Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dapat perkhabaran dari Mekah, ribut kuat dan hujan lebat telah melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir. Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila banyak khemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8 Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Video ribut di Arafah
1. Banyak memberi salam.
2. Banyak memberi makan dan minum kepada jemaah lain.
3. Ringan tangan memberi khidmat kepada jemaah yang memerlukan.
4. Sentiasa bersabar dengan segala ujian yang datang.
5. Banyak bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.
Semuga ribut dan banjir di Arafah menjadi asbab jemaah haji 2013 mendapat haji mabrur yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah membawa syiar Islam.
54 Comments
Ujian Allah ada hikmahnya. Buruk pada kita sebagai manusia tetapi baik disisiNya. Allah lebih tahu. Terbukti tiada sesuatu yang mustahil jika Allah nakkan perkara tu berlaku walaupun sememangnya perkara itu belum pernah terjadi.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Ujian Allah pada umat Islam. Banyakkan doa dan doa. Jangan putus harapan pada Allah.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Wiayah yang hampir semua umat muslim aja masih diberikan bencana 🙂
astaghfirulloh 🙁
semolga diberikan ketabahan yang tertimpa bencana , amin 🙂
Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Tips Memilih dan Menyimpan Tempe dan Tahu
Kebesaran Allah SWT tidak boleh disangkal lagi
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
bumi yang suci juga diuji. apatah lagi dunia kita yang jauh dari tanah suci…
Inalillahi itu baru kemarin??
Subhanallah
Curahan rasa Valerie Alay @ ..Download Film Muhammad Al-Fatih 1453 Subtitle Indonesia
subhanalloh… br tahu berita ini ;(
semoga alloh mudahkan urusan semua jamaah haji di sana & dikuatkan kesabaranya..
aamiin
Curahan rasa kios baju muslimah @ ..koleksi jilbab spandek syar’i SIK CLOTHING
Ya ALLAH, bilakah aku dapat menjadi tetamu kau di sana… sebelum akhir hayatku…
Curahan rasa Adi @ ..Rangkuman MotoGP Sepang 2013 – Nasib Malang Pelumba Tempatan Tetapi…
inSha Allah dengan doa, azam dan usaha..boleh sampai sana
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
SubhanALLAH… semoga semua tetamu ALLAH di permudahkan urusan ibadat di sana… amin ya rabb
Semoga saudara kita yang sedang mengerjakan haji dipermudahkan-Nya
Apa yang saya maklum dah okey dan takde pape.
Semoga Allah permudahkan segala urusan jemaah haji
Curahan rasa profhariz @ ..Tiada Lagi Hanya Sekadar Ilusi Semuanya Sudah Realiti
Semoga saudara saya yang sedang mengerjakan haji dipermudahkan-Nya
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Pengalaman Saya Dengan Collagen Shaklee
semoga tahun depan tenda diperkuat agar tidak terbang meski ribut datang melanda
Curahan rasa munir ardi @ ..Jangan salah Pilih Partai dan Politisi Buruk
Semoga mereka di sana dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan lancar. Amin
Curahan rasa Qashmere @ ..Terima Kasih Lazada
amin…saya juga mengharapkan sebegitu
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
semoga semua jemaah haji di sana baik-baik sahaja…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..FM Legoland Malaysia
Comments are closed.