Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Pada pendapat saya ada perkara yang boleh kita kongsikan di media sosial dan ada yang tidak.. kisah peribadi yang melibatkan hubungan suami isteri eloklah dirahsiakan untuk memelihara kesejahteraan rumah tangga supaya ianya sentiasa privacy. ..
Kemudian lokasi semasa di mana kita berada juga elok dirahsiakan, supaya tiada mana2 pihak yang mempunyai niat tidak baik cuba mengambil kesempatan. .
Curahan rasa anuar @ ..Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014
kisah rumahtangga, kisah/masalah keluarga sebelah isteri atau suami tak perlu dedahkan takut-takut masalah lebih buruk dan rumit.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Bersosial boleh tapi mesti ada batas-batasnya.. Macam deno tak dihafikan deno selalu guna blog fb tapi ada limitnya.. macam budak2 skrg advance sangat..deno tengok kan skrg budak sekolah rendah pun dah berFB bahayalah takut “tertengok”, “terbaca” atau “terpercaya” perkara-perkara yang tak patut.. bahaya kan.. tp itulah, mak ayah ni jangan biar sgt anak2 duk main tenet
Curahan rasa dayangdeno @ ..Seminggu Lagi!
tanggungjawab kita pantau anak-anak berfb, ini cabaran zaman sekarang, cabaran besar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Boleh bersosial tapi jangan terlampau expose…
bahaykan diri sendiri dan keluarga..
Curahan rasa fazrol @ ..Adam dah dibotakkan!
banyak expose harta benda, kereta dan rumah contohnya pun buat penjenayah minat. tak perlu masuk rumah dah tau apa ada kat dalam. kena berhati-hati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
kalau nak berkosngi status kena pastikan status tersebut memberi faedah kpd semua yg melihatnya dan tidak membuka aib sendiri….
Curahan rasa asraff @ ..Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Alami Banjir Kilat
syok syer status sampai tak sedar rupanya buka aib sendiri. syer yang berfaedah yang boleh jadi “saham akhirat”.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
saya sendiri memang menjaga batas didalam media social ni, saya akan elak untuk keterlaluan untuk “add” dikalangan keluarga dan 90% elak untuk berkomunikasi di wall dengan keluarga sendiri dan kalau replr pun xkan gunakan bahasa abang adik emak ayah, dunia tanpa sempadan online ni orang boleh ambil kesempatan, jadi elakkan benda x sepatutnya
Curahan rasa myrujukan @ ..Resepi Dan Cara Membuat Tau Fu Fa
komunikasi untuk keluarga ada pilihan selain fb, yang lebih privacy.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
guna media sosial untuk kongsi kebaikan sahaja..dan jangan pula kongsikan secara berlebihan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Raja Mentor VS Hero Borneo
berlebihan dan kurang faedah pada diri dan orang lain mesti lebih berhati-hati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
pada saya tak perlu kongsikan soal peribadi di sosial media sebab itu lebih baik untuk diri sendiri dan mampu menjauhkan dari benda-benda yang berada di luar jangkaan kita…
yang peribadi untuk diri sendiri dan mungkin keluarga terdekat lebih baik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
emm kena ada btas2 nya dlm media sosial ni..
Curahan rasa jiesusanos @ ..Ramai Yang Suka Buah Ini
mesti ada batasan, jangan dedahkan sangat maklumat peribadi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
Saya biasa biasa je..suka baca berita terkini yang disharekan
Curahan rasa weschairs @ ..Bagaimana orang cina berniaga v/s kita
macam tengok berita juga, insyaAllah tak timbulkan kontroversi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Ada batasnya dalam media sosial. Bukan semua dalam kehidupan boleh dikongsi. Adakalanya kita perlu menjaga hati semua pihak. Media sosial dalam maya umpama kita berborak secara realiti.
Curahan rasa Bahrain @ ..Bergurau Ada Batasnya Dan Fikir Dulu Sebelum Bercakap
kena ada perasan macam tu, borak secara realitu sebaiknya kot, bila berada depan orang lebih rasa malu nak cerita, syer yang tak sesuai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Saya memang banyak menggunakan sosial media tapi pada saya, memang patut ada batasan apa yang public boleh lihat dari saya.
Terima kasih untuk post yang saling mengingatkan ini. 🙂
Curahan rasa lina @ ..Icy Scrub, To Control Skin From Looking Oily And Too Dark!
Banyak kebaikanya dan manfaatnya bila guna dengan bijak dan berkhemah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Setuju dengan DH, banyak orang bercerai sebab Facebook sekarang. Kena jaga batas dalam pergaulan, bukan dekat luar je..
Curahan rasa GilaGempak @ ..(11 Gambar) Selfie Gaya Ekstrem Dari Puncak Bangunan Tertinggi
fb ibarat pisau juga, kalau salah guna boleh mudaratkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
memang banyak keruntuhan moral berlaku sebab media sosial. Dengar kata ada blogger personal rumahtangga hancur gara-gara terlalu mendedahkan kisah rumahtangga di blog. Mungkin kes terpencil
Curahan rasa brohantu @ ..Reel Pancing Shimano Stella FI
masalah rumahtangga tak sesuai lah cerita kat blog. cerita kelemahan pasangan pun satu hal juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
budak-budak zaman sekarang memang susah dah sikit.
Lain sikit perangainya. advance melampau-lampau..
Curahan rasa titan @ ..New life, Ashadee yang kacau bilau, Duit Blogging, MLM mengarut dan kisah kahwin.
tu yang nak kena pantau sikit-sikit, tegur pun nak kena elok-elok.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
budak zaman sekarang mana nak sama dengan budak zaman dulu … budak zaman sekarang terlebih manja tu yang payah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
berkongsi itu perlu tetapi biarlah yang berilmiah, jangan terlalu kerap siarkan soal peribadi dan ingin menunjuk-nunjuk.. nanti lain jadinya… sentiasa ada bersikap hati2
Curahan rasa aku penghibur @ ..Layari Internet Lebih Empat Jam Undang Penyakit Mental Kepada Kanak-Kanak ?
menunjuk-nunjuk boleh datangkan sifat riak, mesti kita elakkan dan mesti nak berhati-hati juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
sangat betul tu tuan denaihati
Curahan rasa aku penghibur @ ..Layari Internet Lebih Empat Jam Undang Penyakit Mental Kepada Kanak-Kanak ?
Comments are closed.