Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perancangan ALLAH memang terhebat. Dalam aku tercari-cari gajet kedua untuk #Projek2015 tanpa disangka aku mendapat jemputan pelancaran produk terbaru Microsoft. Macbook yang aku gunakan sekarang memang best tapi sudah beberapa kali tidak dapat di synchronize dengan projektor hotel. Suka tak suka kena ada back up plan untuk melancarkan bisnis review.

Dalam pencarian aku mendapat jemputan dari Microsoft. Sudah lama sangat tak dapat jemputan pelancaran gajet baru tapi ALLAH nak mudahkan kali ini Microsoft sudi nak jemput aku. Pada 5/5/2015, Pengurus Besar Microsoft Malaysia yang baru melancarkan produk terbaru Surface 3 dan Surface Pro 3. Aku yang banyak travel mencari gajet yang ringan jadi Surface 3 dengan berat 622 gm, hadir dengan skrin sentuh bersaiz 10.8-inci multi-touch, dilengkapi cip Intel Atom x7-Z8700 dan Surface pen memang sesuai.
Surface 3 merupakan tablet-komputer menggunakan Windows 8, serta berasaskan cip Intel Atom x7 membolehkan aku memasang aplikasi desktop seperti komputer biasa. Surface 3 juga dilengkapi port USB 3.0, mini DisplayPort, pembaca kad MikroSD dan port Mini USB. Kemampuan optik untuk snap gambar pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 3.5 Megapixel pada bahagian hadapan.
Paling best Microsoft turut menawarkan ruangan storan OneDrive percuma, selain langganan Office 365 melalui peranti ini untuk tempoh setahun. Bateri boleh bertahan selama 9 – 10 jam jadi memang sesuai untuk travel. Paling aku suka Surface Pen yang boleh digunakan untuk mencatat terus perbincangan bisnis diatas skrin komputer yang boleh dipancarkan terus melalui projektor. Harga Surface 3 boleh tahan jugalah iaitu versi 64GB akan dijual pada harga RM1989 (2GB RAM), sementara Surface 128GB dengan 4GB RAM akan dijual pada harga RM2389. Seperti biasa, Type Cover perlu dibeli secara berasingan pada harga RM479 dan Surface pen pula berharga RM189.
Produk kedua yang juga dilancarkan oleh Microsolft adalah Surface Pro 3. Surface Pro 3 mempunyai skrin multi-touch bersaiz sekitar 12-inci, menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4, dan hadir dalam pilihan Core i3, Core i5 dan Core i7 serta menawarkan kelebihan grafik. Harga Surface Pro 3 antara RM2729 – RM6779 mengikut jenis Intel Core dan ruangan storan, agak kurang sesuai dengan bidang tugas bisnis yang aku lakukan. Gajet Surface 3 dan Surface Pro 3 boleh dibeli di kedai Microsoft KLCC dan banyak lagi yang akan dibuka diseluruh negara.

Mengikut review Aman Firdaus harga gajet ini agak mahal tetapi masih belum ada tandingan dalam pasaran seperti spesifikasi bisnis yang aku perlukan. Kehadiran Microsoft Surface 3 bagaikan rahmat dikala aku sangat memerlukan untuk mengembangkan #Projek2015 ke Indonesia. #Projek2015 ini memang projek yang ramai benci malah tak kurang ramai yang menghina tetapi bagi seorang ahli usahawan aku tidak menilai dari penghinaan tetapi menilai potensi pulangan bisnis. Insyaa Allah dalam tempoh 5 tahun mendatang #Projek2015 bakal melahir ratusan usahan online yang berjaya di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei dan coming soon Thailand. Semuga ALLAH mempermudahkan usaha ini.
91 Comments
projek 2016 ada nggak om ? lanjutin dong projeknya biar kita disini belajar melalui blog ini, terimakasih om.
Curahan rasa harga printer hp 1515 @ ..Spesifikasi dan Harga Printer Hp Deskjet 1515 Terbaru
surface ni nipis je. mmg sesuai utk dijadikan gajet bila travel. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Pa’ Do
tuan DH dapat surface free ke? atau cover event ni je. kalau dpt free mmg untung sangat2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
belum terfikir lagi nak tukar laptop baru. tapi surface ni nmpak power
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Comments are closed.