Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dapat perkhabaran dari Mekah, ribut kuat dan hujan lebat telah melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir. Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila banyak khemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8 Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Video ribut di Arafah
1. Banyak memberi salam.
2. Banyak memberi makan dan minum kepada jemaah lain.
3. Ringan tangan memberi khidmat kepada jemaah yang memerlukan.
4. Sentiasa bersabar dengan segala ujian yang datang.
5. Banyak bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.
Semuga ribut dan banjir di Arafah menjadi asbab jemaah haji 2013 mendapat haji mabrur yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah membawa syiar Islam.
54 Comments
Allahuakbar!
Pasti ada hikmah utk kita..
subhanallah….setiap kejadian ada hikmah disebaliknya…semoga semua yang berada di sana berada dalam keadaan yang baik….amin
Curahan rasa syamila @ ..Top 10 Entri September 2013
teruk jugak banjir tu..semoga semua umat Islam yg menunaikan Haji akan selamat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit
Allahuakbar….semoga jemaah haji semua berada dalam keadaan selamat dan tunaikan ibadah dengan sempurna
Curahan rasa ema @ ..Azwa paling gembira dengan kelahiran ini.
Allah Maha Besar
moga mendapat haji mabrur buat semua jemaah haji 2013
amin Ya Allah
subhanallah. maha suci Allah
Curahan rasa mieza suhaini @ ..Daun Kering
Selain tips yang di atas, seseorang dikatakan haji mabrur apabila ketika sudah pulang ke tanah air (kampung halaman) mengalami hijrah prilaku secara lahiriah maupun batiniah, dari tadinya jelek menjadi baik, dari tadinya baik menjadi lebih baik lagi.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia vs Korea Selatan Kualifikasi AFC U19
Semua kejadian tidak lepas dari ketentuan Alloh SWT dan pasti ada hikmah di belakangnya. Semoga para jemaah haji semakin khusu’ dalam menjalankan rukun Islam yang kelima ini.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia vs Korea Selatan Kualifikasi AFC U19
SubhanAllah…semoga kejadian tu ada hikmah yang baik disebaliknya
Curahan rasa Shahrul @ ..Cara untuk sekat Request Game dan App di Facebook
Allah hu Akbar…Allah hu Akbar..Allah hu Akbar
Petunjuk pd kekuasaanNya bg yg mahu brfikir. Tiada satu pun kejadian Allah itu sia2….
Mudah2an semua pihak bsabar n brsyukur dgn tarbiyah Allah… sesungguhnya Allah sdg bermuamalah dgn mereka.
Curahan rasa ku azmiza @ ..Bertawasul kepadamu ya Rasulallah
Sebagai renungan bersama kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya, dan moga jemaah haji dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
Curahan rasa Myra Jay @ ..OsteMatrix – hilangkan lenguh badan
Semoga dugaan dan cobaan ini semakin memantapkan keimanan para jemaah haji sehingga semua beroleh haji Mabrur
Curahan rasa munir ardi @ ..ATM (Amati Tiru dan Modifikasi)
Assalammualaikum… moga2 ribut dan banjir yang melanda di sana tidak mematahkan semangat jemaah haji kita di sana.. untuk mengejar haji mabrur… insaallah. Sama3 kita berdoa keselamatan mereka di sana.
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..Solat Sunat Tawaf
Sesuatu yg berlaku ada petanda dan rahsia disebaliknya.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Majlis Pra Pelancaran Produk Hananut Aisyhana Cookies and Food Industries
Allahuakbar… ini semua kuasa Allah yang memberi pengajaran kepada kita.. semoga semuanya selamat di sana..
Curahan rasa KiD @ ..Baucar Percuma dengan CELLADS
Comments are closed.