Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehari tidak mendengar laungan azan terasa sungguh sunyi dihati. Pernah beberapa kali ketika kembara di negara orang terutama negara bukan Islam terasa rindu dengan azan apabila tidak mendengar beberapa hari. Laungan azan sangat unik dan tidak pernah berhenti walaupun seminit sambung menyambung 24 jam sehingga akhir zaman apabila tiada lagi laungan azan. Saksikan video azan 24 jam sungguh terasa kebesaran perancangan Allah SWT.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat. Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat “telah datang waktu solat” dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada “assolatu jamiaah” yang bererti “Marilah solat berjemaah”.
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya…). Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar”, maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu. Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Laungan azan menyebarkan gelombang Iman keseluruh alam dan kerana itu musuh Islam akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan Laungan Azan dengan berbagai cara antaranya melarang umat Islam melaungkan azan dan ada juga negara yang melarang membina menara Masjid dan yang terkini calon Naib Presiden Amerika menyokong larangan membina Masjid di Amerika. Berbagai penghinaan Islam dirancang yang menyedihkan apabila Umaat Islam juga bersama mereka yang jelas menentang Islam dengan menggunakan slogan demokrasi.
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sesekali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (jalan, agama) mereka. Katakanlah (kepada mereka) : “Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka Engkau tidak akan mendapat walau sedikit pun pimpinan (bimbingan) dan pertolongan daripada Allah.” (Al-Baqarah : Ayat 120)
57 Comments
betapa nikmatnya waktu azan maghrib di bulan puasa.
Baru saya tahu sejarah azan ini dikumandangkan. Terima kasih kerana berkongsi asal usul azan ini bermakna dari zaman nabi SAW sehingga hari ini sebagai slah satu medium menyeru umat islam mengerjakan solat jemaah
itu lah salah satu tanda kebesaran allah……
Subhanallah
Semoga kita menjadi salah satu umat Islam yang mendirikan kokoh ibadah shalat dalam keseharian kita
Artikel yang menyentuh hati.. nice posting denaihati …
Curahan rasa Rina As @ ..Manfaat daftar di Webmaster Tool Google Yahoo Bing
itulah kebesaraNya.
Alhamdullilah…best…
azan bukan hanya untuk solat je.banyak kelebihan tersirat disebalik azan.amin…
Curahan rasa pacifista @ ..Bayangkan Kalau Trafik 4.2 Juta…
aku ada simpan video ni kat dalam laptop aku ni. Time aku rasa macam dah tumbuk orang..aku tengok video ni. haha..
sememang menenangkan dan boleh menyejukan hati yg marah heee
yang pentingnya, kemana kita selepas azan?adakah masih di depan tv?atau menuju ke masjid atau surau?subhanallah…muhasabah untuk diri sendiri 🙂
Curahan rasa pacifista @ ..Bayangkan Kalau Trafik 4.2 Juta…
Memang karena perbedaan waktu setiap garis lintang maka azan akan berganti-ganti disetiap wilyah selama 24 jam
Curahan rasa munir ardi @ ..Alex Morgan (New Rising Star )
antara keistimewaan yang Allah berikan kepada umat Muhammad saw.kalau hilang azan ni,dajal pulak akan menjelma.subhanallah…
Curahan rasa pacifista @ ..Bayangkan Kalau Trafik 4.2 Juta…
bukan berganti-ganti lagi akan tetapi sambung menyambung (estafet)
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tendangan Dari Langit
Laungan azan dari Mekah memang terbaik setakat ni
Curahan rasa wazy @ ..Sujudlah Kepada Penciptamu
alhamdulillah…menusuk dalam jiwa sanubari orang yang beriman dan merindui Allah wst dan Muhammad saw…
Curahan rasa pacifista @ ..Astro: Lawak Minggu Ini. Perlukah Kita Boikot?
dah pernah tengok video tentang azan ni sebelum ni. memang menakjubkan
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Prestasi Alexa Rank terkini
laungan azan sahut menyahut sepanjang masa mengelilingi dunia…manakan kita boleh menciptanya…sebab itu kita perlu percaya adanya pencipta…
Azan ini sebenarnya adalah satu terapi untuk hati..percayalah! org yg mendegr azan akan tenang jiwanya.. tetapi org yang mendengar azan tp tak rasa apa2.. itu tanda hitam hatinya..
Curahan rasa CoolMan @ ..Malaysia Ni Suka Buat Best!!!
adzan adalah salah satu panggilan untuk mengajak untuk beribadah untuk solajt,
terimakasih atas pencerahan nya
Curahan rasa Agen Jelly Gamat Solo @ ..Agen Jelly Gamat Solo
Azan tak pernah berhenti. habis negara A, akan bersambung azan kedengaran di negara B, dan seterusnya. tak putus.itu tanda kebesaran Allah. huuhuhu. tapi, laungan azan di Mekah terbaik pada saya. Boleh meremang bulu roma.begitu jugak if dengar bacaan ayat Al-Quran.
Curahan rasa Lizz @ ..Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Tak Perlu Wujud
tiada laungan azan yang sebaik di Mekah 🙂
Curahan rasa pacifista @ ..Bayangkan Kalau Trafik 4.2 Juta…
Comments are closed.