Antara Iklan Pop-Up Ataupun Tidak

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Perlu ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan kontrak pengiklanan yang agak lumayan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari luar negara. Mereka nampaknya agak agresif untuk mendapatkan trafik dari Malaysia untuk rangkaian pengiklanan mereka.

Walaupun bayaran yang diberikan adalah lebih mahal dan biasanya mereka akan bayar on-the-spot bagi setiap kontrak yang telah dipersetujui, saya tetap menolak tawaran mereka disebabkan syarat jenis iklan yang ingin mereka letak, iaitu iklan jenis pop-up/pop-under.

Iklan jenis pop-up ni adalah format lama di mana iklan akan timbul dalam window baru di skrin komputer anda setiap kali anda memasuki laman yang dipasangkan iklan jenis ini.

Iklan jenis pop-under pula adalah format iklan di mana iklan akan terbuka secara automatik pada tab baru atau window baru tetapi tidak terpapar sebagai tab/window utama ketika anda melayari laman web yang dipasangkan iklan jenis ini.

Persamaan untuk kedua-dua jenis ini ialah iklan dilihat lebih efektif pada mata klien/pengiklan kerana bilangan view adalah tinggi. Mana taknya, bagi semua pelawat yang masuk, window/tab baru iklan dah dipaparkan di skrin mereka secara automatik!

Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada beberapa penyedia widget yang curi-curi meletakkan iklan pop-up/pop-under pada blog anda sekiranya anda menggunakan widget mereka. Ini sangatlah merugikan anda kerana penyedia widget tersebut mengambil kesempatan ke atas blog anda untuk menjana pendapatan mereka. Elakkan daripada menggunakan widget sebegini.

Pada saya, iklan pop-up/pop-under ni adalah sesuatu yang menyusahkan pembaca. Saya sendiri benci pada laman web yang menyiarkan iklan sebegini, jadi tak wajar kalau saya siarkan jenis iklan yang sama kepada pembaca saya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan menerima tawaran pengiklanan sebegini?


Spread the love

137 Comments

  1. info ini memang menarik…tetapi terfikir juga macam mana lah bloger picisan seperti yangbaik ni boleh dapat tawaran macam tu… dah lah tak popular, cerita pun tak cukup sensasi sekadar cukup2 makan jer.. hehehhe… opss!
    😛
    Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!