Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.
Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.
Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.
Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.
Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!
89 Comments
bestnya kalau dapat pergi. huhuhu… jealous. tapi apa boleh buat ada urusan keluarga. next time insyaallah.
Curahan rasa fyna @ ..Live Streaming Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia VS Vietnam 11 Disember 2014
Pergi seminar dapat ilmu berterusan..buat yg dpt iphone tu…meleleh je yang tak pergi..uwaaa….. saya sedang jaga 2 orang yang sedang sakit sekarang di kampung…
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Derma Darah:Jika Anda Seorang Yang kedekut Sila.Abaikan Artikel Ini.
Menariknya ada pelancaran jam tawaf adakah akn adi buka affiliate jam tawaf nanti?
Bertuah sekali yg sudah mengisi kekosongan kerusi seminar ini..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Derma Darah:Jika Anda Seorang Yang kedekut Sila.Abaikan Artikel Ini.
Sedang berkira-kira untuk hadir atau tidak sebab pada hari kejadian, dah plan nak pergi Big Bad Wolf. Ah, tidak. Saya sedang dalam dilema.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Jutawan Billionaire
siapalah yang bertuah dapat iphone 6 tu agaknya ye nanti.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Validation tu kiranya penting la jugak sebenarnya.
inshaaAllah ada rezeki dapat lah saya ke sana timba ilmu jugak..
masih ada masa untuk mendaftar. yang berkesempatan tu boleh join sekarang!
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – The Hunger Games: Mockingjay Part 1
Tentu ramai peserta dah tak sabar nak tahu rahsia kejayaan Zeo Unic dan Prof Hariz menjana pendapatan 5 angka dalam tempoh yang singkat… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
prof hariz tu boleh dijadikan contoh. dia jana puluhan ribu ringgit dlm masa yg singkat
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – The Hunger Games: Mockingjay Part 1
pengisian ilmu yg sangat berguna.. tahniah kepada sudara dan ajk yg terlibat.. kak yati sangat kagum dengan kalian.
Curahan rasa kak yatiadam @ ..CECAIR AJAIB BAGI WANITA YANG MAHU CANTIK UNTUK SUAMI.
Wah, aturcara seminar ni dah keluar ye. Pasti seronok buat yang bakal hadir dalam seminar buat duit affiliate ni nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Waaahhhhhh seronoknyaaaa….in shaa Allah ada rezeki dapat lah saya ke sana timba ilmu jugak…. huhuuu
Curahan rasa Atikah Norbaki @ ..JATUH CINTA DENGAN LAGU ‘HANYA PADAMU’ AINAN TASNEEM
wow, pada kali ini semuanya otai otai yang memang terbukti berjaya buat duit dengan affiliate nih, terbaiklah
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Panduan Membeli Domain Dan Hosting Malaysia
memang beruntung para peserta seminar kali ini…diharap segala ilmu yang ditimba tidak disia-sia dan berusaha untuk terus maju kehadapan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
pingin ikut, tpi jauh bget yak,,
btw semoga sukses aja acaranya kk ^_^..
Wah aturcara program dah keluar. Semoga yang hadir dapat manfaat dari program ilmu ni.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Syukur alhamdulillah. Atur cara telah selamat dikongsikan. Bagi mereka yang telah mendaftar, jangan lupa save the date ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Kemaskini BR1M 2015 Kini Dibuka!
Comments are closed.