Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.
Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.
Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.
Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.
Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!
89 Comments
Waalaikumsalam, wah pasti seru sekali seminarnya ya, sukses untuk denaihati, semoga blog denaihati bertambah ramai pengunjung dan semoga berkah melimpah rezeki, aamiin 🙂
Curahan rasa yandi @ ..Obat Asma dan Makanan Yang Harus Dihindari
semoga ada lagi seminar seperti ini pada masa yang datang..dan lebih berkemampuan pula nak pergi..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Mudah Ketika Alami Batuk
Tak sabar nak tunggu denaihati update artikel seterusnya tentang seminar ni. Mesti meriah kan dengan aturcara yang menarik
baca banak feedback positif dari peserta yg mengatakan betapa hebatnye seminar ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menanti Kuiz Ketiga Cabaran iPhone 5s
insyaAllah meningkat bilangan jutawan kalau betul2 diamalkan secara konsisten..anda kaya dan berjaya! Jom ubah ekonomi diri dan keluarga! 😀
Curahan rasa Faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
sistem affiliate yang masih baru pada mak jemah, tapi rupanya banyak manfaat affiliate ni..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Menjadi Surirumah Bergaji, Jangan Sampai Abaikan Laki
duk tengok kat group Fb rata2 update mengatakan bnyak ilmu yg dapat masa join program ni wowo jeles la pulak xdapat sertai huhuuu
Curahan rasa adna2029 @ ..Nikko Slim Juice Boleh Menguruskan Badan Turun 10kg Menang 1K
Nak pergi, tapi tak mampu.. jauh dengan komitmen kepada keluarga.. huhu..
Curahan rasa Aretikz @ ..MLM : Mengumpat Level Marketing, Panduan Buat Mangsa Umpatan
Insya Allah jika ada lagi selepas ini, akan saya usahakan agar dapat pergi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia – Malaysiaku Jenama Kita
Alangkah beruntungnya siapa yang dapat pergi ke seminar buat duit affiliate dengan blog, pasti banyak dapat manfaatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia – Malaysiaku Jenama Kita
Seronoknya kalau boleh pergi…kalau ada rezeki memang nak pergi.
Curahan rasa MNH @ ..RAHSIA MENCEGAH PENYAKIT DATANG BERTIMPA TIMPA
Tahniah yg dah datang. Penuh aktiviti ni. Paling best dapat iphone. Hehe
Curahan rasa Norazizah @ ..5 Ciri Menarik Rumah Nabi Muhammad di Mekah
bila bro nak update entri pasal seminar nie ..hue..nak tengok gambar ada video lagi bagus..hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sungguh bertuah sesiapa yang telah pergi ke seminar ini, rasanya mereka tak rugi. BTwntu banyak ilmu yg dapat diperolehi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand
Menarik program ni ….pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh kita dapat….tapi sayang sy tak boeh join….insaaAllah lain kali ada kesempatan ..nak join juga…
Curahan rasa nila anggraini @ ..Promosi Serentak VitaC Plus, VitaE Complex dan Collagen Powder Di Penghujung Tahun
Comments are closed.