Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas Yuyu Zulaikha mengakhiri zaman bujang kini tiba giliran Top Blogger Malaysia Ariff Shah. Ketika di Baitulmuqqadis dapat kiriman dari sahabat gambar pernikahan Ariff Shah dengan baju melayu serba putih. Memang rezeki rombongan kembara Palestine kami mendarat di KLIA malam 24/12/2013 jadi sempatlah meraikan majlis persandingan Ariff Shah di Dewan Merak Kayangan Felda tapi hampir-hampir juga terlupa dek kerana jet lag.
Ariff Shah mempunyai sejarah yang panjamg dengan blog Denaihati jadi memang tak patut sangat kalau aku tak meraikan masjlis istimewa yang mungkin sekali seumur hidup. Bermula sebagai peserta contest kemudian menjadi konsultan WP dan kemudian sebagai menulis tetap di blog Denaihati. Banyak jasa dan ilmu yang telah Ariff Shah kongsikan bersama blog Denaihati.
Paling best walaupun dah berkerjasama bertahun tetapi kami tidak bernah bertemu melainkan berhubung secara online sehingga suatu hari terjumpa tanpa dirancang di Alamanda Putrajaya. Kalau tak silap masa tu Ariff baru sahaja tamat belajar di Moscow. Terasa rugi pulak kerana tak sempat menjejaki Moscow ketika Ariff di sana kalau tidak mesti senang ada tour guide.
Ariff Shah seorang anak muda yang ada visi dan misi pernah bersama kami mengembara di bumi Kemboja dari Siem Reap ke Battambang dan Phnom Penh. Jika Ariff meneruskan disiplin sekarang tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadi insan yang berjaya. Zaman sekarang bukan senang nak cari anak muda yang ada perancangan hidup dan mengurusan ekonomi yang baik. Lebih ramai anak muda yang hidup lebih daripada kemampuan kerana mengikut emosi dengan terikut-ikut cara orang lain.
Kami sekeluarga mendoakan semuga Ariff Shah hidup bahagia hingga ke Syurga dan mungkin entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” boleh dijadikan panduan membina kehidupan suami isteri yang sangat mencabar. Ariff Shah kalau nak belajar rahsia berumahtangga inshaa Allah boleh je berkongsi sedikit pengalaman yang ada.
127 Comments
Tahniah kepada blogger Ariff Shah dan pasangan … moga terus dimurahkan rezeki
Curahan rasa Razifredz @ ..Kucing sebagai guru dan ujian
Tahniah dan selamat pengantin baru pada Ariff Shah…
Curahan rasa Qashmere @ ..Hari Kedua Di MMSB Ipoh
Setuju, Ariffshah memang ada visi dan pandangan yang baik tentang kehidupan. Dia memang boleh jadi somebody jika kena pada gaya dan peluang. InsyaAllah
Curahan rasa halif @ ..Warga Putrajaya Hembus Nafas Lega
Wahhh dah kawin yer..hehe..selamat pengantin abru Ariff shah..semoga berbgaia sampai ke akhir hayat..aminnn…
Curahan rasa Hafizul @ ..Senarai Kerja Kosong Di Internet
Tahniah Ariff Shah atas pernikahannya
Semoga bahagia selalu dan mendapatkan keturunan yang sholeh dan sholehah …
Curahan rasa Rina @ ..List Of CSS & jQuery Animation Effect Website For Design Inspiration
Tahniah buat Arif Shah, smg bahagia ke akhir hayat.
Curahan rasa Myliferia @ ..Atasi Keguguran Rambut
Muda lagi rupanya ariff ni
Curahan rasa hafiz @ ..Komisyen ke 14 dari Panduan Baju Kurung
Ariff Shah memang anak emas Denaihati sebab potensi dia tarik pembaca mengenai SEO menganggumkn. Tahniah bro ariff dan pasangan 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Ulasan – Jam Tangan Pintar Pebble
Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga,amin..
Curahan rasa papamifz @ ..Matanya Menggigil Jika Lapar
Selamat berbahagia dan selamat menempuh hidup baru ya. semoga menjadi keluarga yang sakinah mawadah warrahmah.
Curahan rasa hybrid car @ ..car and movie
Semoga perkahwinan Ariff Shah dan pasangannya mendapat berakah.
Curahan rasa akubiomed @ ..Majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan Yana Yassin dan Sharul
Tahniah buat Ariff Shah dari kami di iAwani
akhirnya sudah berkahwin. tahniah.
Curahan rasa titan @ ..Contest Review SirapLimau.com
Tahniah dan selamat pengantin baru Bro Ariff
Curahan rasa AUC @ ..Harga Baru Qurban dan Aqiqah – eQurban
Selamat pengantin baru bro Ariff….
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Buku 555
Comments are closed.