Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia tidak pernah menyangka suatu hari nanti seorang berbangsa Afrika Amerika akan menjadi Presiden Amerika. Bukan setakat berbangsa Afrika Amerika tetapi lebih hebat bernama Islam itulah dia Presiden Barack Hussein Obama. Dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu Hawaii dari pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr. yang merupakan seorang muslim berasal dari Kenya. Ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Nairobi pada tahun 1982. Ayah dan ibunya berpisah ketika Obama masih kecil dan ibunya berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama pernah menetap dan bersekolah di Jakarta.
Agama Presiden Barack Hussein Obama menjadi membincangan hangat di kalangan musuh politik dan di sosial media dan ramai yang sangsi dengan status agama Obama. Kesangsian sangat jelas kerana nama HUSSEIN yang merupakan nama cucu Rasulullah SAW. Tidak hairan bila banyak lawatan Obama ke negara Islam beliau pasti singgah di masjid seperti Masjid Negara ketika melawat Malaysia. Apa pun agama Obama aku mendoakan semuga beliau mendapat hidayah dari ALLAH.
Barack Hussein Obama menjadi susuk tubuh yang mengerakkan perubahan dunia dengan tagline “CHANGE” ketika bertanding jawatan Presiden Amerika penggal pertama. Ramai yang telah mengunakan aura Barack Obama seperti Anwar Ibrahim di Malaysia dan terkini Joko Widodo di Indoensia untuk merebut pemerintahan negara. Kepintaran Barack Hussein Obama berdebat memang dapat mengusik jiwa rakyat sehingga terpilih penggal kedua Presiden Amerika.
[box type=”shadow”]Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah” dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”. – sumber [/box]
Ada juga analisa di kalangan pengkaji-kaji yang mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman, dengan kuasa sebagai Presiden Amerika akan menjadi manusia yang meruntuhkan Kaabah berdasarkan beberapa riwayat. Tidak semua alim ulama yang bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Barack Hussein Obama dengan peristiwa akhir zaman. Dunia memang berada di akhir zaman seperti pesanan Rasulullah SAW tetapi tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku yang paling penting untuk diri kita membuat persediaan menghadap akhir zaman.
Video Biografi Presiden Barack Hussein Obama
Barack Hussein Obama menjadi Presiden Amerika kedua melawat Malaysia selepas lawatan pertama Presiden Amerika, Presiden Lyndon Johnson pada tahun 1966. Memang ada banyak teori dan spekulasi yang menyatakan lawatan Presiden Obama ke Malaysia penuh dengan misteri dengan suasana dunia yang tidak menentu. Sebagai umat Islam kita hanya yakin pada satu ALLAH SWT yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia bukan makhluk yang sememangnya lemah.
127 Comments
semoga Obama mendapat hidayahNya… amin…
ps: suatu masa nnti Amerika akan tumbang jatuhhhh….
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #83: Western Housewife Vs. Eastern (Muslim) Housewife
kedatangan beliau menjadi tanda tanya
Curahan rasa abah iman @ ..Ilmu Kelulut
Penafsiran Barack Obama datang ke Malaysia bukan hanya diperkatakan oleh rakyat Malaysia sahaja, tetapi seawal beliau jadi presiden dah ada berbagai teori dan penceritaan …
Bergantung pada diri kita untuk melihat perkara ini dari sudut yang membolehkan kita dapat sesuatu yg positif.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada presiden Amerika ini …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kehebatan Blogger Indonesia
Em…misteri kehadiran OBAMA diharap dia masuk Islam. Biar terkejut Amerika Syarikat bile tau pemimpin no.1 Uncle SAM tu sebenarnya beragama Islam suatu hari nanti..Semoga Allah memberi hidayah kepada Obama…Amin..
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG KLIA & SUBANG
Bukan nak condem ke ape, tapi dalam al-Quran ada cakap jangan kita berkawan dengan orang nasrani(kristian) yang berbaik-baik dengan yahudi(israel). Tak silap dalam saya dalam surah Al-Maidah. Ada ulama menafsirkan bhw nasrani tu Amerika, Yahudi itu dah sah2 la Israel. Tgk jer la macam mana Amerika & Israel bepakat ? Itu pun nak percaya diaorg lagi, tanah kat Palestin semua dia ambil dengan perjanjian-perjanjian diplomatik mereka konon. Adakah anda nak percaya Obama lagi ? ALLAH Maha Mengetahui !
Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. Semoga kita mendapat syafaat dari Baginda.
Sudah menjadi tuntutan Islam supaya melayan tetamu dengan baik. Buruk dan baik Allah yang balas. Kita hanya mengikut syariat yang telah ditetapkan
Wallahualam.
Sokong seratus peratus dengan komen ini. Siapa kita untuk menilai seseorang.
Curahan rasa denaihati @ ..Hati Seorang Madu
waww.. ternyata status keagamannya msih dpertnyakan ya, .
ya benar sih, mdah”n aja beliau beragama islam yg ssungguhnya..
nice post..
Cara mudah Menambahkan url blogdetik ke Goolge
Kasur Inoac, kasur busa kualitas jepang
Curahan rasa farid @ ..Menambahkan Url Blogdetik ke Google
Banyak teori2 kenapa Obama datang ke Malaysia kedengaran pada saya ambil sahaja yang positif yang negatif tinggalkan. Bab politik pula biarlah mereka yang arif yang uruskan.
Curahan rasa JuneAina @ ..Gaji Sikit Cukup Gaji Banyak Pun Cukup-Cukup
ye, byk btol spekulasi ttg kedtgan obama hari tu..walau apa2 pun, mmg suka dgn cara obama bcakap,konfiden n tenang. mungkin ni benda +ve yg ank muda malaysia blh contohi..
Curahan rasa JMR @ ..Aquaria KLCC
Ya, tertanya-tanya juga, atas sebab apa dia melawat Malaysia, dah lah Malaysia sekarang timbul macam-macam isu
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Perihal Bau Badan Wanita & Wangi-Wangian | Tanyalah Ustazah TV9
kita tunggu dan lihat apakah yg akan berlaku selepas kedatangan obama sblm ni..
Curahan rasa Malizal @ ..Download Borang Permohonan Penyertaan SARA 1MALAYSIA Sekarang
Harap lawatan yang dibuat adalah untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan bukan ada niat lain selain itu..
Curahan rasa mohd yazed @ ..Tips dan Panduan Mendidik Anak: Cara Mengurangkan Marah
Yang peliknya rakyat Malaysia ni, tiada prinsip sekejap boikot sekejap sanjung. Hmmm
Curahan rasa Azri Johan @ ..Router WiFi Internet Murah dan Terbaik
orang Malaysia suka membuat mitos…
so, xhairan la kalau banyak spekulasi yang timbul..
apapun, kita berdoa apa yang terbaik…
hehehehhe
Curahan rasa mie @ ..Wordless Wednesday #28 Tokyo Tower Ticket
Bro cerita yg mengaitkan Barack Obama dengan akhir zaman bukan dibuat oleh orang Malaysia malah ramai dikalangan muslim dari berbagai negara.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
Comments are closed.