Barcelona, Malaysia XI dan Arsenal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang menentang Barcelona. Pasti seluruh warga Malaysia tidak mengharapkan kemenangan menentang pasukan bola sepak no satu dunia Barcelona tetapi semua ingin melihat permainan yang cantik dan melawan. Pasukan bola sepak Malaysia tidak mengecewakan penyokong setianya dengan permainan melawan yang racak.

Berbekalkan kemenangan 7 – 1 kepada pasukan Thailand XI pasti memberi rasa gerun kepada Harimau Malaya apabila turun padang menentang Barcelona. Aku memang menyokong Malaysia XI kerana bukan penyokong Barcelona. Kalau bukan Messi dan Febregas pasti aku tak berapa hafal nama pemain Barcelona. Keputusan Malaysia XI vs Barcelona berakhir dengan jaringan 1 – 3 adalah satu keputusan yang memuaskan hati dan pasti memberi pengalaman yang sangat berharga kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Masalah permukaan padang Stadium Bukit Jalil sangat mengecewakan dan memalukan sehingga Barcelona meminta tukar lokasi ke Stadium Shah Alam. Nasib baiklah ada Stadium Shah Alam kalau tak ada silap-silap perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Barcelona boleh dibatalkan kerana pasti mereka takut pemain superstar mereka tercedera.

Video jaringan Malaysia XI oleh Amri Yahya

 

Gol Malaysia XI di jaringkan oleh Amri Yahya manakal gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Febregas, Neymar dan Pique. Pasti peminat Barcelona Malaysia sangat kecewa apabila tidak dapat menyaksikan kelibat Messi di atas pandang.

Melihat permainan team Malaysia sepertinya ada sinar untuk menjadi pasukan yang berjaya bukan sahaja di Asia malah di dunia dengan syarat lebih banyak perlawanan persahabatan bertaraf A dirancang. Malaysia mesti naikan ranking pasukan bola sepak untuk melayakan pemain Malaysia beraksi di kelab-kelab termuka di Europe seperti pemain Jepun dan Korea.

PERLAWANAN PERSAHABATAN ARSENAL

Arsenal mengakhiri persedian awal musim 2013/14 dengan menewaskan Machester City 3 – 1 hasil jaringan Walcott, Ramsey dan Giroud. Gol saguhati Machester City hasil jaringan pemain baru Negredo. Arsenal dalam kedudukan terbaik untuk mengetuai BPL musim 2013/14 dan tidak mustahil untuk menjulang Piala. Kemasukan beberapa superstar baru yang dijangkakan akan dibeli sebelum tarikh terakhir perpindahan musim panas pasti akan mengukuhkan kedudukan Arsenal.

Arsenal vs Manchester City - Sumber Google

Penyokong pasukan lain memang selalu memandang rendah pada Arsenal tetapi bagi aku Arsenal adalah juara yang tertangguh setelah ramai superstar berpindah ke kelab lain pada 2-3 musim lepas. Aku sokong dengan tindakan Arsenal yang menjual pemain apabila mereka sudah tidak ada minat untuk bermain dengan Arsenal. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Manchester United dan Liverpool sekarang yang cuba menahan superstar mereka  Wayne Rooney dan Luis Suarez untuk berpindah .. pasti ini akan menyebabkan keharmonian kelab tersebut terganggu dan pasti akan memberi kesan kepada prestasi pasukan.


Spread the love

30 Comments

  1. @Hehehe~~

    Barcelona tak boleh buat skill-skill menarik langsung sebab tak biasa dengan padang bola Malaysia..
    Hampir kebanyakan sepakan hancur.. Mungkin Messi pun takut nak keluar sebab kes padang.

    Habis berterabur rumput2x…

    “What the field! I cannot use my skill” ^_^
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | RibbonMy Profile

  2. PM peminat Barcelona , yang pasti itu bukanlah kekuatan sebenar Barcelona…hehe

    Namun tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu menyumbatkan satu gol yang cantik , walaubagaimanapun bahagian serangan Malaysia masih tumpul , second half kalau tidak silap penjaga gol Barcelona langsung tidak memegang bola…

    Namun bahagian pertahanan Malaysia harus dipuji kerana berjaya menghalang beberapa gerakan tiki taka pasukan Barcelona…
    Curahan rasa papa mifz @ ..Pagi Hari Raya di SerembanMy Profile

  3. jaringan amri yaya sangat membanggakan.. cun melecun.. walaubagaimanapun, kita sedia maklum yang barca mempunyai pertahanan yang lemah. satu yang kita boleh banggakan adalah melepasi barisan tengah barca, itu yang power tentang barca, barisan tengah.

    arsenal tunjukkan game yang menakjubkan.. harap menang semua piala season ni!
    Curahan rasa Zuan @ ..Ucapan Hari Raya AidilfitriMy Profile

  4. Difahamkan ia adalah perlawanan jelajah terakhir buat Barcelona sebelum La Liga bermula 10 hari lagi. Mereka perlukan rehat dan mengelakkan kecederaan sebelum musim bermula.

    Sepakan Amri Yahya pasti akan terpahat didalam sejarah bola sepak. Orang lama dan berpengalaman lain macam sentuhannya. Tanniah.
    Curahan rasa akubiomed @ ..Institusi perkahwinan semakin goyah.My Profile

    1. Boleh bermain dengan baik dan pengalaman bermain diperingkat tinggi adalah berbeza. Kalau bagus bermain tetapi kekuatan mental rendah boleh mengundang kecuaian.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!