Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blockchain atau teknologi rantaian blok ini bukanlah perkara yang baru. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1991 untuk merekod data dengan timestamp atau rekod masa yang tetap. Teknologi ini wujud dan selepas itu tidak digunakan secara meluas.
Hanya apabila entiti yang ingin memperkenalkan matawang digital yang dikenali sebagai bitcoin, teknologi blockchain ini kembali mendapat perhatian.
Apakah teknologi rantaian blok ini?
Teknologi Rantaian Blok ini melibatkan blok-blok data yang akan disambung antara satu sama lain dengan kod pengenalan unik yang dipanggil hash. Setiap blok akan mempunyai hash yang tersendiri dan apabila blok itu diubah, hash ini akan turut sama berubah.
Ini elemen penting yang menyebabkan teknologi rantaian blok ini memberikan kelebihan dalam banyak sudut. Apabila kita membina sebuah blok baru dalam rantaian ini, blok tersebut akan mempunyai 3 elemen utama, iaitu data blok, hash blok dan hash blok terdahulu.
Blok pertama dalam rantaian tidak akan mempunyai rujukan terdahulu, blok ini dipanggil blok genesis dan ianya merupakan blok pertama dan satu-satunya blok tanpa sebarang hash rujukan.
Apabila perhubungan antara satu blok dan blok yang lain berlaku, ianya akan membentuk rantaian yang saling berkait antara satu dan lain. Yang paling penting, dalam rantaian blok ini, ianya adalah terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang memberikan kelebihan seterusnya.
Konsep rangkaian peer to peer yang menguntungkan
Rantaian blok ini tercipta dalam konsep rangkaian peer to peer, atau P2P network. Andai anda pernah menggunakan Torrent, ianya adalah salah satu contoh rangkaian peer to peer. Sesiapa sahaja boleh menyertai rangkaian blockchain yang tersedia.
Apa yang penting, apabila mereka menyertai rangkaian tersebut, mereka perlu membuat salinan rantaian blok yang telah tersedia. Ini akan membolehkan mereka mencipta blok baru dengan mematuhi protokol yang ditetapkan dalam rangkaian tersebut.
Rantaian yang telus dan sukar untuk diubah
Apabila rantaian blok ini telah terbina, ianya adalah sukar untuk diubah kerana akan melibatkan blok yang banyak dan rangkaian yang besar. Kita perlu akses semua rangkaian jika ingin mengubah mana-mana blok terdahulu atas apa juga tujuan.
Ini menyebabkan teknologi rantaian blok ini adalah teknologi yang digemari untuk sesiapa yang gemarkan ketelusan. Tiada manipulasi yang boleh dilakukan dan ianya pelru mematuhi protokol-protokol yang telah ditetapkan dalam blockchain tersebut.
Teknologi ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri dalam kehidupan. Contohnya dalam fungsi kewangan dan percukaian, rekod kesihatan, insurans dan takaful, pendidikan dan banyak lagi.
Rekod-rekod atau data yang tersimpan dalam blok-blok yang telah tercipta adalah sangat sukar untuk diubah kerana melibatkan rangkaian peer to peer yang besar.
Teknologi masa hadapan
Jika kita lihat, teknologi blockchain ini telahpun mula mendapat perhatian terutama apabila wujudnya matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain. Ianya akan digunakan dengan lebih banyak bukan sahaja dalam konsep matawang digital tetapi dalam konsep pengurusan data dan aktiviti seharian juga.
Andai kita tidak mahu belajar mengenai teknologi ini, kita hanya akan ketinggalan. Ada banyak perubahan yang berlaku dari konsep asas blockchain ini.
Kita akan bincang lebih mendalam dalam artikel yang berbeza.
32 Comments
Ibu kurang faham semua teknologi baru yang berkembang pesat ni. Ikut trend saja
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
Teknologi ni umpama pisau, kalau kita pandai guna bagus. Salah guna mudarat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!
Teknologi memang harus kita ikuti sbb jika gagal kita akan ketinggalan. Bila ketinggalan. Faham2 lah
Curahan rasa Aree @ ..TONE PLUS TUMIT TINGGI. APA BILA KECEWA MENGUNDANG
wow.. new info for me ! semoga semua orang akan mendapat manfaat dari post ini
Curahan rasa fae @ ..Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Pun Perlu Keluar Dari Zon Selesa
Hm.. semoga satu hari nanti blockchain mampu menggantikan wang fiscal.
tapi pasti ada kekangan sebab kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengawalnya
Curahan rasa zool @ ..Baiki Aircond Kereta di Piaw Auto Enterprise
Setiap apa yang berlaku perlu di fahami kerana kita akan di tanya semula di akhirat kelak
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Cara tempah hotel online di Melaka! Harga murah & dapat diskaun tambahan.
kene baca betul2 ni baru faham..bacaan berat untuk saya hihi
Curahan rasa zara @ ..Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara Semulajadi
Alhamdulillah. Terima kasih untuk info ini. Saya baru tahu. Perlu ambil tahu lebih-lebih lagi teknologi semakin cepat berkembang.
Curahan rasa Hidayah @ ..KEPENTINGAN OMEGA 3 UNTUK PESAKIT JANTUNG
Rasa cam nak demam bila baca.. He he.. Kita memang kena tahu serba sedikit supaya tak ternganga bila dengar
terimakasih tuan sudah berbagi tentang masalah blockchain ini jadi ada pengetahuan tentang hal ini selama ini cuma tahu tentang masalah bitcoin
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Pepes Bandeng Bumbu Pedas
Baru faham sedikit pasal block chain, kalau tak memang tak ambil tahu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
lepas matawang digital spt bitcoin ni mula diterima, banyak teknologi lain muncul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018
thanks for share.. sayapun perlu belajar lagi mengenai blockchain . supaya tidak ketinggalan jaman
Curahan rasa Juni @ ..9 Perbedaan Rumah Subsidi dan Non Subsidi
Comments are closed.