Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.
Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.
Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.
[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]
Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.
Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama
Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.
127 Comments
Dengar cerita masa melawat masjid negara, perkataan “In Shaa Allah” banyak kali di sebut, sebagai tanda persetujuan yang beliau akan melindungi umat islam dunia dari di tindas. Tak taulah sejauh mana jujurnya perkataan tu bila dilafazkan. Apa-apa pun he should be proud of himself…
Curahan rasa Raudzah @ ..MH370: Adakah Ini Serpihan Pesawat?
Info yang sangat bagus..Sentiasa kita sama2 berdoa utk kesejahteraan semua.
Curahan rasa wom.my @ ..7 Cara Menghalau Semut Tanpa Stres
Info yang sangat bagus ,terima kasih tas informasinya
Curahan rasa Obat Alami Penyakit Nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
setiap perkara berlaku pasti ada hikmah… semoga kita semua sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t. terjaga akhidah… In Shaa Allah..
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Lagu Misteri Villa Nabila – Nota Band
Ameen. Sentiasa kita sama2 berdoa utk kesejahteraan semua..ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?
Memang ramai yang sangsi dengan lawatan Obama ke Malaysia… Apapun, rasanya tak salah untuk bersangka baik kan?
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…
Org kita mana nak pandang dan cari sudut +ve bro..semuanya -ve…hoho
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
Tapi apa agenda di sebalik Obama ni kita tak tahu.. hehe.
Curahan rasa Viral Anchor @ ..Do You Think You Can Build Your Own Cell Phone? This Guy Just Build His.
Ramai yang tak tahu apa sebenarnya agama Obama ni.
Curahan rasa Ammar @ ..HATI SEORANG PENGANTIN
Bila tengok gambar mesra lawatan Obama di Malaysia termasuk bila dia pergi ke bertemu dengan imam negara di masjid tu rasa sangsi pulak dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas dia.. atau mungkinkah itu bertujuan untuk mengaburkan mata kita? Hanya Allah yang mengetahui.
Curahan rasa Amirul Terapi Minda @ ..Podcast Bab 12 – Bagaimana Memori Mempengaruhi Kehidupan Kamu Seharian
Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Tak mustahil Allah lemparkan dalam hati Obama hidayah. Sayyidina Umar juga lembut hatinya bila mendengar adiknya membaca ayat suci Al-Quran.
Mana tahu…Obama satu hari nanti benar2 memeluk Islam.
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
mungkin ada agenda lain yg kita tidak tahu..hmmm
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Bukan obama je yg terkait dngan akhir zaman. Kita juga terkait sama. Kitalah umat akhir zaman. Bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tapi jangan pulak buat spekulasi membuta tuli.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Lawatan Obama, Akhlak Macam Mana Harus Kita Tunjuk?
bersediakah kita? itulah persoalan besar yang kita sendiri harus menjawabnya…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
Tiada yg pasti dlm perancangan manusia yg lemah.
Sesungguhnya hanya Allah penentu segalanya. Sama3lah kita bersiap sedia dgn bekalan yg terbaik. Moga Allah lindungi kita dan negara kita..ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
“mereka merancang dan ketahuilah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang…” – maksud ayat….
rancangan manusia tidak mampu mengatasi rancangan ALLAH…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
Benar lagi tepat 100%
Kita hanya merancang tetapi Allah jua perancang yg sebaik2nya..
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
Tidak akan terjadi sesuatu perkara tanpa izin Yang Maha Berkuasa. ..
setuju…memang takkan terjadi sesuatu kecuali tanpa izin Allah…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
nama hussein sgt sedap..nama ptera Fatimah Azzahra Binti Muhammad..tapi agama Obama samada Islam atau tidak, sukar ditentukan ya..sayangnya..
Curahan rasa zara @ ..Mengapa Ibu Hamil Perlukan Asid Folik
Semoga hidayah Allah utk Obama. Ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
obama adalah penganut kristian… itu fakta…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
Jika muslim…tentu buat solat tahiyatul masjid… betul tak?
Curahan rasa KelipKelip @ ..Ketahui 3 Pakar SEO Malaysia Paling Hebat
Semalam tgk pc byk gak sora yg agak xpatut diajukan oleh wartawan luar nie…
Curahan rasa kucinghitam @ ..D.I.Y : Monopod
Wartawan luar memang tunggu peluang untuk memalukan Kerajaan kerana sidang akhbar itu mendapat liputan dari seluruh dunia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
Tak heran sbb org kita sendiri ada yg maki hamun ngra sendiri di luar negara..ini yg lebih memalukan dan memilukan…
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
hasil ajaran hasutan kepada generasi muda…terpaksa kita terima hakikat bahawa generasi muda kita telah dirosakkan…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
Kedatangan Obama ke Malaysia memang sedikit sebanyak mendatangkan kebimbangan di kalangan sebahagian rakyat Malaysia. Bukan apa, US ni dalam sejarah dasar luar negaranya, memang agak susah dipercayai tindak tanduk mereka.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Perihal Obama datang ke Malaysia dan Sikap Rakyat Malaysia Tentang Hal Ehwal Negara
kedatangan itu atas kerajaan dengan kerajaan…
adakah ini bermaksud bahawa kerajaan malaysia sudah berlembut dengan amerika?
ketika era Tun Mahathir, haram nak nampak pemimpin amerika datang ke sini…
Curahan rasa Pendekar @ ..Air Force One Pesawat Presiden Amerika Syarikat
harap2 bukan “mulut disuap ekor dicabut” depan muka manis…di belakang ada ajenda
Curahan rasa KelipKelip @ ..Ketahui 3 Pakar SEO Malaysia Paling Hebat
Comments are closed.