Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dapat perkhabaran dari Mekah, ribut kuat dan hujan lebat telah melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir. Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila banyak khemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8 Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Video ribut di Arafah
1. Banyak memberi salam.
2. Banyak memberi makan dan minum kepada jemaah lain.
3. Ringan tangan memberi khidmat kepada jemaah yang memerlukan.
4. Sentiasa bersabar dengan segala ujian yang datang.
5. Banyak bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.
Semuga ribut dan banjir di Arafah menjadi asbab jemaah haji 2013 mendapat haji mabrur yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah membawa syiar Islam.
54 Comments
Semoga semua jemaah haji selamat dari bencana banjir ini..aamiiiin
Curahan rasa weschairs @ ..MAYBANK SWIFT KOD
subhanallah…
semuanya bergantung kepada kuasa yang Esa
Curahan rasa mie @ ..POP! Hotel Kuta Beach Bali
Subhanallah! apa agaknya petanda itu. Biasanya kejadian begitu ada petanda yang besar. Maklumlah jarang-jarang berlaku. Mohon Allah permudahkan mereka yang sedang menunaikan haji di sana. Amin
Curahan rasa Shubhi @ ..Wawa Zainal kahwin dua kali – Ramai lagi macam mereka
Bimbang akan keselamatan ibu dan adik yang berada di tanah suci Mekah. Harap mereka berada didalam keadaaan selamat dan sehat disamping dapat haji mabrur.
Curahan rasa akubiomed @ ..Bateri Rechargeable Evolta Panasonic untuk Speedlite
waah, macam teruk je tengok ni
Curahan rasa Muaz @ ..Blog lama tidak update
La haula wala quwwata illa billah..semoga jemaah Hj sentiasa bersabar dgn ujian dan dipermudahkan segala urusan
semoga semuanya selamat dan tabah dengan ujian dariNYA
Curahan rasa Zuan @ ..Kenapa Den Suka Baca Buku?
ASemoga tiada apa yang berlaku kepada semua jemaah haji dari Malaysia serta negara-negara lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Entri Popular sensasi2020 September 2013
Semoga semuanya selamat dan dapat hikmah dari kejadian ini. Teringat buku “Bersyukur Saat Diuji” dan “Anekdot Madinah” catatan inspirasi oleh Prof. Kamil Ibrahim…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Video Yang Menaikkan Semangat TRW VS JDT
Semoga semua jemaah haji selamat dan dapat menunaikan haji dengan hati yang redha.
Curahan rasa Arman @ ..Mudahkan Blogwalking Dengan RSSOwl.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,semoga semuanya selamat di sana
Curahan rasa wazy @ ..Pengalaman Beli-Belah Di Zalora
Subhanallah. Semuga jemaah haji sabar dgn ujian.
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..KEDAI RUNCIT PARIT RAJA, JALAN HJ. KOSAI, MUAR JOHOR
ada rahmatnya tuh, semuga semua selamat kembali ke tanahair.
Curahan rasa encikarman @ ..Lenovo A706 percuma sudah sampai
Melihat gambar – gambar di atas bisa kita perkirakan akan besarnya angin dan juga banjir di sana.
SEmoga pera jamaah haji untuk senantiasa bersabar dan berprasangka baik kepada Allah.
Semoga dengan kesabaran dan ketekunan dala menjalankan rukun wajib haji, semua jamaah haji mendapatkan pahala haji yang mabrur aamiin..aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Amalan Bulan Dzulhijjah
semoga semuanya selamat disana.
Curahan rasa titan @ ..5 Blog Pilihan Blogger
Comments are closed.