Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tempoh hari ada rakan blogger yang bertanyakan bagaimana untuk memasukkan table ke dalam entri atau artikel di blog mereka. Sekiranya anda menggunakan WordPress, proses ini mungkin agak rumit sekiranya menggunakan fungsi asas dan tidak mahir dalam menulis kod HTML.
Berikut adalah antara langkah mudah yang boleh digunakan untuk memasukkan table ke dalam artikel.
Menggunakan plugin TablePress
Anda boleh memasang plugin TablePress yang membantu untuk anda memasukkan table ke dalam artikel. Plugin ini menggunakan shortcode untuk proses membina table tersebut.
Contoh shortcode yang digunakan adalah seperti di bawah:
[table id=1 alternating_row_colors=false column_widths="40px|50px|30px|40px" /]
Anda boleh mencuba plugin ini dengan memuat turun dari WordPress Plugin Directory – TablePress
Sila rujuk penerangan dalam laman utama pembangun TablePress ini sekiranya anda mempunyai sebarang kemushkilan.
Memasukkan kod HTML dari code editor
Cara seterusnya adalah menggunakan HTML Code Editor online yang membolehkan anda membina table dengan mudah. Contoh perkhidmatan seperti ini boleh diperolehi di HTML Table Generator.
Anda boleh memilih jumlah column atau rows yang dikehendaki. Kemudian isi info yang anda inginkan dan paparan kod HTML akan kelihatan di bahagian bawah. Anda hanya perlu salin dan masukkan ke dalam editor anda dalam blog WordPress mahupun akaun blogspot anda.
Sekiranya anda menggunakan WordPress, pastikan anda menukar bahagian editor anda kepada Text, sebelum memasukkan kod HTML yang telah dijana.
Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh tulis di ruangan komen. Semoga mendatangkan manfaat.
272 Comments
tak sangka pula ada cara tertentu untuk masukkan table ke dlm wordpress ni. walaupun murni hanya menggunakan blogspot, entri ni beri ilmu baru bagi murni. Manalah tahu satu hari nanti berjinak-jinak dengan wordpress pulak. Kebiasaanya klu murni nak masukkan table ke dlm blogspot murni hanya gunakan microsoft word sahaja.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster Award
Betul tuh.. alangkah bagus kalau WP dapat masukkan table nih sebagai tools.. dapat juga kurangkan penggunaan plugin..
Oooo ada plugin ya…saya tak pernah cuba…selalu nak senang saya screenshot je jadi image huhu tapi tak berapa cantiklah…boleh cuba ni…
Curahan rasa Akma Omar @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Selain teknik copy paste dari word atau excel, teknik screenshot nih pun ramai orang guna..hehe
Baru tahu pengguna wordpress ada cara tersendiri nak masukkan table dalam post. Satu perkongsian yang amat bermakna buat pengguna wordpress.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Yelah.. kalau copy paste pun tak jadi terpaksalah pengguna WP gunakan cara lain untuk memasukkan table seperti penggunaan plugin ini..
ilmu baru bagi saya sebab saya pengguna blogspot. nanti boleh sebarkan ilmu buat pengguna wordpress
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Dadih Perisa Durian
Mana tahu satu hari nanti berhijrah ke wordpress, bolehlah gunakan tips ini..
Satu panduan yang baik ni. tapi untuk Wordpress je ke Tuan Eizil? untuk pengguna Blogspot, bagaimana lak caranya?
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Untuk pengguna blogspot rasanya lebih mudah.. copy paste jer table dari word atau excel..
Untuk pengguna blogspot lebih mudah rasanya.. copy paste jer dari word atau excel..
A’ah, dah lama juga saya terfikir. Tak sangka pula ada cara sebegini. Terima kaish atas tutorial ini. Akan jadi rujukan masa akan datang. Love it!
Kalau dah ada plugin ini lebih mudah lah nak masukkan table dalam artikel nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Terima kasih. Sudah banyak kali cuba buat table guna plugin, tetapi nampak macam cerewet. Saya biasanya buat table dalam Excel dan buat screenshot. Insert image table. hehe..
Tidak terfikir pula kaedah kedua. 🙂
Curahan rasa Mr. Zul @ ..Resipi sambal belacan ‘simple’ & kisah nenek saya
Dah try guna ke plugin table nih.. betul ke leceh?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Waa satu perkongsian yang amat berguna untuk blogger di luar sana yang baru berjinak jinak dengan wordpress ni. Saya sendiri pun macam kurang je ilmu pasal benda ni
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Dah lama guna wordpress pun belum tentu tahu cara nak masukkan table dalam blog..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya sangat memerlukan table dalam posting saya yang berkaitan sukan. Keputusan, jadual perlawanan jika di buat dalam table akan nampak kemas dan pro..
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Kalau macam tuh memang penggunaan table sangat diperlukan.. lebih kemas..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
terima kasih kerana berkongsi cara nak buat table ni..lepas boleh la saya try apply ke blog saya… 🙂
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Betul tuh.. nak try juga aplikasikannya dalam artikel blog nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tak pernah tahu pun boleh buat table dalam entri blog. Nice sharing Tuan Denaihati ;D Kalau blogspot boleh ke?
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Menulis dalam blog nih macam kita menulis dalam word juga.. tools yang digunakan pun lebih kurang sama.. cuma bab table nih jer yang jadi pening camaner nak buat..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
menarik lah yang HTML Table Generator tu. senang la nak buat table lepas ni. terima kasih kerana berkongsi.
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S
Kalau pandai main dengan html.. rasanya tak perlu guna plugin pun takper kot..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Baru wawa tahu bahawa dalam wordpress boleh gunakan table dekat atas tu. Sebelum ni wawa tertanya-tanya juga macam mana diaorang buat. Dan boleh ke kalau wawa nak gunakan table dekat atas tu untuk blogspot? Tetiba dapat idea pula nak letak table tu dekat blog wawa. Terima kasih atas perkongsian tuan denaihati.com
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Plugin table tuh hanya untuk WP.. pengguna blogspot boleh gunakan code html tuh atau copy paste jer dari word atau excel..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tak pernah tahu pulak boleh buat table dalam entry. ini bagi pengguna wordpress, kalau blogspot ada ke tidak ye. Selalunya kalau nak guna table copy paste dari excel je. Itupun banyak nak diperbetulkan.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Kan? Dah banyak perkongsian ilmu yang bro denaihati dah share dengan kita semua kan. Sungguh depa tak kedekut ilmu, bantu membantu sesama kita kan amalan mulia
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Mereka dah berpengalaman lama dalam dunia blogging nih.. dan yang bagusnya mereka tak lokek berkongsi ilmu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang itulah yang selalu dibuat.. nak guna skrip html leceh.. copy paste jer senang.. hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
PG pernah cuba untuk menggunakan table dalam blog, masa tu nak buat table untuk makluman jadual waktu berkerja UTC semasa bulan ramadhan, tapi tidak berjaya. DH, bagaimana pula dengan blogspot, boleh tak menggunakan plugin diatas?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Penggunaan plugin hanya untuk pengguna WP jer PG.. untuk blogspot katanya copy paste jer dari word or excel..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Comments are closed.