Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
Sebab itulah Azmin Ali ada kata bahawa penasihat ekonomi negeri Selangor bukannya dipecat tetapi dikosongkan oleh Tan Sri Khalid.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ada kemungkinan nak bawak masuk semula la tuh tuan penasihat 25% nya..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya tahu Azmin Ali masih sayangkan ketuanya Anwar Ibrahim yang banyak memberi tunjuk ajar berkaitan politik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Mungkin masing2 punya agendanya tersendiri.. tuh sebab masing2 tak kisah saling diguna dan dipergunakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sudah kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim bukannya berasal dari Selangor. Oleh itu beliau tidak berhak untuk menjadi apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nak tahu pemimpin tuh bagus atau tidak kena tengok kat kawasannya sendiri.. kalau tempat sendiri pun tak terjaga lagi pulak nak jaga tempat lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya berharap agar Amwar Ibrahim tidak masuk campur dalam hal-ehwal negeri Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tapi DSAI dah beri amaran bahawa dia akan tetap akan kekal dalam arena politik tanahair nih walau pun merengkuk di penjara..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Masa dan keadaan yang menentukan di mana prestasikerja Azmin Ali. Ramai yang akan memerhatikannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tuh.. ramai yang nak tengok samada prestasi azmin jauh lebih baik dari TSKI atau sebaliknya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kita tidak mahu politik negeri Selangor bergolak lagi. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Disebabkan merebut kuasa politik.. rakyat sendiri yang jadi mangsa.. harap keadaan ini dapat diperbetulkan segera..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya paling takut jika ada pihak luar yang canpur tangan hal-ehwal negeri Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ramai pihak luar yang suka masuk campur hal ehwal negeri lain sedangkan kawasan sendiri pun tak terjaga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kita tidak dapat lagi menilai di mana KPI yang boleh kita kategorikan berjaya. Perlu beri peluang dan masa untuk Azmin Ali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Harapan rakyat selangor terlalu tinggi apa lagi dengan KPI tinggi yang telah diletakkan TSKI sebagai penanda aras..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Apa yang Azmin Ali inginkan dah tercapai. Kini tiba masanya untuk beliau menjalankan tugasnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tugas mentadbir negeri selangor bukanlah tugas yang mudah.. tak semudah mengkritik orang lain.. cakap kena serupa bikin baru orang respek..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Harap Azmin Ali dapat menjalankan tugas sebagai MB dengan sebaiknya tapa dikawal oleh individu yang yang inginkan keuntungan peribadi.
Curahan rasa amirul hakim @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Ramai yang bimbang saudara azmin nih hanya akan jadi pemimpin boneka jer nanti.. kita tengok jelah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Ahli Exco yang dilantik perlu jadi penasihat kepada Azmin Ali supaya dapat diurus dengan baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Susah nak jadi penasihat selagi tuan penasihat 25% ada disebalik tabir.. fokuskan pada tugas2 exco pun dah memadai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Azmin Ali bukan tidak boleh buat kerja, belaiu perlu dibantu oleh orang-orang yang bertpengalaman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Beliau masih tiada pengalaman mentadbir negeri.. ini lah masanya mencari pengalaman..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Azmin Ali masih muda banyak lagi perlu belajar dan bertindak bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tapi beliau kira cepat naik juga.. sekarang dah pun berjaya menjawat jawatan MB..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dahlah isu pesta arak yang belum selesai, ditambahkan lagi dengan isu percemaran di Sungai Selangor pula berlaku. Saya sudah beri komen sebelum ini. Ia akan terus berlaku dari satu isu ke satu isu. Begitulah seterusnya…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nsib badan lah azmin.. tapi kalau isu2 berbangkit nih dapat diselesaikan dengan baik pasti orang akan bertambah respek..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menolak kejadian tersebut adalah sabotaj daripada pihak tertentu. bagaimana pun beliau berkata ini disebabkan daripada tindakan bengkel-bengkel kenderaan yang tidak membuang sisa minyak dengan betul sebaliknya disalurkan terus ke longkang yang bersambung ke sungai. Wallahualam…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kalau semua fikir ada orang nak sabotaj tuh payah ler.. macam takut dengan bayang2 sendiri jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Comments are closed.