rasulullah
Berkongsi berpada-pada. Bagus peringatan ini.
Kadang memang kita tak terfikir benda buruk berlaku.
Tapi itu lah, zaman sekarang macam-macam boleh jadi.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Tips Perniagaan: Snowball Effect
ini adalah antara beberapa sebab saya sendiri dah kurangkan gambar keluarga di blog.. huhuhuj
Curahan rasa KiD @ ..Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeoâs
dengan gambar2 kita kat laman sosial, boleh mengundang bahaya disihir dan sebagainya, bukan nak menakut2kan tapi supaya beringat2
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
saya langsung tak letak gambar keluarga kalau ada pun gambar sendiri tu pun tak berapa nak banyak kalau event semua gambar kawan2 muka sdiri cuma 1 je
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
yang jelas nya sih sosial media itu kita gunakan dengan hal positif sehingga bisa berguna dalam fasilitas yang sudah buat untuk mempermudah dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan mudah.
baiklah lepas ni akan kurangkan letak pic anak di fb..pic kucing lg bagus kan..
Curahan rasa zara @ ..Tips Legakan Pelvic Pain Atau Kesakitan Pelvis Semasa Hamil
hal peribadi jaaaaaarang sangat nak share di media sosial, kebanyakkannya citer tentang anak2 je. Itupun citer terpilih saja hehe,
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..Cashout Nuffnang – Yabedabeduuuu!
blog peribadi sikit-siki mesti nak ada cerita anak, yang penting ada hadnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
walaupun blog peribadi tapi kisah sendiri pun tak ada semua kisah sekeliling …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Memang kena hati-hati DH..kita tak tau siapa yang secretly follow FB,twitter, instagram and even Blog kita. So that is why kita seboleh-bolehnya tak nak bercerita hal personal kat mana-mana laman sosial…so dangerous..Gambar pun dah delete most of them..
Curahan rasa Raudzah @ ..Kejam : Gadis Ini Nyaris Maut Kerana Cinta
kalau tak letak lansung pun tak syok pulak, letak yang perlu je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 German pasukan pilihan
amalkan doa pelindung diri, Insyallah selamat
Curahan rasa KelipKelip @ ..Semak Status Halal Secara Online Dan SMS
nampaknya, ema perlu berhati-hati selepas ini…kebanyakkan apa yang dikongsi adalah perkara yang dah lepas..
Curahan rasa ema @ ..Aku Rindu Kakak
sama-sama kita semua lebih berhati-hati sebelum terkena.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Betul tu tuan denaihati, saya sekarangpun jarang upload gambar anak2, isteri pun dah dipesan, jgn upload gambar byk sangat. Gambar2 dlam rumah pun saya tidak upload. Takut pencuri teringin tengok barang yg ada dlm rumah kita…
memudahkan perompak yang guna media social target barang-barang dalam rumah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
bagus juga peringatan tu, mana la nak tahukan? ada orang yang usya barang dlm rumah kita
Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!
Sangat setuju dengan pendapat bro dalam entri ini..Sosial media macam2 boleh terjadi tersilap langkah…I.e. check in kat mana2, better elakkan….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Istiadat Konvokesyen ke-80 UiTM Shah Alam
kalau update “check in” kat group whatapps keluarga/kerja ok lah, kalau kat fb, ramai yang tengok.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
sebab tu saya tak chek in sanagt di mana saya berada sebab risau .. kalau tak check in pun risau macam apa .. zaman sekarang kena lagi berhati2
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
hehe..selalu update gmbr gmbr ank drp gmbr sndr..dan lebih suka update ‘selepas’ event dr udate secara LIVE..setidak-tidak org tak tahu di mana kita di ‘saat’ itu..
apa2 pun gunalah secara bijak..jgn bg info btol sumer, kena pandai ‘konfiuskan’ stalker2 yg sentiasa cuba cr kelemahan kita..heheh
Curahan rasa JMR @ ..Erti persahabatan seorang blogger.
mencegah lebih baik, bagus idea ni. live update kena bergati-hati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
Melihat begitu pesatnya perkembangan sosial media, memang kita harus senantiasa berhati-hati. Privacy sendiri dan keluarga anak istri memang harus dijaga. Karena apapun bisa saja terjadi.
Manfaat sosial media sosial online memang banyak. akan tetapi dampak pengaruh buruknya juga tidak sedikit. Jadi pandai-pandailah dalam menggunakan media sosial.
Terima kasih denaihati telah mengingatkan
Curahan rasa Ferry @ ..Hukum Rukun Dan Syarat Puasa
setuju bang ferry, ada kebaikan dan keburukanya, ambil kebaikannya, berhati-hati dengan keburukkannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Comments are closed.