Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak kebelakangan ini, berita palsu semakin menjadi-jadi dan tersebar dengan mudah di platform media sosial. Ini adalah perkara yang sangat tidak sihat. Jika sebelum ini kita pernah berbincang mengenai topik Tanggungjawab sebagai pengguna platform media sosial, kali ini kita sambung pula mengenai berita palsu dalam dunia digital.
Setiap hari, pelbagai berita yang lalu atau hadir dalam kehidupan digital yang kita jalani. Ada ketika, berita-berita ini adalah palsu dan banyak ketika ianya adalah benar. Soalnya, apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita mengetahui ianya adalah berita yang tidak benar?
Ini yang ramai masih samar-samar keperluan untuk kita melakukan beberapa perkara sebelum kita salin dan tampal atau tekan fungsi share dan seumpamanya.
Berita palsu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab
Lazimnya, berita palsu ini memang diwujudkan dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka ada kepentingan sendiri dan ada juga yang sekadar seronok boleh mempermainkan orang lain dengan berita yang mereka tulis dan sebarkan.
Berita-berita palsu ini boleh menyebabkan fitnah berleluasa dan menyebabkan ada pihak yang menjadi mangsa akibat penyebaran yang terlalu pantas dek kerana kuasa penularan di platform media sosial. Kebanyakan berita palsu ini direka untuk menyentuh emosi amarah para pengguna.
Ramai harini, dengan mudah mengecam sesiapa sahaja yang nampak seakan bersalah. Tahukah anda, ditangkap melakukan sesuatu jenayah belum bermakna mereka itu bersalah. Itu hanya proses awal untuk mengenalpasti adakah mereka memang bersalah ataupun tidak. Penangkapan sekadar untuk memudahkan proses menyiasat dan mengenalpasti pesalah yang sebenar.
Semak sumber berita utama untuk pengesahan
Penting untuk kita terlebih dahulu menyemak sumber-sumber berita utama seperti BERNAMA sebelum menyebarkan sesuatu berita itu. Walaupun ada ketika, media yang membuat semakan berita sebelum sebaran ini sedikit lambat, itu lebih baik daripada kita terus menyebarkan tak tentu hala.
Ingat seperti perkongsian dalam artikel bagaimana blog menjadi medium untuk menambah saham akhirat, setiap penulisan kita ini boleh menjadi saham yang baik, atau saham yang akan merugikan kita di akhirat kelak.
Pesanan demi pesanan yang dicoretkan di blog denaihati.com ini adalah untuk kita sama-sama menjadi pengguna platform media sosial yang bertanggungjawab dan cakna dengan apa yang kita lakukan. Bukan mudah untuk mengelakkan diri kita daripada menyebarkan berita palsu.
Sekali kita terlajak share dan sebarkan, sahamnya telah pun kita perolehi. Andai ianya melibatkan tuduhan yang tidak tepat kepada mana-mana individu, bukan mudah untuk kita pergi bertemu dengan mereka semula hanya kerana ingin mendapatkan kemaafan.
Berita palsu dengan kaedah surat berantai
Telah menjadi SOP berita-berita ini akan disusun agar ianya akan mendapat tarikan sepertimana surat berantai berlaku. Walaupun mereka tidak tulis anda tidak akan mendapat kecelakaan andai tidak sebarkan, cara dan kaedah ayat untuk berita itu ditulis, akan menyebabkan yang tidak berfikir, tidak sabar-sabar untuk menyebarkan.
Dunia media sosial adalah dunia mendapatkan perhatian, semua berpusu-pusu untuk mendapatkan perhatian daripada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang menggunakan platform media sosial. Saban hari pelbagai aktiviti yang menjelekkan dibuat hanya kerana tujuan ini.
Ingatlah wahai teman, glamor sementara itu tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang, terutama apabila kita melakukkannya dengan cara yang tidak beretika, dan akhirnya diri kita yang menjadi “clown” di khalayak ramai.
74 Comments
masalah nya org melayu ni suka sgt dengan kerja wartawan. nak jadi yang pertama sampaikan berita
surat berantai ni dh lama wujud… dari zaman telefon 3310 lagi. tak sangka masih ada
Skrg ni mcm2 penipuan brlaku di media sosial. kena bijak menilai dan memilih kawan kawan di media sosial
Curahan rasa JMR @ ..Dah Nak Masuk Tahun 2019, Netizen Makin Gila.
ye. kawan yg tak elok selalu share benda tak sahih dan tak senonoh di med sco..
Senang je ,” Tak pasti jangan kongsi..” itulah jawapn kepada Bagaimana menguruskan berita palsu di platform media sosial?
jangan kongsi terus. haha pastikan berita yg kita baca tu dari news outlet yang bertauliah
senang je.. Kalau memang tak perlu, tak berkaitan dgn diri dan bukan keilmuan. Tak payah nak sibuk share
Semoga kita menjadi pengguna platform media sosial yang bertanggungjawab dan cakna dengan apa yang kita lakukan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sekadar untuk femes sementara itu tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang dalam hidup kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Andai melibatkan tuduhan yang tidak tepat kepada mana-mana individu, bukan mudah untuk kita pergi bertemu dengan mereka semula hanya kerana ingin mendapatkan kemaafan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Penting untuk kita terlebih dahulu menyemak sumber berita utama sebelum menyebarkan sesuatu berita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Berita palsu ini boleh menyebabkan fitnah berleluasa dan menyebabkan ada pihak yang menjadi mangsa akibat penyebaran yang terlalu pantas kerana kuasa penularan di platform media sosial
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Series series, jangan asal share. Kebanyakan kita terjebak dengan berita di socmed. Share sesuka hati je kan
Share tanpa usul periksa. Asal masuk wasap masuk fb semuanya nak di kongsi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Berita palsu ini memang diwujudkan dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Hanya untuk meraih perhatian ramai
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bagaimana menguruskan berita palsu di platform media sosial? Senang je ,” Tak pasti jangan kongsi..”
Ye betul, tak pasti memang tak perlu nak dikongsi. Jangan nak tempah bencana
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebenarnya atas kesedaran diri sendiri. Kalau memang tak perlu, tak berkaitan dgn diri dan bukan keilmuan. Tak payah nak sibuk share
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Simptom & Cara Atasi Gastrik Yang Menjadi Punca Masalah Kesihatan
Ada waktunya untuk kita kongsi, tapi biarlah berita yang sahih sahaja, bukan sekadar mahu ditularkan.
Boleh je kongsikan setiap perkara asalkan kita pasti ianya berita yng benar benar sahih
Dunia media sosial adalah dunia mendapatkan perhatian, semua berpusu-pusu untuk mendapatkan perhatian dengan share entah berita betul atau tidak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
tu la macam tak cukup kasih sayang pun ada gak. kdg kdgn isu yang remeh temeh je
Ada orang niatnya mahu jadi tular dan ditularkan saj, biar pun akn memalukan diri sndr
Tahu takpe, menyampah gakdgn sesetengah, semua status / posting org dia nak share
Tapi tu la, rami yang tidak sedar akibatnya jika mereka tersalah share berita palsu..berat tu
Ramai harini, dengan mudah mengecam sesiapa sahaja yang nampak seakan bersalah. Kalau ditangkap melakukan sesuatu jenayah belum bermakna mereka itu bersalah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebelum sebar, selidik dulu. Kalo rasa tak perlu tak payah lah. Tak payah nak jadi makcik bawang sgt..huhu
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Simptom & Cara Atasi Gastrik Yang Menjadi Punca Masalah Kesihatan
haha term makcik bawang tu memang sesuai utk mereka yang terus sebar berita yang dia dpt tanpa periksa sahih ke tak berita tersebut
Kesian ke bawang, tak memasal dapat nama kan. Patutnya buh nama lain lah. Berita palsu ni kalau sebar kita oun dapat saham juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau semua orang berfikiran macam Kauthar, aman dah dunia media sosial kita hari ni
Skrg ni mcm2 penipuan brlaku di media sosial. Moga kita pandai bezakan y mana baik y mna buruk.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..4 Cara Turunkan Paras Asid Urik Dalam Badan. Mencegah Anda Dari Penyakit Gout
Betul tu. Bersosial di interne ni nak kena ada skill utk tahu beza mana yang betul mana yang fitnah
Karang kita ni sesuka hati share dulu, tak tahu betul atau tidak. Tak fikir dulu kenapa benda tu jadi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
InsyaAllah, harap kawan kawan di sekliling ini lebih pandai menilai sebelum tekan butang share
Sangat perlu pandaikan diri sebelum berkongsi sesuatu berita. Kang tersalh sebar fitnah plak kan
betul tu. lebih baik jangan mulakan perkongsian, sebab tlajak kongsi padah menanti.
Comments are closed.