Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.
Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.
Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.
[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]
Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.
Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama
Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.
127 Comments
sama-sama berdoa agar semua umat Islam dilindungi Allah
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
amin… sesetangah masjid masih lagi buat doa qunut nazilah…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Ketahui 3 Pakar SEO Malaysia Paling Hebat
Hmmm.. kalau tidak silap kawe baca dulu, Obama ni non-Muslim. Apa-apa pun, harap2 kedatangan Obama ni bawa lebih banyak kebaikkan dari keburukkan.
Curahan rasa Ismail N @ ..Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Di Pengkalan TLDM Sepanggar
Saya tertarik dengan ayat terakhir artikel ini..
“Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah”.
Semoga kita semua dilindungi Allah..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Hana Kena Chicken Pox
betul tapi ada ayat lain… perancangan dan strategi kena betul, sbb Allah akan beri kemenangan kpd yang ada perancangan dan berstrategi wlp dia kuffar. mudah2an semua kita dilindungi..amin
Curahan rasa KelipKelip @ ..Ketahui 3 Pakar SEO Malaysia Paling Hebat
Salam… tak usah ada fikiran negetif di atas lawatannya ke Malaysia. Kita sambut je… Rasulullah tidak pernah tak layan mereka walaupun bukan Islam sekalipun. Mereka adalah tetamu kita . Merapatkan hubungan antara negara digalakkan.
Pasti ada kebaikan antara dua negara. Pelaburan mereka di Mslaysia adalah tertinggi drp negara lain. Ini adalah kepentingan bersama. Amerekapun kagum dgn Malaysia, berbilang banga, aman dan makmur.
Semoga tiada apa agenda tersembunyi. Semoga Allah membuka pintu hati insan yg bernama Barack Obama. Insya Allah… Amin…
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Lawatan Presiden Barack Obama Ke Malaysia
biasanya kalau orang datang rumah kita mesti ada sebabkan.jadi dia datang ke sini mesti ada sebab kita kurang pasti.
Curahan rasa suri @ ..Kasut Jururawat Cahayacinta.com
hanya PM yg tahu…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Ketahui 3 Pakar SEO Malaysia Paling Hebat
kami sayang akan malaysia jangan ada yang tak baik berlaku.wahualam
Curahan rasa suri @ ..Ephyra Masam-Masam Manis
Semoga semuanya elok2 belaka. Untuk negara kita dan juga untuk negara2 lain..
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Terrapuri Heritage Village, Terengganu
Semoga Barrack Obama mendapat hidayahNya..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Jangan Percaya Kebaikan Set Berpantang Shaklee
kenapa perlu takut bila datang ke Malaysia? semestinya ada sesuatu yang tak kena kerana LEBIH RAMAI membenci barack obama datang ke Malaysia berbanding yang mengalu-alukan.
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Saham Wakaf Madrasah An-Nuur
Dengan izin Allah, Semoga kehadiran Barrack Obama ke Malaysia dapat memberikan kebaikan kepada negara kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Daripada Blog Denaihati cara membelai hati Pembaca
mudah2an lawatan Obama membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, bukan keburukan…hope and change
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Atasi Masalah Nyamuk Dengan Mudah
Barack Hussein Obama Presiden Amerika ke 44 – artikel yang menarik dan menambah wawasan tentang Obama
Barrack Obama mempunyai reputasi yang pelbagai dalam media massa.Cuma saya sangsi dengan apa yang pihak media nyatakan tentang beliau..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Melawat Orang Utan Di Semenggok
presiden amerika yang paling berpengaruh…
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Team Vimax Malaysia
maafkan saya…kalau tak silap saya… bukankah tagline Obama semasa pemilihan presiden adalah HOPE?
Selalu terpampang dalam media
HOPE WE CAN.
Curahan rasa Pendekar @ ..Ulasan Keputusan Penuh Perlawanan Chelsea VS Liverpool
Tagline CHANGE adalah Tagline Pakatan Rakyat yang di bahasa Inggeriskan dari UBAH.
maafkan saya kalau silap… hehe…
Curahan rasa Pendekar @ ..Pluggin SEO Terbaik Dari Pakar SEO
Comments are closed.