Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Untungnya tuan denaihati.com dapat melangkah ke bumi turki. Macam macam tempat menarik tuan denaihati dah pergi. Lepas ni kalau family wawa plan nak bercuti luar negara, memang akan rujuk blog tuan denaihati.com untuk cari tempat yang menarik.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Seronok dapat jejak kaki di Negara luar.Dapat tengok tempat tempat menarik macam ni. Moga moga ada rezeki dapat datang sini nanti 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Cantik, hmmmmm kalau ada rezeki mesti nak ke sana juga 🙂
Teringat arwah pelajar Mlaysia yang dikebumikan di Turki
Semoga rohnya di cucuri Allah swt
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 1
subhanallah… cantiknyaaa turki!
Curahan rasa Yana @ ..Selamatkah Vitamin Tamat Tarikh Luput?
Seronok tengok gambar di Turki
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Kaitan Gemuk & Menopaus
tempat yang menarik untuk di kunjungi
bestnya boleh pi sana, saya harap ada kesempatan untuk saya dan keluarga.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Set Kesuburan Shaklee
untung diberi kesempatan ke tempat-tempat ciptaan indah oleh-Nya.
Insyaallah ada rezeki kita pula kesana.
Rezeki kita lain lain kan. Insyaallah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 1
Subhanallah cantiknya air terjun manavgat dan gua damlatas.
Insya-Allah akan dimasukkan dalam senarai world tour keluarga.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
semoga termakbul hasrat dalam list keluarga tu kak hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Masha Allah, sungguh cantik panorama di sana. Saya harap saya juga dapat ke sini. In sha Allah. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
SubhanAllah..indah kan citaan Allah..semoga kita sumer berpeluang travel ke tmpt2 indah gini
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Alangkah Indahnya Karunia Illahi Ini… Isyan Allah semoga Allah dapat mengizinkan Kami mengunjunginya…
terimakasih sudah berbagi…
Salam dari Kami,
Wassalamualaikum
http://vilaistanabunga.web.id
amin amin ya Rabb..ramai berdoa nak ke sana ni..semoga termakbul ye kawan2
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Wah! Cantiknya pantai dia. Sejuk dan damai mata memandang…
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
kan..lepak tepi pantai cantik gini..mesti rasa damai je..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Memang cantik pemandangan di Alanya turki. Saya suka tengok air laut yang biru tu.
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Menarik sungguh kalau dapat melancong ke luar negara. Saya kena kerja kuat untuk kumpul duit kalau nak berjalan ke luar negara. Sekarang cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia saje dulu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cara Melakukan Qunut Nazilah
Comments are closed.