Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2014 untuk blog Denaihati bermula dengan langkah kanan dengan memperkenalkan aplikasi android Denaihati versi baru mengantikan aplikasi android Denaihati lama yang telah diperkenalkan pada April 2012. Lebih menarik lagi pada tahun 2014 aplikasi iOS Denaihati juga diperkenalkan untuk semua pengguna iPhone dan iPad untuk memudahkan melayari blog Denaihati dimana dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Android dan iOS memang sangat bagus untuk blog kita kerana pembaca dan follower lebih mudah mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru di blog kita melalui smartphone yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Untuk makluman pembaca dan follower blog Denaihati, sekarang ni anda boleh pasang aplikasi Denaihati di smartphone Android dan juga iOS untuk memudahkan anda ikuti setiap kemaskini entri terbaru di blog ini. Mudah sahaja untuk memasang aplikasi Denaihati hanya perlu mencari keyword “Denaihati” di Google Play untuk Android dan di Apple Store untuk iOS. Dengan menggunakan aplikasi smartphone ni ianya memudahkan untuk membaca entri blog tanpa perlu membuka pelayar internet dan loading juga lebih laju.
Selain tu, pengguna aplikasi ini juga dapat ikuti kemaskini status di laman sosial Denaihati seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram. Setiap laman sosial dan blog telah digabungkan dalam satu aplikasi kecil ini untuk kemudahan pengguna dan follower blog Denaihati. Tidak lupa juga kepada pengguna Amazon Kindle boleh juga memasang aplikasi Denaihati di gajet anda untuk membaca entri terkini.
Review Aplikasi Denaihati
Bila pengguna menjalankan aplikasi Denaihati yang telah dipasang di smartphone akan terpapar grafik berwarna hijau dengan logo Denaihati Network. Warna hijau digunakan dalam aplikasi ini kerana hijau merupakan warna rasmi Denaihati.
Kemudian akan terpapar senarai entri-entri blog Denaihati dan pengguna boleh klik pada tajuk entri untuk membaca. Dalam bahagian entri terdapat 1 butang ‘Share‘. Bila ditekan fungsi share pada smartphone akan diaktifkan dan membolehkan pengguna berkongsi entri blog Denaihati menggunakan aplikasi lain yang ada di smartphone pengguna.
Pada bahagian bawah aplikasi ada pilihan menu seperti Blog, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Hubungi dan Find us. Jika pengguna tekan pada menu Facebook, aplikasi akan memaparkan 3 Facebook Page Denaihati iaitu Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Dari situ pengguna boleh ikuti kemaskini status di setiap Facebook page milik Denaihati.
Di bahagian menu YouTube pula, pengguna dapat melihat video-video yang telah dimuatnaik ke dalam channel DenaihatiTV. Begitu juga untuk Twitter dan Instagram, kemaskini status boleh dilihat dan dibaca secara live melalui aplikasi Android Denaihati yang telah dipasang di smartphone.
Bahagian ‘Hubungi’ memudahkan pengguna untuk hubungi Denaihati sekiranya ada sebarang pertanyaan, untuk tempahan iklan di blog Denaihati, atau sebagainya. Menu terakhir adalah ‘Find us‘ yang memaparkan peta lokasi Akademi Denaihati.
Menarik bila blog kita mempunyai aplikasi untuk smartphone Android dan juga iOS memandangkan sekarang ni ramai lebih gemar melayari internet menggunakan smartphone. Aplikasi android dan iOS adalah satu segmen trafik blog yang semakin meningkat yang tidak boleh dipandang ringan. Aplikasi smartphone juga dapat mengukuhkan jenama sesebuah blog dan meningkatkan nilai kepada pengiklan.
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak menggunakan aplikasi android dan iOS untuk blog anda bolehlah berhubung terus dengan team Denaihati.
158 Comments
Tahniah kepada Team Denaihati kerana berjaya mencipta satu app di android dan iOS bagi memudahkan pengunjung membaca blog denaihati di samping itu dapat mengetahui lebih lanjut tentang Denaihati. Tahniah sekali lagi dan turut berbangga. 😀
Curahan rasa adarain @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dah install dah kat smartphone. memang terbaiklah mobile apps untuk blog denaihati ni.
kalau rakan2 blogger nak buat jugak mobile apps macam ni macam mana ye? berapa caj yang dikenakan? rasa best pulak kalau setiap blog ada apps macam ni. mudah kawan2 nak baca entri terkini.
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Blog Offline Tak Boleh Buka
memang terbaik..sesuai untuk blog denai hati – blog no.1 Malaysia…pasti ramai orang ingin dapatkan update terkini daripada DH..jadi peminat susah mati Dh pasti akan download Apps ini di dalam smartphone masing-masing
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Insya Allah akan install kan aplikasi ini. Mudah dapat info semasa dan entry terkini.
Bila-bila pun boleh access ke blog denaihati. Bertepatan dengan Hidupkan Untuk Memberi. Denaihati telah memberi banyak inspirasi kepada semua.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Beribu-ribu tahniah dari saya…
dah download.. senang nak baca entry baru.. tak payah bukak google dah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU: The Scorch Trials
belum ada pengalaman nak guna gajet ini..kurang mampu lah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Dapatkan Bonus Raya Di Denaihati.com
Saya suka dengan interface apps ni, senang diview dan simple. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
untunglah kalau guna aplikasi android..dapat blogwalking dengan mudah tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia
Tahniah Tuan atas kejayaan aplikasi ini. Semoga blog ini akan terus sukses dengan wujudnya aplikasi ini. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
bukan senang nak ada aplikasi sendiri. tahniah DH!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Warna hijau cukup padan dengan applikasi ini. Sejuk mata memandang Dan mendamaikan
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Warna hijau juga merupakan warna yang mesra pembaca, sejuk mata memandang. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
paparan yang jelas dan friendly yser
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Wah! Aplikasi yang memang ditunggu oleh pengguna smartphone. Nama denaihati akan terus melekat pada minda blogger mahupun bukan blogger yang install applikasi ini
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Majoriti pengguna handphone di malaysia ni memang mengguna smart phone. So, sangat wajarlah apps ini diupdate setiap masa. Tahniah Denaihati!
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Sudah muat turun aplikasi ni. Mudah untuk membaca entri terbaharu jika berada diluar. Warna pun menarik. Tahniah.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
i seen your apps.
ada lagi ruang untuk dipertingkatkan.
dari segi layout, dah cun dah. mungkin boleh lagi cun kalau warna cerah?
Tahniah kepada team denaihati kerana semakin hebat dengan aplikasi terkini. Mudah untuk ikut perkembangan semasa di blog ni….
Curahan rasa ummi naimie @ ..DOA MUNAJAT UNTUK GAZA
Comments are closed.