Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.
Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.
Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.
Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.
Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!
89 Comments
Wah, menariknya tentatif program. Rugi lak tak dapat join sebab ada kelas di KK.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..9 Sebab Anda Patut Gunakan Power Editor (Bukan Ads Manager Apatah Lagi Boost Post!)
keren infonya dan sangat bermanfaat sekali dan menambah wawasan dan ilmu saya
Selamat mengikuti SEMINAR BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG untuk semua peserta yang hadir…!!
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Sukses Menjual Barang Bekas di Internet
Jadi tertarik ingin ikut ini seminar, supaya dapat pencerahan menjadi usahawan sejati menyambut tahun 2015.
Curahan rasa Cara Menghilangkan Kantung Mata Yang Menghitam @ ..Cara Menghilangkan Kantung Mata Yang Menghitam
senarai panel yg terbaik! selamat berseminar buat rakan2 semua. semoga berjaya mnjadi usahawan cemerlang 2015
Curahan rasa hafizmd @ ..Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
bila hari-hari baca pasal affiliate ni rasa plak nak mencuba, sikit masa lagi, fokus blog produk dulu mak jemah ooi…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Misi Mencari Buku Di Big Bad Wolf 2014
mudah-mudahan hadirin sekalian dapat menghadam ilmu yang dikongsikan oleh pakar-pakar yang jadi panel.
Curahan rasa ikhwan @ ..Rahsia RM100000 Dengan Affiliate Niche Kerjaya
slot untuk para speaker..amat singkat dan ilmu yang bakal dicurahkan perlu dicerap oleh minda para peserta sebanyak yang mungkin!
Curahan rasa Kakiblog @ ..Menjadikan Affiliate Sebagai Sumber Pendapatan Dari Blog
semoga semuanya berjalan dengan lancar…dan banyak memberi manfaat kepada semua pihak…terbaik denaihati!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Beras Siam Wangi Cap Amoi
menarik agenda masa seminar ni..harap semua dapat manfaat dgn maximum kan.
Curahan rasa JMR23 @ ..Nasi Arab sedap di Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam.
semoga bagi yang hadir ke program ini akan mendapat manfaatnya. semoga berjaya!
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Testimoni Kulit Flawless Dengan Vitamin Semulajadi
Semoga ramai yang boleh dapat manfaat dari seminar ni … in Sha Allah, pakar2 tu tak lokek ilmu untuk kongsi.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Susah ke Senang Buat Duit Affiliate?
Best ni. Memang untung siapa yang hadir.
Sememangnya affilaite adalah satu cabang untuk buat duit dengan blog yang boleh memberikan hasil yang masyuk untuk yang bersungguh-sungguh. 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..2 Cara Jana Duit Dengan Affiliate
terkadang ada kalanya rada ngeri jg bisnis yg satu ini… tp mungkin patut dicoba
Curahan rasa irvan hadzuka @ ..KETERAMPILAN MENGAJAR DAN SIKAP BELAJAR
Satu program yg baik. Teringin utk pergi. Hrp berkesempatan juga…
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..PENYUSUAN BAYI PRAMATANG-PENGALAMAN SEORANG IBU
Zaman teknologi kini memungkinkan ramai orang dapat income sampingan menerusi affiliate.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..25 Percent OFF Voucher Lazada 12.12.2014
Comments are closed.