Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
Jangan mudah mengalah dengan isu yang berbangkit. Cuba atasi dengan sebaik mungkin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Jika mengalah sekarang hanya memberi gambaran beliau bukanlah orang yang layak untuk memimpin selangor..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
banyak kawasan yang terjejas teruk disebabkan percemaran air sungai Selangor ini. Azmin Ali perlu pantas bertindak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nak pulihkan kembali sungai selangor yang teruk tercemar bukanlah tugas mudah dan kosnya juga bukanlah sedikit..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Selain tuh kena dibuat kempen kesedaran bagi menyedarkan orang ramai betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai yang boleh menjadi sumber air untuk kegunaan rutin harian..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Pastinya pencemaran sungai Selangor memjadi isu terhangat selepas pesta mabuk arak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Selangor telah lama bergelumang dengan isu semacam ini.. perlu ambil masa sedikit untuk dibanteras..
Krisis bekalan air berulang kembali. Kini tumpahan minyak menjadi persoalan dan perbualan hangat di media massa. Apa reaksi Azmin Ali?.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Wah.. sekali banyak isu.. peninglah kepala saudara azmin kita nih.. itulah antara cabaran menjadi MB yer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Denag kemewahan sumber pendapatan negeri Selangor, ramai pihak akan cuba menaguk di air yang keruh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Selangor negeri maju.. tak hairan lah ramai yang cuba ambil kesempatan buat duit.. tak dapat cara betul cara salah digunakan..
Sekarang ini banyak isu berkaitan negeri Selangor terkeluar di media massa. Azmin Ali perlu tanganinya dengan cekap.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Disinilah nak uji kecekapan menteri besar baru nih menangani isu berbangkit..
Azmin Ali perlu berhati-hati bila menjadi Menteri Besar Selangor, pasti ada kawan dan lawan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak mustahil ada yang cemburu dan iri hati tak kira dari pihak lawan mahu pun kawan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Uruslah hal-ehwal negeri Selangor dengan sebaik-baiknya. Jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Amanah dah diberikan.. tunaikan kepercayaan rakyat tuh dengan penuh tanggungjawab dan adil..
Hajat Azmin Ali menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor tertunai sudah. Tahniah… Azmin Ali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Walau pun empuk terasa panasnya.. baru beberapa hari pegang jawatan MB pun dah menimbun isu2 berbangkit..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Keceriaan memang terukir di wajah Azmin Ali. memang menjadi impian beliau selama ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Siapa tak gembira kalau cita2nya menggalas kerusi MB tercapai.. kira batu loncatan juga tuh untuk karier politik beliau..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kita boleh mengkritik tetapi dengan kritikan yang membina. Ini akan membuatkan ia lebih baik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tuh.. tapi cakap2 dan kritikan orang bawahan macam kita nih adakah didengari atau tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kita tahu bukan senang nak urus sesebuah negara tetapi kenbanyakan antara kita hanya pandai mengkritik saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Azmin and the gang juga pandai mengkritik orang lain.. kita tengok saja lah orang yang pandai mengkritik nih pandai ker buat kerja or sekadar cakap tak serupa bikin jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Azmin Ali perlu bijak membawa pihak rakan dan lawan. Beliau perlu beringat selalu supaya tidak tersalah perhintungan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Salah tindakan bakal memberi imej buruk kepada karier politik beliau.. beliau kena bijak mengawal situasi.. yang penting jangan jadi boneka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Azmin Ali kena sabar dengan karenah seperti Anwar Ibrahim. Beliau juga perlu beringat takut nanti tertikam dari belakang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tuan penasihat 25% nih memang punya pelbagai helah untuk mencapai agendanya.. harap azmin tidak jadi pemimpin boneka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kesetiaan Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim memang tidak boleh disangsikan lagi. Pasti akan dilantik sebagai penasihat. Ini bagi membantu menguruskan hal-ehwak berkaitan kewangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Selama ini pun anwar dah jadi penasihat selangor, inikan pula zaman azmin.. jangan jadi boneka sudah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Comments are closed.