Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tempoh hari ada rakan blogger yang bertanyakan bagaimana untuk memasukkan table ke dalam entri atau artikel di blog mereka. Sekiranya anda menggunakan WordPress, proses ini mungkin agak rumit sekiranya menggunakan fungsi asas dan tidak mahir dalam menulis kod HTML.
Berikut adalah antara langkah mudah yang boleh digunakan untuk memasukkan table ke dalam artikel.
Menggunakan plugin TablePress
Anda boleh memasang plugin TablePress yang membantu untuk anda memasukkan table ke dalam artikel. Plugin ini menggunakan shortcode untuk proses membina table tersebut.
Contoh shortcode yang digunakan adalah seperti di bawah:
[table id=1 alternating_row_colors=false column_widths="40px|50px|30px|40px" /]
Anda boleh mencuba plugin ini dengan memuat turun dari WordPress Plugin Directory – TablePress
Sila rujuk penerangan dalam laman utama pembangun TablePress ini sekiranya anda mempunyai sebarang kemushkilan.
Memasukkan kod HTML dari code editor
Cara seterusnya adalah menggunakan HTML Code Editor online yang membolehkan anda membina table dengan mudah. Contoh perkhidmatan seperti ini boleh diperolehi di HTML Table Generator.
Anda boleh memilih jumlah column atau rows yang dikehendaki. Kemudian isi info yang anda inginkan dan paparan kod HTML akan kelihatan di bahagian bawah. Anda hanya perlu salin dan masukkan ke dalam editor anda dalam blog WordPress mahupun akaun blogspot anda.
Sekiranya anda menggunakan WordPress, pastikan anda menukar bahagian editor anda kepada Text, sebelum memasukkan kod HTML yang telah dijana.
Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh tulis di ruangan komen. Semoga mendatangkan manfaat.
272 Comments
baru tau…rupanya bisa buat table di blog
nice info
tq ya…
Ramai yang nak buat table tapi tak tahu caranya.. harap tips ini dapat membantu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
ohhhh boleh buat table dalam blog wp rupanya baru tahu dan nampak macam mudah tapi belum mahu di gunakan. mana tahu nanti mahu guna boleh kembali ke sini untuk rujukan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Blog Kegemaran Saya
Kita menulis blog memang sangat jarang nak gunakan table dalam artikel.. tapi bila diperlukan pening juga macam mana nak buat..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
table sangat diperlukan untuk membuat daftar harga produk jika kita ingin mencantumkan di blog, artikel yang sangat bagus, terima kasih sudah berbagi`
Curahan rasa yandi @ ..Penyebab Penyakit Asma
Betul tuh.. walau pun jarang menggunakannya.. tapi bila sekali nak guna pening kepala juga nak buat camaner..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
tak pernah cuba lagi buat table dalam blog, boleh cuba ni…
Curahan rasa Syami @ ..Template PERCUMA Minisite Blogspot
Caranya dah dikongsikan nih.. nanti boleh lah dicuba.. baru tahu jadi ke tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya hanya menggunakan Microsoft Word dahulu, kemudian copy dan masukkan ke blog. Saya tak tahu dengan cara ini Google suka ke tidak atau kena ban saya tak pasti. Contohnya boleh lihat di artikel terkini saya “iPhone 6 Keluaran Terbaru Daripada Apple”.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..iPhone 6 Keluaran Terbaru Daripada Apple
Takder sebab pun google nak banned kalau sekadar copy paste dari word.. kalau copy paste artikel orang tuh logik jugalah kalau google nak banned..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Salam…. kalau masuk je kod HTMl, pening kepala ras anya. Susah nak memahaminya. Apapun boleh cuba sedikit, lama-lama pasti boleh ni.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..iPhone 6 Keluaran Terbaru Daripada Apple
Betul juga tuh.. prak peranda jadinya.. mudah lagi copy paste jer dari word atau excel..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
boleh cuba utk masukkan dalam blog ni…thanks
Curahan rasa nord @ ..Berat Turun 10Kg dan Hamil dengan Set Kurus Shaklee [TESTIMONIALS]
Jika ada keperluan untuk digunakan dalam artikel.. apa salahnya mencuba..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sipp… minta izin sedot ilmunya…. untuk belajar thanks..
Curahan rasa penyebab artikel sulit terindeks google @ ..Tips Cara Agar Artikel Cepat Terindeks Google
Sedot jangan tak sedot.. dah sedot kenalah praktikkan.. baru tahu menjadi ke tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sangat bermanfaat sekali saya menjadi tau cara membuat table di artikel
Curahan rasa yustiar ramdani @ ..Nasi Tutug Oncom (TO) Mih Yoyoh sejak 1980
Bagus lah kalau macam tuh.. nanti boleh praktikkan pula penggunaannya di blog..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Satu ilmu baru..lepas ni kena refer sini balik kalau ada nak masukkan table kat dalam artikel…
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Pakej Rujukan Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam W41
Kalau macam tuh boleh lah bookmark awal2.. boleh rujuk balik artikel nih nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau ada CSS guide untuk memasukkan table lagi baik, kerana method ini buat punya simple saja.
Kalau pandai bab2 coding nih boleh buat rasanya.. tak perlu guna banyak2 plugin..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
sebenarnya kalau pakai coding html secara terus lebih baik tetapi kena pandai coding lah, sebab kalau pakai plugin, bila kita buang plugin takut code table kita didalam artikel jadi error pula
Curahan rasa Rujukan Kastam @ ..Jumlah Kekosongan Jawatan Penguasa Kastam 2014
ty..atas perkongsian yang bermanfaat…
Curahan rasa kizmyself @ ..Harimau Muda B-16 Juara Asia Champions Trophy 2014
Nice sharing, at last jumpa juga
Curahan rasa Rossa Calla @ ..Kadar Harga Minimum Pakej Umrah Untuk Elak Penipuan
jarang masukkan table..bagus plugin ni nampaknya 😀
Curahan rasa reezluv @ ..5 Jenis Stall Burger Paling Digemari
Comments are closed.