Ayah dan Ibu jambatan ke Syurga tetapi ramai yang lupa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.

Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.

Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.

Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …

Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.

Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..

Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.

Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.

288 Comments

  1. saya balik kampung satu kali setahun untuk berjumpa ibubapa tercinta. Kehidupan dan kesibukan kerja di perantawan untuk sesuap nasi tapi perlu ingat mereka di kampung. Saya tahu mereka sentiasa merindui anak2 nya beginilah kehidupan penuh dengan warna warni

      1. Meski kita diperintah untuk taat dan patuh kepada mereka, namun hal itu tak berlaku ketika keduanya memerintahkan kita untuk menyekutukan Allah dan bermaksiat kepada-Nya. Rasulullah bersabda,”Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiyat kepada Allah.” (HR. Ahmad).
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

      1. Orang mulia dan baik kepada kedua orang tua akan selalu tahu kedudukan serta kemuliaan orang tua, dia merasakan tatkala mencium tangan ibu atau bapak-nya seolah-olah dia bersujud dengan ruh dan perasaan-nya laksana bersujud kepada Allah, dia mendapatkan jati diri yang sebenarnya sebagai suatu rahasia dalam kehidupan. Semua itu menjadi bukti penghargaan dan penghormatan kepada kedua orang tua.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

      1. Mengenai persoalan penting ini, marilah kita perhatikan firman Allah Swt. sebagai berikut:

        “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS. al-Isrâ’ [17]: 23)
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

            1. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW menghubungkan antara keridhaan dan kemurkaan Allah SWT dengan keridhaan dan kemurkaan kedua orang tua. Beliau bersabda: “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua. Dan kemarahan Allah ada pada kemarahan orang tua.” (HR. Tirmidzi).
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

        1. Berbuat baik kepada orang tua merupakan perintah yang tidak putus karena kewafatannya. Maknanya, meskipun orang tua sudah wafat, si anak atau ahli waris yang masih hidup masih diberikan kesempatan untuk berbuat baik kepada arwah orang tuanya, yaitu dengan cara mengurus jenazahnya dengan baik (memandikan, mengkafani, menshalatkan dan menguburkan); melunasi utang-utangnya; melaksanakan wasiatnya; meneruskan silaturahim yang dibinanya semasa hidup; memuliakan sahabat-sahabatnya dan mendoakannya.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!