Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi peluang-peluang menarik dalam pembentangan bajet 2018.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada 27/10/2017, Perdana Menteri DS Najib Razak bergaya kacak berbaju melayu biru, buat kali ke sembilan membentangkan bajet 2018. Antara peluang yang menarik dalam bajet 2018 adalah :
Fokus Kerajaan kepada pelaburan berimpak tinggi terutama dana luar negara sebagai enjin eknomi negara.
SME menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara dengan berbagai kemudahan kewangan antaranya kemudahan kewangan RM500 juta kepada TEKUN dan RM2.7 Billion untuk AIM dan RM80 juta untuk usahawan desa melalui Bank Rakyat. Ramai yang sudah berjaya menggunakan dana-dana ini seperti kejayaan usahawan Wan Azizah Wan Salleh, seorang usahawan ternakan ayam yang bermula dengan modal hanya RM500 dan kini sudah menjadi jutawan.
RM6.5 Billion untuk industri pertanian yang menyediakan peluang untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.
RM1 Billion untuk industri pelancongan dan pelancong kesihatan. Pulau Pangkor diistihar Pulau Bebas cukai tapi tidak untuk minuman keras, rokok dan motor.
RM1 Billion untuk venture capital dalam sektor terpilih bagi memudahkan start up berkembang seluruh dunia. Angel investor.
Tabungan permulaan RM200 Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) akan diberikan pada setiap anak yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 2022.
Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.
RM555 juta untuk skim usahawan Bumiputera melalui berbagai badan dan bank.
100 juta untuk eRezeki, eDagang dan eLadang melalui MDEC.
Pinjaman mudah RM120j kepada 1000 usahawan Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan BSN, Kerajaan subsidi kadar faedah 4%.
RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS.
BR1M yang manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu – RM70 ribu. Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Langkah ini akan tingkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanja oleh rakyat.
Peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol. KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG.
Mulai 1 Jan 2018, Krjn mansuhkan kutipan tol Batu Tiga, Shah Alam & Sg Rasau, S’gor, Bkt Kayu Hitam, Kedah dan EDL, Johor.
Kerajaan sedar beban ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing. kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k. Sebagai permulaan Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen. Majikan boleh mohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan seperti kadar sedia ada.
RM50j untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Pesakit bayar RM10 sahaja.
Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan.
Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 berdasarkan pilihan PBT. Layanan GST berkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam dan diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan.
Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
17,300 unit PPR dan 210 ribu unit PR1MA di bawah harga RM250,000 ke bawah akan dibina.
Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j dan 2500 peluang pekerjaan.
Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yang bekerjaKerajaan juga dibenar pulang awal sejam.
RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ & kesetiaan dalam mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kepada semua penjawat awam.
67 Comments
sekarang semua bisnis harus online, untuk memudahkan komunikasi, terutama di bidang jual beli
Curahan rasa TUKANG BATU @ ..Macam macam Tanaman Hias Merambat Untuk Kanopi
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Peluang dah ada depan mata, ayuh kita grab peluang yang ada!
Curahan rasa Syakilla @ ..Cara Merawat Strok Secara Semulajadi Dan Berkesan
kangen sama malaysia…..dah lama tak kesana, pengin ketemu teman teman lama lagi
Curahan rasa Trends gadget @ ..Tips Dapat Ribuan Followers Instagram dalam Sehari
Memang menarik untuk orang bisnes pada bajet kali ini
peluang dah terbentang luas, mana yang patut sambar kita sambar
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Setiap Pemilik Kereta Perlu Ada Kunci Kebal Ini
jumlah investasi yang sangat besar sekali,,tapi berbanding lurus dengan yang akan dihasilkannya, semangat
Curahan rasa icp capsule @ ..Tasly Calcium Plus Termurah di Jakarta
Semangat yang ditunjukkan Wan Azizah Salleh seharusnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia untuk berjaya. Usul bajet 2018 antara yang menarik untuk orang bisnis.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
Alhamdulillah apa pun yang dapat
Bersyukur pada Allah
Ibu sedar banyak lagi orang susah di luar sana
tapi pada masa yang sama sentiasa usaha nak perbaiki diri
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..23 Makanan untuk ibu mengandung menurut sunnah & Sains!
Orang bisnes ni pandai hidu peluang
orang lain nampak masalah
sedangkan masalah tu ada cara buat duit
Curahan rasa Mama Hakim @ ..9 Tanda kencing manis ketika hamil! Kawal gula darah
Jom kita sama-sama grab peluang baik yang dah tersedia depan mata. Jangan nak memilih sangat 😂
Curahan rasa Nur Razali @ ..Cara Beli Vivix Dengan Harga Murah dan Jimat Sangat
kuasa membeli di Malaysia ni agak tinggi dan meluas…masalah utama bagi mereka yang nak join bisnes ni adalah modal..baguslah ada dana utk bantu usahawan terus maju..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Apa itu RFID ? Cara Sistem RFID Berfungsi Dalam Kutipan Tol Di Malaysia
modal atau dana awal memang menjadi masalah. tak ramai yang bertuah ada dana yang besar utk start. untunglah kl ada yang offer dana utk berniaga ni..
Curahan rasa JMR @ ..Cabaran Gunting Rambut Danish – 2 tahun
Diskaun PTPTN pastinya merupakan berita yang sangat menggembirakan peminjam… Bukan setakat peminjam, malah waris peminjam juga turut merasai kebaikannya…
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
tang ptptn tu memang best. tapi kena bayar lump sum ke macam mana tu? kalau MARa kena bayar lump sump utk nikmati potongan yang best
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
bukan main banyak lagi program utk usahawan yg dijalan kerajaan. tak ada alasan lagi lepas ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Tv3
Tulah… Tak sangka kan? Beruntung betul sesiapa yang ada berkecimpung dalam bidang keusahawanan….
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Disamping mendapat galakan daripada pihak kerajaan, ramai sahaja NGO dan beberapa organisasi luar yang sudi untuk membantu….
Curahan rasa Anuar @ ..Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Nampaknya kerajaan memang besungguh-sungguh untuk mengembangkan peluang bisnes digital. Kita kena pandai mengambil peluang ini.
Apa yang ada di ambil saja manfaatnya tak perlu fikir siapa yang bagi
Keadaan takkan pernah sempurna
Curahan rasa Mama Hakim @ ..9 Tanda kencing manis ketika hamil! Kawal gula darah
betul jjgak tu. kalau asyik memilih je sampai bila bila bisnes tak jalan. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku Tv3
kadang kadang kena memilih utk buat bisnes, kadang kadang jalan je terus hehe eh? ke tak betul ni..
Curahan rasa JMR @ ..Cabaran Gunting Rambut Danish – 2 tahun
Sebenarnya terletak pada diri masing-masing untuk maju. Ada yang gunakan peluang yang ditawarkan dan ada juga yang mencipta sendiri peluang untuk maju.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Comments are closed.