Pengurusan laman menjual untuk syarikat atau jenama

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak dua menjak ini, alhamdulillah semakin ramai yang mendapat kesedaran untuk membina laman sesawang melibatkan syarikat atau jenama mereka. Ini perkembangan yang bagus kerana sebelum ini, ramai yang terlalu fokus kepada penggunaan platform media sosial sehingga lupa ingin menyediakan premis online penting iaitu laman sesawang.

Namun begitu, ada perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin membina laman sesawang ini. Ada beberapa ciri dan fungsi yang andai kita abaikan, akan memberikan impak kurang bagus kepada laman sesawang yang kita bina. Ramai terlalu fokus kepada kecantikan laman mereka, hingga lupa fungsi praktikal laman tersebut.

Laman yang baik akan mencapai tujuan laman itu dibina dan akhirnya akan memberikan kesan positif dari sudut penjenamaan dan jualan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

pengurusan laman sesawang dengan baik

Apa yang perlu ditetapkan sebelum laman dibina

Dalam dunia digital sekarang ini, ada banyak jenis laman yang boleh kita bina, ini semua bergantung kepada tujuan sebenar laman itu ingin digunakan. Contohnya sebuah laman korporat akan mempunyai ciri yang berbeza berbanding laman e-dagang, begitu juga laman sosial dan lain-lain lagi.

Setiap laman ini akan memberikan pengalaman pengguna yang berlainan dan oleh sebab itu, penting untuk kita fahami apa yang pelawat bakal lalui semasa menjejaki laman kita buat pertama kali. Apabila kita memahami perkara ini, kita akan fokus pada fungsi utama sebelum mencantikkan laman tersebut.

Tetapkan satu atau dua tujuan utama apabila kita membina laman, usah hanya serahkan kepada web developer untuk buat keputusan. Mereka adalah developer, bukan arkitek yang bertanggungjawab untuk menyusun perjalanan dan skop yang lebih luas.

Perancangan laman sesawang adalah tanggungjawab individu yang berbeza, sama seperti apabila membina bangunan, tukang buat bangunan jarang yang merancang pembinaan. Arkitek dan jurutera yang akan bertanggungjawab untuk merancang mengira dan merekacipta bangunan tersebut.

struktur laman adalah perkara yang penting

Memberikan pengalaman yang menarik dan selesa kepada pelawat

Setiap laman, perlu disusun agar ianya selesa dan menarik kepada pelawat. Andai ingin membuat jualan di laman, pastikan laman jualan itu memberikan keselesaan dan jawapan kepada apa yang mereka cari. Seterusnya mempengaruhi mereka untuk membuat belian terus.

Andai kita membina laman korporat atau laman syarikat, perlulah hidangkan maklumat yang biasanya diperlukan atau dicari oleh pelawat. Lain pula ceritanya andai kita membina laman e-dagang, ianya perlu menyelesaikan apa yang mereka inginkan dengan cara yang mudah dan lancar.

kosmetik laman sesawang perkara yang seterusnya

Kosmetik laman adalah bonus

Perkara terakhir yang perlu kita fikirkan adalah kosmetik atau kecantikan laman. Memang kecantikan ini memang perkara yang akan buat kita gembira untuk ulang datang ke laman tersebut. Namun ianya adalah perkara yang terakhir perlu kita fikirkan.

Kosmetik untuk produk atau jenama melibatkan kecantikan perlu dititikberatkan. Untuk laman-laman lain, cukup sekadar laman tersebut mudah dibaca, mudah difahami dan ringan untuk dilayari. Pemilihan saiz font yang bersesuaian juga sangat penting agar maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami.

Pastikan ada perbezaan ketara antara font dan latar yang ingin digunakan di laman kita. Trend masa kini, kebanyakan laman yang melibatkan info teks akan menggunakan latar belakang bewarna putih. Andai laman-laman melibatkan perkongsian video atau gambar, latar gelap akan digunakan untuk memberikan pengalaman yang menyelesakan.

menguruskan laman mengikut fungsi yang berkaitan

Usah campur adukkan antara fungsi laman dan fungsi lain

Mengusahakan laman seperti laman e-dagang, usahlah kita sibuk ingin meletakkan fungsi seperti butang belian menggunakan whatsapp ataupun FB messenger. Ini hanya menyebabkan kita telah menidakkan fungsi sebenar atau fungsi utama laman itu dibina.

Laman boleh menguruskan belian dan pertanyaan tanpa melibatkan individu atau wakil jualan. Automasi yang melibatkan laman web boleh dicapai apabila kita telah merancang dan menguruskan setiap laman dengan baik. Apabila kita menguruskan laman seperti menguruskan Whatsapp atau di media sosial, kita akan kerugian potensi utama laman dibina.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi pengurusan dan pembinaan laman sesawang yang baik, boleh hubungi Denaihati Network untuk temujanji lanjut.


Spread the love

48 Comments

  1. sebuah laman korporat akan mempunyai ciri yang berbeza berbanding laman e-dagang, begitu juga laman sosial dan lain-lain lagi.

  2. Ada beberapa ciri dan fungsi yang andai kita abaikan, akan memberikan impak kurang bagus kepada laman sesawang yang kita bina.

  3. Setiap laman, perlu disusun agar ianya selesa dan menarik kepada pelawat. Andai ingin membuat jualan di laman, pastikan laman jualan itu memberikan keselesaan dan jawapan kepada apa yang mereka cari.

  4. Kosmetik untuk produk atau jenama melibatkan kecantikan perlu dititikberatkan. Untuk laman-laman lain, cukup sekadar laman tersebut mudah dibaca, mudah difahami dan ringan untuk dilayari

    1. Tetapkan satu atau dua tujuan utama apabila kita membina laman, usah hanya serahkan kepada web developer untuk buat keputusan.

  5. Ye, sememamngnya konten di dalm laman sesawang/ atu dalam blog sepatutnya diutamakan berbanding rupa hias..sama juga macam blog personal.

  6. Perkongsian terbaik daripada bro Eizil, seorang yang pakar dalam membuat laman web.. bbanyak nak kena belajar ni..

  7. Ada je. Amazon contoh terbaik, mudah , ringkas dan padat ..mesra pengguna dan memudahkan pelayar datang laman webnya

  8. Konten di dalm laman sesawang/ blog sepatutnya diutamakan berbanding rupa hias..sama juga macam blog personal. Zaman fancy2 dah berlalu heh

    1. ada perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin membina laman sesawang ini. Ada beberapa ciri dan fungsi yang andai kita abaikan, akan memberikan impak kurang bagus kepada laman sesawang yang kita bina.

    2. Dalam dunia digital sekarang ini, ada banyak jenis laman yang boleh kita bina, ini semua bergantung kepada tujuan sebenar laman itu ingin digunakan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!