Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dapat perkhabaran dari Mekah, ribut kuat dan hujan lebat telah melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir. Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila banyak khemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8 Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Video ribut di Arafah
1. Banyak memberi salam.
2. Banyak memberi makan dan minum kepada jemaah lain.
3. Ringan tangan memberi khidmat kepada jemaah yang memerlukan.
4. Sentiasa bersabar dengan segala ujian yang datang.
5. Banyak bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.
Semuga ribut dan banjir di Arafah menjadi asbab jemaah haji 2013 mendapat haji mabrur yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah membawa syiar Islam.
54 Comments
allah swt menguji umat dengan bencana seperti ini..semoga kita selalu mengingati dia selalu
Curahan rasa adna2029 @ ..Blogger Area Mega Give Away
wawa pun dapat gambar seperti di ats melalui whatsapp. sesungguhnya apa yang Allah jadikan tentu ada hikmah disebaliknya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya dan ianya hanya diperoleh jika benar2 reda dan beriman kpd Allah SWT.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Ini adalah ujian dan cabaran dari Allah untuk umatnya yang melaksanakan ibadah haji.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
betul tu. cabran yang Allah ingin menguji sekuat manakah niat umatnya untuk melaksanakan ibadah haji di kota suci Mekah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Satu ujian dari ALLAH S.W.T kepada umatnya yang menjalan ibadah haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
InshaaAllah, semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Allah tidak akan menguji umatnya sekiranya umatnya tidak kuat.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Comments are closed.