Bagaimana menguruskan berita palsu di platform media sosial

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak kebelakangan ini, berita palsu semakin menjadi-jadi dan tersebar dengan mudah di platform media sosial. Ini adalah perkara yang sangat tidak sihat. Jika sebelum ini kita pernah berbincang mengenai topik Tanggungjawab sebagai pengguna platform media sosial, kali ini kita sambung pula mengenai berita palsu dalam dunia digital.

Setiap hari, pelbagai berita yang lalu atau hadir dalam kehidupan digital yang kita jalani. Ada ketika, berita-berita ini adalah palsu dan banyak ketika ianya adalah benar. Soalnya, apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita mengetahui ianya adalah berita yang tidak benar?

Ini yang ramai masih samar-samar keperluan untuk kita melakukan beberapa perkara sebelum kita salin dan tampal atau tekan fungsi share dan seumpamanya.

berita palsu di media sosial

Berita palsu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

Lazimnya, berita palsu ini memang diwujudkan dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka ada kepentingan sendiri dan ada juga yang sekadar seronok boleh mempermainkan orang lain dengan berita yang mereka tulis dan sebarkan.

Berita-berita palsu ini boleh menyebabkan fitnah berleluasa dan menyebabkan ada pihak yang menjadi mangsa akibat penyebaran yang terlalu pantas dek kerana kuasa penularan di platform media sosial. Kebanyakan berita palsu ini direka untuk menyentuh emosi amarah para pengguna.

Ramai harini, dengan mudah mengecam sesiapa sahaja yang nampak seakan bersalah. Tahukah anda, ditangkap melakukan sesuatu jenayah belum bermakna mereka itu bersalah. Itu hanya proses awal untuk mengenalpasti adakah mereka memang bersalah ataupun tidak. Penangkapan sekadar untuk memudahkan proses menyiasat dan mengenalpasti pesalah yang sebenar.

berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab

Semak sumber berita utama untuk pengesahan

Penting untuk kita terlebih dahulu menyemak sumber-sumber berita utama seperti BERNAMA sebelum menyebarkan sesuatu berita itu. Walaupun ada ketika, media yang membuat semakan berita sebelum sebaran ini sedikit lambat, itu lebih baik daripada kita terus menyebarkan tak tentu hala.

Ingat seperti perkongsian dalam artikel bagaimana blog menjadi medium untuk menambah saham akhirat, setiap penulisan kita ini boleh menjadi saham yang baik, atau saham yang akan merugikan kita di akhirat kelak.

Pesanan demi pesanan yang dicoretkan di blog denaihati.com ini adalah untuk kita sama-sama menjadi pengguna platform media sosial yang bertanggungjawab dan cakna dengan apa yang kita lakukan. Bukan mudah untuk mengelakkan diri kita daripada menyebarkan berita palsu.

Sekali kita terlajak share dan sebarkan, sahamnya telah pun kita perolehi. Andai ianya melibatkan tuduhan yang tidak tepat kepada mana-mana individu, bukan mudah untuk kita pergi bertemu dengan mereka semula hanya kerana ingin mendapatkan kemaafan.

tanggungjawab sebagai pengguna media sosial

Berita palsu dengan kaedah surat berantai

Telah menjadi SOP berita-berita ini akan disusun agar ianya akan mendapat tarikan sepertimana surat berantai berlaku. Walaupun mereka tidak tulis anda tidak akan mendapat kecelakaan andai tidak sebarkan, cara dan kaedah ayat untuk berita itu ditulis, akan menyebabkan yang tidak berfikir, tidak sabar-sabar untuk menyebarkan.

Dunia media sosial adalah dunia mendapatkan perhatian, semua berpusu-pusu untuk mendapatkan perhatian daripada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang menggunakan platform media sosial. Saban hari pelbagai aktiviti yang menjelekkan dibuat hanya kerana tujuan ini.

Ingatlah wahai teman, glamor sementara itu tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang, terutama apabila kita melakukkannya dengan cara yang tidak beretika, dan akhirnya diri kita yang menjadi “clown” di khalayak ramai.


Spread the love

74 Comments

    1. Itu lah pasal. Akhir zaman kan. Netizen cepat je sebar berita palsu yang masih panas. Walhal tak tahu kesahihan cerita tu.

  1. media sosial banyak di salah gunakan oleh sebagian pihak sebagai alat propaganda untuk memenuhi ambisi dan kepentingan nya masing” kita slaku pengguna harus lebih bisa memilih dan memilah informasi yang bener”akurat dan tidak mudah menerima dan menshare informasi yang belum tentu kebenaran dan akurasi nya agar kita tidak menjadi bagian dari penyebar isu kebohongan.,

  2. Terdapat berita palsu dan isu palsu. Kedua-duanya bertujuan meraih keuntungan tanpa mengambil kira nilai kebenaran. Berita palsu dan isu palsu boleh berlaku kepada sesiapa jua samada yang berkuasa atau yang dikuasai. Jadikan media sosial sebagai salah satu platform bagaimana menguruskannya. Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa AmeerMy Profile

    1. Rasanya akta ni ditangguh kan sementara selepas tukar kerajaan baru ni. Kalu dilaksanakan memang ramai yang ke dalm skang ni

        1. ye btol tu, sangat sangat setuju. Sebab tu akhbar mestilah mempunyai integriti dalam menyiarkan berita. Kalau tak, habislah masyarakat kita

      1. masing masing mengejar trafik yang tinggi. Originality cerita tu ntah ke mana, apatah lagi kesahihan cerita kan

    1. Ye la kan, button SHARE di media sosial senang senang tekan. Mak tersebarlah sesatu berita tanpa tahu kesahihannya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!