Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2014 untuk blog Denaihati bermula dengan langkah kanan dengan memperkenalkan aplikasi android Denaihati versi baru mengantikan aplikasi android Denaihati lama yang telah diperkenalkan pada April 2012. Lebih menarik lagi pada tahun 2014 aplikasi iOS Denaihati juga diperkenalkan untuk semua pengguna iPhone dan iPad untuk memudahkan melayari blog Denaihati dimana dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Android dan iOS memang sangat bagus untuk blog kita kerana pembaca dan follower lebih mudah mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru di blog kita melalui smartphone yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Untuk makluman pembaca dan follower blog Denaihati, sekarang ni anda boleh pasang aplikasi Denaihati di smartphone Android dan juga iOS untuk memudahkan anda ikuti setiap kemaskini entri terbaru di blog ini. Mudah sahaja untuk memasang aplikasi Denaihati hanya perlu mencari keyword “Denaihati” di Google Play untuk Android dan di Apple Store untuk iOS. Dengan menggunakan aplikasi smartphone ni ianya memudahkan untuk membaca entri blog tanpa perlu membuka pelayar internet dan loading juga lebih laju.
Selain tu, pengguna aplikasi ini juga dapat ikuti kemaskini status di laman sosial Denaihati seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram. Setiap laman sosial dan blog telah digabungkan dalam satu aplikasi kecil ini untuk kemudahan pengguna dan follower blog Denaihati. Tidak lupa juga kepada pengguna Amazon Kindle boleh juga memasang aplikasi Denaihati di gajet anda untuk membaca entri terkini.
Review Aplikasi Denaihati
Bila pengguna menjalankan aplikasi Denaihati yang telah dipasang di smartphone akan terpapar grafik berwarna hijau dengan logo Denaihati Network. Warna hijau digunakan dalam aplikasi ini kerana hijau merupakan warna rasmi Denaihati.
Kemudian akan terpapar senarai entri-entri blog Denaihati dan pengguna boleh klik pada tajuk entri untuk membaca. Dalam bahagian entri terdapat 1 butang ‘Share‘. Bila ditekan fungsi share pada smartphone akan diaktifkan dan membolehkan pengguna berkongsi entri blog Denaihati menggunakan aplikasi lain yang ada di smartphone pengguna.
Pada bahagian bawah aplikasi ada pilihan menu seperti Blog, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Hubungi dan Find us. Jika pengguna tekan pada menu Facebook, aplikasi akan memaparkan 3 Facebook Page Denaihati iaitu Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Dari situ pengguna boleh ikuti kemaskini status di setiap Facebook page milik Denaihati.
Di bahagian menu YouTube pula, pengguna dapat melihat video-video yang telah dimuatnaik ke dalam channel DenaihatiTV. Begitu juga untuk Twitter dan Instagram, kemaskini status boleh dilihat dan dibaca secara live melalui aplikasi Android Denaihati yang telah dipasang di smartphone.
Bahagian ‘Hubungi’ memudahkan pengguna untuk hubungi Denaihati sekiranya ada sebarang pertanyaan, untuk tempahan iklan di blog Denaihati, atau sebagainya. Menu terakhir adalah ‘Find us‘ yang memaparkan peta lokasi Akademi Denaihati.
Menarik bila blog kita mempunyai aplikasi untuk smartphone Android dan juga iOS memandangkan sekarang ni ramai lebih gemar melayari internet menggunakan smartphone. Aplikasi android dan iOS adalah satu segmen trafik blog yang semakin meningkat yang tidak boleh dipandang ringan. Aplikasi smartphone juga dapat mengukuhkan jenama sesebuah blog dan meningkatkan nilai kepada pengiklan.
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak menggunakan aplikasi android dan iOS untuk blog anda bolehlah berhubung terus dengan team Denaihati.
158 Comments
bestnye kalau boleh buat aplikasi sendiri yang boleh dimuat turun di mana-mana…kalau ada yang sudi ajar..kongsilah bersama..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
boleh tuan denaihati.com kongsikan kan tak tips untuk buat aplikasi sendiri ini? mengenai kos, dan masa yang diperlukan untuk mencipta aplikasi ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
setuju dgn cadangan ni. mohon DH share bagaimana utk ada apps sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kalau boleh post komen, rasanya sangat mudah untuk wawa dan para pembaca untuk komen di blog tuan denaihati.com pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
wawa ada sedikit pertanyaan, kalau kita download aplikasi ini di smartphone, kita boleh komen tak dalam setiap entri yang dipost oleh tuan denaihati.com?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
haritu wawa pun ada usha juga aplikasi tuan denaihati.com di playstore. bangga rasanya apabila orang malayu kita sudah berjaya membuat aplikasi sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
kan? bukan senang nak ada aplikasi sendiri ni. app yang berkualiti pulak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tahniah dan syabas atas kejayaan tuan denaihati.com dalam menjyakan aplikasi sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tahniah Tuan Dh atas kejayaan memiliki aplikasi ni. Saya dah lama download aplikasi ni, mula-mula dulu tak oandai juga nak menggunakannya. Huhu
aplikasi ni amat mudah. mesra pengguna dan cantik. nampak profesional
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dh amat bijak menggunakan teknologi dan cepat mengikut arus perkembangan semasa. Ini adalah salah satu contoh terbaik dari seorang yang berjaya dan terus maju kehadapan! Tahniah dh.
p/s: Belum ada smartphone…kalau berjaya dapat iphone 5s…bolehlah guna aplikasi ini (iphone 5s boleh guna android ke?)
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
rasa macam nak buat juga app macam ni untuk blog..tapi mungkin suatu hari nanti la..tengok mashable pun ada juga app dia sendiri…agak2 berapa kos nak buat app macam ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sofi Jikan Berlakon Drama Hollywood Gaji 1 juta?
banyak company besar ada app mereka sendiri. kalau blog DH ada app sendiri kira terer la
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
banyak baca feedback tentang app DH. banyak yang posotif. tahniah, semoga terus maju
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dah download apps di android tapi teringin nak download di iOS tu pun kalau memang contest iphone 5s. amin
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya dah download apps di android. memang mudah nak baca, friendly dan cantik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya dah download aplikasi ni di hp saya. semoga apa yg dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua.
Curahan rasa nord @ ..Kelebihan Kolagen Shaklee #collagenpowder
Dah install since #SBB2014. Memang lebih mudah untuk membaca dan cepat loading. Baguslah ada applikasi macam ni. Terbaik dari denaihati 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Header Blog Lea Azleeya
Bolehlah install aplikasi ini dekat smartphone nanti. Mudah nak membaca blog Denaihati melalui phone. ;D Tahniah ye Denaihati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
Comments are closed.