Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi peluang-peluang menarik dalam pembentangan bajet 2018.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada 27/10/2017, Perdana Menteri DS Najib Razak bergaya kacak berbaju melayu biru, buat kali ke sembilan membentangkan bajet 2018. Antara peluang yang menarik dalam bajet 2018 adalah :
Fokus Kerajaan kepada pelaburan berimpak tinggi terutama dana luar negara sebagai enjin eknomi negara.
SME menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara dengan berbagai kemudahan kewangan antaranya kemudahan kewangan RM500 juta kepada TEKUN dan RM2.7 Billion untuk AIM dan RM80 juta untuk usahawan desa melalui Bank Rakyat. Ramai yang sudah berjaya menggunakan dana-dana ini seperti kejayaan usahawan Wan Azizah Wan Salleh, seorang usahawan ternakan ayam yang bermula dengan modal hanya RM500 dan kini sudah menjadi jutawan.
RM6.5 Billion untuk industri pertanian yang menyediakan peluang untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.
RM1 Billion untuk industri pelancongan dan pelancong kesihatan. Pulau Pangkor diistihar Pulau Bebas cukai tapi tidak untuk minuman keras, rokok dan motor.
RM1 Billion untuk venture capital dalam sektor terpilih bagi memudahkan start up berkembang seluruh dunia. Angel investor.
Tabungan permulaan RM200 Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) akan diberikan pada setiap anak yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 2022.
Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.
RM555 juta untuk skim usahawan Bumiputera melalui berbagai badan dan bank.
100 juta untuk eRezeki, eDagang dan eLadang melalui MDEC.
Pinjaman mudah RM120j kepada 1000 usahawan Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan BSN, Kerajaan subsidi kadar faedah 4%.
RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS.
BR1M yang manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu – RM70 ribu. Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Langkah ini akan tingkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanja oleh rakyat.
Peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol. KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG.
Mulai 1 Jan 2018, Krjn mansuhkan kutipan tol Batu Tiga, Shah Alam & Sg Rasau, S’gor, Bkt Kayu Hitam, Kedah dan EDL, Johor.
Kerajaan sedar beban ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing. kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k. Sebagai permulaan Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen. Majikan boleh mohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan seperti kadar sedia ada.
RM50j untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Pesakit bayar RM10 sahaja.
Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan.
Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 berdasarkan pilihan PBT. Layanan GST berkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam dan diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan.
Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
17,300 unit PPR dan 210 ribu unit PR1MA di bawah harga RM250,000 ke bawah akan dibina.
Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j dan 2500 peluang pekerjaan.
Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yang bekerjaKerajaan juga dibenar pulang awal sejam.
RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ & kesetiaan dalam mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kepada semua penjawat awam.
67 Comments
harapnya ramai yang mendapat manfaat drp bajet kali ini.. dan tak overbajet berbanding pendapatan negara.
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur
semakin menarik bicara bisnis meski harus perhitungan karena perekonomian dunia semakin pelik nampaknya
Curahan rasa Bujang @ ..Aku seorang yang ketinggalan zaman
kita tepaksa gunakan perniagaan dalam negeri dan pertanian untuk menjana pendapatan negara..
industri berat dan teknologi masih belum power buat masa sekarang…
in shaa Allah Malaysia boleh.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Menarik Beli Buku Online
Saya menilai bajet ini bukan sahaja menggembirakan rakyat, tetapi mampu menjana ekonomi negara. PM sendiri menyatakan ini adalah ‘ibu segala bajet’ dan bajet terbaik yang pernah beliau bentangkan.
Bajetnya pemurah menepati sasaran, berhemat tetapi tidak bakhil.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
kadang-kadang berkata memang sedap..
nak melaksana itu satu cabaran..
moga Malaysia terus maju.
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Menarik Beli Buku Online
satu insentif untuk bayi yang lahir pada tahun 2018..
risau juga …
harap bajet cukup la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tangisan Pelarian Syria Semakin Sayu
Masih ingat lagi teka-teki yang jadi viral dalam group whatsapp sebwlum pembentangan bajet 2018..
Curahan rasa anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
“Apakah warna baju PERDANA MENTERI semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini?”
Curahan rasa anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Nampaknya soalan tersebut telah pun terjawab melalui video pembentangan Bajet 2018 yang dikongsikan dalam artikel ini.
Curahan rasa anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Baju apa yang dipakai oleh perdana menteri pun menjadi tanda tanya kan?
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Nantikan Kemunculan ShakleeBaby Produk Rangkaian Penjagaan Bayi
sempat juga nak tanya pasal baju oleh Pendana Menteri kita..
satu usul dan kupasan yang menarik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Menarik Beli Buku Online
Deu perkara yang menarik perhatian saya, Penjawat awam wanita yg mengandung 5 bln ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yg bekerja Krjn jg dibenar pulang awal sejam dan pelaburan berimpak tinggi
Curahan rasa mus @ ..Singapura Tidak Akan Mengawal Selia Cryptocurrencies Kata Pegawai Singapura
Info ni memang ramai orang suka… termasuk saya..
Cuma yang tak sukanya bila ada orang buat statement tambahan
“kaum lelaki yang perut macam mengandung 5 bulan balik macam biasa”
Macam kena dkt batang hidung saya ni.. huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Tak ada rezeki saya dan isteri untuk memanfaatkan kemudahan ini… takperlah.. bagi peluang pada orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Kebanyakkan orang hanya ambil maklum sepintas lalu saje setiap bajet pada saban tahun. Tidak betul-betul teliti apa manfaat yang mereka boleh dapat. Sebab itu ada berita keluar yang tabung-tabung ‘duit’ yang disediakan untuk golongan tertentu, tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Curahan rasa McYanni @ ..Rujukan Khas Peperiksaan Online PTD 3 November Ini
Saya percaya tak semua orang mengambil manfaat atas inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan pada setiap tahun..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Sebab tu boleh jadi macam tu.. bagi mereka yang peka, pastinya akan memanfaatkan peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Ada di antara mereka yang baca sesetengah akhbar sahaja, bukan semua akhbar yang ulas tentang bajet 2018.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Yang paling penting dalam setiap bajet adalah…terhindarnya ketirisan dalam pelaksanaannya. Setiap sen jika betul-betul sampai ke sasarannya, InShaAllah cepat Malaysia ini menjadi negara maju. Tidak perlu tunggu sampai 2050
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Disiplin Usahawan Menurut Tuan Norizan Sharif
Ya betul… kalau betul perancangan dan pelaksanaanya, tak mustahil Malaysia mampu mencapai negara maju pada tahun 2020.
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Selari dengan hasrat tun Dr. Mahathir Mohamad semasa membentangkan dasar wawasan 2020 semasa di zaman pemerintahannya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Tapi apakan daya.. Wawasan 2020 tidak kesampaian.. kita perlukan pula TN50..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Kebimbangan yang melanda ialah bila dana usahawan tak mengalir kepada orang yang sepatutnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Setuju, setiap apa yang dibentangkan dan disalurkan melalui saluran yang betul untuk sampai kepada penerimanya pasti memberikan manfaat
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Nantikan Kemunculan ShakleeBaby Produk Rangkaian Penjagaan Bayi
Wow..tang penjawat awam wanita tu yang best..dapat pulang awal. Suami pun dapat pulang awal. Setiap tahun lah nak beranak macam ni..hehe
Mujur saya bekerja sendiri..bukan penjawat awam.. 🙂
Curahan rasa mira hamzah @ ..TAK TAHU PUN HAMIL, TIBA-TIBA KEGUGURAN
Amin.. doakan semoga berhasil.. lagipun cuti bersalin telah ditambah kepada 360 hari berbanding 300 hari sebelum ini..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Satu kelebihan kepada ibu yang hamil serta suami, dapat nikmati hidup dengan lebih selesa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Pemansuhan tol di Sungai Rasau dan tol Batu Tiga pasti menggembirakan ramai pihak, tapi kalau dimansuhkan seluruh Malaysia pasti lebih ramai yang mbira.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan tersebut pastinya sangat bersyukur kerana dapat mengurangkan kos perjalanan pergi balik ke tempat kerja.
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Petang tadi tak sempat nak tengok pembentangan bajet 2018… mujur juga ada info di blog ini.. sekurang-kurangan dpt juga info tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Cuma petang tadi sebelum balik kerja ada rajan2 kongsi dalam group whatsapp tentang benefit yang diverikan kepada kakitangan kerajaan..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Alhamdulillah.. merasa juga sedikit rezeki tambahan untuk tahun 2018 disamping kemudahan cuti dan kemudahan waktu bekerja untuk penjawat awam wanita dan suami..
Curahan rasa anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Selain itu ada diperkenalkan waktu bekerja yg baru… membuatkan kakitangan kerajaan mempunyai 4 pilihan waktu bekerja..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Ada juga penambahbaikan dalam bajet 2018, syukur ada lanjutan untuk diskaun Ptptn dan juga amanah 200 untuk kelahiran tahun depan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Nantikan Kemunculan ShakleeBaby Produk Rangkaian Penjagaan Bayi
Semoga dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dlm bajet 2018 kali ni dapat membantu meringankan bebanan peminjam..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Bila ada lanjutan tarikh bayar balik PTPTN dengan diskaun, mereka yang terlibat masih punya masa untuk kumpul wang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
alhamdulillah banyak insentif untuk kekeluargaan. cuma bajet pembangunan tu agak sikit dan merisaukan jugak
Curahan rasa raihanah @ ..4 Punca Utama Kegagalan Buah Pinggang
Dalam sistem kami sebelum ni dah beberapa tahun tak ada membuat pembelian aset .. harap kali ni ada bajet tersebut…
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
bajet pembangunan tak banyak, padahal bajet pembangunan la untuk meningkatkan ekonomi. tak tahu la, saya doakan yang baik2 saja untuk negara
Curahan rasa raihanah @ ..Vivix dan Masalah Sopak atau Vitiligo
Ada yang lebih dan ada yang kurang dalam Bajet 2018, potong potong itu perkara biasa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
Bajet yang menarik dan merangkumi kesemua lapisan masyarakat. Usahawan patut ambil peluang ni dengan Dana RM1b untuk start up bisnes.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Tak sabar nak baca akhbar esok, pasti ada yang akan lihat dari sudut positif dan negatif.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Betul tu setuju…
Pasti ada pro and con dari sudut pandangan pakar-pakar ekonomi, ahli politik, pembangkan dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Comments are closed.