Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehari tidak mendengar laungan azan terasa sungguh sunyi dihati. Pernah beberapa kali ketika kembara di negara orang terutama negara bukan Islam terasa rindu dengan azan apabila tidak mendengar beberapa hari. Laungan azan sangat unik dan tidak pernah berhenti walaupun seminit sambung menyambung 24 jam sehingga akhir zaman apabila tiada lagi laungan azan. Saksikan video azan 24 jam sungguh terasa kebesaran perancangan Allah SWT.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat. Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat “telah datang waktu solat” dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada “assolatu jamiaah” yang bererti “Marilah solat berjemaah”.
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya…). Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar”, maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu. Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Laungan azan menyebarkan gelombang Iman keseluruh alam dan kerana itu musuh Islam akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan Laungan Azan dengan berbagai cara antaranya melarang umat Islam melaungkan azan dan ada juga negara yang melarang membina menara Masjid dan yang terkini calon Naib Presiden Amerika menyokong larangan membina Masjid di Amerika. Berbagai penghinaan Islam dirancang yang menyedihkan apabila Umaat Islam juga bersama mereka yang jelas menentang Islam dengan menggunakan slogan demokrasi.
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sesekali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (jalan, agama) mereka. Katakanlah (kepada mereka) : “Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka Engkau tidak akan mendapat walau sedikit pun pimpinan (bimbingan) dan pertolongan daripada Allah.” (Al-Baqarah : Ayat 120)
57 Comments
mantrap .. infonya gan !!!
Subhanallah… Inilah bukti kebesaranNYa..
Curahan rasa Ayabizz @ ..Kisah Sedih: Mahsuri Hawana Nayan
Allah Maha Besar!
Sama2lah kita memperjuangkan kebesaran agama kita walau hanya dengan satu ayat.
Semoga kita diberkatiNya! Amin!
Curahan rasa Acik @ ..Siapakah Itu Wow Wow dan Wow Lagi
dah pernah terjumpa video ni lama dah.. memang subhanallah!!!
Curahan rasa madammondoq @ ..Queen Victoria Market Melbourne
salam..
Maha suci Allah
yang menjadikan langit dan bumi
dan di antaranya..Allahhuakbar..
Curahan rasa zulkbo @ ..Keputusan ( Video ) Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011
bersambung-sambungann..
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Khazinatul Asrar
syukur alhamdulillah tinggal di Malaysia
Curahan rasa Hans @ ..Sms Dari Ikan Paus
bersyukur duduk di Malaysia, dari rumah blh dgr azan.
Kalau kat Kanada, nak azan kena pasang speaker dalam je, takleh pasang speaker luar. Rumah pun jauh dgn masjid. huhu
Curahan rasa Affan @ ..Bagaimana menulis TIP BLOGGING TERBAIK?
nak kena balik malaysia cepat2 bro affan.tu tandanya seruan Allah suruh balik malaysia.hehe…
Curahan rasa pacifista @ ..Astro: Lawak Minggu Ini. Perlukah Kita Boikot?
subhanaallah, kat sini pun azan kuat dengar,
cuma time subuh tu sakit sikit nk bangun, liat 🙂
memang syahdu bila dgr dri negara orang… tapi personally sya masih prefer azan negara kite sndiri sebab lgi merdu dan sedap lagunye…
Curahan rasa noriz @ ..Durian free… yeay!
SubhanAllah… Besar Ciptaan-Nya
tgh membayangkan mendengar azan
sewaktu berasa di hadapan Ka’abah
Curahan rasa nurmisnan @ ..PS3, dried cranberry dan lain2
suka dengar laungan azan d setiap negara dlm dunia ni.. alunan suara muazzin berbeza-beza.. sedap didengar.. 🙂
Curahan rasa Anarm @ ..Jom Join Contest F&N Double Ooomph!
kebetulan masa saya komen ni azan sedang berkumandang..
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
Rindu nak dengar azan di depan Kaabah.
Curahan rasa denaihati @ ..Google + dah join ke
Subhanallah, Maha Suci Allah, Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah. Begitu banyak tanda-tanda kebesaran-Nya di alam semesta ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexander Calder | Google Doodles Today
Dan seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan manusia, kita mampu mengetahui “sebagian kecil” tanda-tanda kebesaran-Nya. Sesuatu yang menunjukkan bahwa Allah itu ada.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexander Calder | Google Doodles Today
“Laungan adzan merupakan satu fenomena yang agung, yang akan senantiasa bertakhta di setiap sanubari umat Islam dan juga menandakan keagungan Islam.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexander Calder | Google Doodles Today
Maha Suci Allah..
Curahan rasa tips-kurus @ ..Antara Sebab Tidak Suka Stay Up..
Comments are closed.