Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat seorang sahabat Blogger tegur kawan-kawan sebab suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah membaca status facebook ibunya tetapi tak ingat baca kat mana. Mengikut pakar analisa jenayah dengan sekeping gambar di sosial media hampir semua rahsia peribadi kita dapat diselongkar oleh mereka yang memerlukan.
Apabila berjalan di sosial media tak kiralah samada di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain memang berbagai ragam cara penggunaannya. Ada yang menjadikan sosial media sebagai rakan mereka untuk mencurah hati dan perasaan kerana tiada tempat lain untuk mencurah rasa hati. Ada yang menggunakan sosial media sebagai tempat berkomunikasi antara sahabat juga keluarga. Ramai juga yang menggunakan sosial media sebagai platform bisnis untuk mempromosi produk sehingga ada yang sudah berjaya menjadi jutawan.
Pernah juga tengok seseorang yang lebih sepuluh kali sehari update gambar anaknya yang comel dengan berbagai gaya dan aksi di instagram. Aku pulak yang jadi risau sehingga terfikir takkan mereka tak fikir bahaya dengan tindakan mereka itu atau pun bagilah sedikit privasi anak sendiri jangan terlalu over expose. Kita tidak tahu dalam beribu yang follow kita siapa sebenarnya mereka bukanlah berprasangka buruk tetapi sudah banyak kejadian yang telah berlaku. Teringat kisah seorang ibu yang terlalu leka dengan Facebook sehingga anak hilang nyawa dan berapa banyak lagi kecelakaan lain yang berlaku.
Jadi anda dalam kelas yang mana?? Apa batas anda bila bersosial di sosial media, adakah anda akan berkongsi segalanya kisah peribadi??
No related posts.
301 Comments
Terima kasih Tuan Denaihati. kadang-kadang isu sebegini tidak di ambil peduli, bila dah terjadi dari insaf diri…
Curahan rasa faizal @ ..Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini
Peringatan ini memang kena dengan batang hidung saya yang ada anak. terima kasih sekali lagi
Curahan rasa faizal @ ..Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini
orang berbisnis, review dari pengalaman sendiri memang tebaik lah kot…
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Dkna berkongsi kisah peribadi di laman sosial tapi tidak 100% cerita peribadi yg dikongsi untuk bacaan ramai.. ada privasi yang masih disimpan 🙂
kisah peribadi yang berbentuk pengetahuan untuk orang lain memang bagus.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Tak tahu nak cakap apa..sebab kadang2 saya pun terlupa akan benda2 macam ni..kena lebih berhati2 lepas ni. Keselamatan keluarga adalah segala2nya.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Pengeluaran Akaun KWSP 1 Dan 2 Untuk Ibadah Haji
Keselamatan keluarga sentiasa no.1, kekadang lupa tu biasa lah…syok je…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
Apa benda pun dalam dunia ni memang tak boleh over sangat. Even, bila dah lama sangat kita duduk, badan kita secara biologikalnya pun tak boleh terima. Sekejap-sekejap ok la, dah lama sangat, boleh merosakkan diri pula. Yer dak? hehe
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Apabila Tanah dan Air dibenci, Banjir dan Kemarau Jadi Jawapan dari Alam
ya, perlu kawal untuk kesihatan kita… bagi yang langsung tak suka bermedia social memang tak risau benda ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
perkara2 yg peribadi tidak perlu utk dikongsikan di media sosial..contohnya seperti suami kene pg outstation ke..balik kampung ke..takut ade org yg berniat jahat amik kesempatan..
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..5 Tips Penjagaan Kain Cotton
terang-teranggan beri peluang pada penjenayah yang memerhati. elok dijauhkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
Jarang sekali terutama gambar anak-anak,promote biz online adalah itupun ada hadnya…..!
Curahan rasa galut @ ..Berapakah nilai RM diri anda sendiri?
bila guna untuk bisnis banyak sangat gambar personal atau anak serta takde kaitan dah jadi lain pulak…
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Bersosial perlu ada batasnya. Sekarang ni tengok yang dah berkahwin lebih ligat bersosial di sosial media lebih dari orang bujang. Apa yang penting kita perlu meningkatkan takwa dan menjauhi perkara-perkara yang boleh mendapat dosa di media sosial. Jauhi dosa kecil atau besar kerana dengan melakukan perkara tersebut akan terbentuk hijab untuk sampainya rezeki yang luas. InsyaAllah.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Muzium Arkeologi Lembah Bujang
betul tu, kena jaga semua yang boleh mendatangkan dosa dengan sengaja atau tak.
Curahan rasa Denaihati @ ..Awek Cun Idaman Kalbu
Setuju..zaman sekarang nih boleh kata semua benda nak kita kongsikan dlm social media.. apa kita buat, dimana kita berada..kadangkala kita selalu tanpa sedar mendedahkan diri kita dalam bahaya.. satu lagi jangan ON live location update..maybe kita tak sedar ada yg memerhatikan pergerakan kita dan boleh mendedahkan diri kita dan harta benda kita dalam bahaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
share location lebih sesuai untuk group keluarga, group kawan-kawan, kerja, kat whatapp contohnya. penjenayah sekarang pun banyak yang up to date dengan media social.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
ya batas perlu ada bkn hnya di dalam malah di luar laman sosial juga,
dlm beberapa tempoh juga saya lebih kepada post entry blog atau kerja yg mlibatkn kerja online dan memandangkan sy juga ada membuat jualan online jadi itu juga salah satu sbb utk sy bt batas sy sndri..
online untuk cari rezeki 🙂
thanks Denaihati atas topik yg cukup menarik di kongsikan ♥
berbisnis online, sedikit sebanyak pelanggan akan tengok keperibadian penjual untuk beri kepercayaan. kalau bagus, pelanggan lain pun beri review yang baik juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Di media sosial setiap orang bebas menyampaikan apa saja, baik berupa tulisan ataupun gambar. Bahkan oleh sebagian orang situs media sosial dianggap tidak ubahnya sebagai pengganti diary. Sehingga apa yang sedang mereka lihat, dengar dan rasakan, saat itu juga bisa mereka sampaikan di media sosial.
Kendati demikian, alangkah baiknya apabila dalam menyampaikan sesuatu di media sosial, para pengguna media sosial tetap memperhatikan etika.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pengguna Media Sosial Adalah Wartawan
Pilihan ditangan masing-masing, bebas tulis status apa saja, dalam masa yang sama mesti jaga etika.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Kebanyakan yang saya kongsikan di sosial media adalah update artikel blog saja, atau informasi lainnya. Untuk kisah pribadi, sangat jarang sekali saya berkongsi.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Penerimaan Calon Anggota Dewan Jaminan Sosial Nasional (DJSN) Tahun 2014-2019
Jelas sekali kang dadan update untuk artikel saja, belum nampak yang peribadi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
saya sendiri tidak tahu saya dikelas mana. Untuk anak2..saya selalu pantau sebab saya tahu password fb dorang..hehehhehe…
tahu password anak-anak yang masih sekolah memang bagus, dapat baca private message, bukan niat nak ganggu privasi. pantau sebab itu tanggungjawab kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
yeop tak suka kongsi segala bak artis popular di laman sosial.
kadang2 yeop bersosial pun taklah sampai nak ambil gambar untuk menunjuk. entah.
ting tong
artis pun sepatutnya tak kongsikan yang terlalu peribadi yang boleh jadi penyebab kontroversi dan sebagainya.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
saya dalam kelas yang melimitkan perkongsian. Not worth the risk. Terutamanya perkongsian gambar anak. Itu memang saya tak letaklah.
had perkongsian gambar teutamanya yang agak peribadi memang terbaik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
Comments are closed.