Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Berharap dengan sangat anda selalu memberi banyak informasi yang up to date dan aktual. Banyak pembaca yang telah memberi respon positif dengan kehadiran website anda, moga makin maju dan dicintai pembacanya.
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Perghhh tgk gambar pun dah rasa terliur nak ke luar negara …. kena cari modal ni nak bawa keluarga berjalan-jalan kat sana ni …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Ciri Blog Berpengaruh
kumpul duit byk2 bro..leh travel ramai2..best kan tempat ni
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Wow! Syoknya makan pagi kat tepi sungai Dim Alanya. So colorful, and serene.
kan panorama yang mampu menenangkan penghuni di sini..subhanAllah..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
terima kasih atas informasinya
tengok2 gambar dulu, Insyallah ada rezeki akan ke sana
Curahan rasa KelipKelip @ ..Menguasai Muka Pertama Laman Carian Google
kan kelip-kelip..tgk gmbr amik mood dan amik semangat luh..tunggu rezeki je dtg.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Saya teringin sangat nak pergi Istanbul..kawan-kawan saya cakap cantik sangat. InsyaAllah planning akan datang kalau ada rezeki
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Abang Ensem Di Mata Aku
Kawan saya pun dah pernah pergi Turki .. dan dia memang cakap Istanbul cantik dan sejukkk … 🙂
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Hosting Murah Serendah RM10 Setahun Untuk Blogger
insyaAllah moga tercapai hasrat kak akma..istanbul tunggu akma omar datang..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
seronok turki ..hmm.. suatu hari nanti saya akan sampai ke siini
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Pakej 3H2M Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur
mudahan bro akan sampai sini satu hari nanti, semoga Allah permudahkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
insyaAllah mudah-mudahan impian bro tercapai..usaha sampai berjaya
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Bilakah berpeluang untuk pergi ke Turki nie..
Baru istanbul aku datang… ha ha
Curahan rasa fazrol @ ..Bawa anak tengok wayang Super Squad!
Hmm itulah, cari makan dengan blog ini .. gamaknya lambat lagilah ada bajet nak ke sana. Kena usaha lebih ni …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kebenaran Tak Semestinya Logik
gi ngan lisa surihani bro..cer imagine.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Kagum. Memang cukup kagum.
Curahan rasa Faizal Nizam @ ..Music Monday #1 Take Me Home, Country Roads
kagum kan dengan keindahan alam kat sana..tk berkelip tengok
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Ada makhluk apa kat gambar No 8 Alanya Castle..siapa dia dan apa dia buat di situ..pelik jer kelakuannya di sebalik tembok tuh..hurmmm..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Pahang Piala FA 2014 Separuh Akhir
nampak je bro, pelawat juga lah tu…sibuk bergambar juga agaknya..heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Kalau pelawat juga tak per lah..pelik juga nampak macam tak berbaju di sebalik tembok bersanggul dan berbunga bagai..ingatkan ada entiti lain yg tumpang sekaki bergambar bersama..hehe..abaikan jelah.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Lion XII Liga Super MSL
sekali pandang nampak hitan je, dua kali pandang nampak mcm org tak berbaju…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Menguasai Muka Pertama Laman Carian Google
tiga kali pandang nampak cam apa lak? hehe macam2 le
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
haha aku pon tak perasan..teliti btol bro tenung gambar tu hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Perkongsian gambar & kisah yang menarik. Rasa macam berada kat sana jugak.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..The Liebster Award – Ditag Oleh AbeKie
suka gambar dalam gua tu… mamac2 rupa bentuk ada
Curahan rasa KelipKelip @ ..Menguasai Muka Pertama Laman Carian Google
khabarnya kalau dari Istanbul ke negara europe guna airlines tambang murah, lagi jimat berbanding ambil flight kl direct ke mana-mana negara europe.
Curahan rasa Zerrin @ ..Tribal Therapy – Corak Tribal Masih Trend Hangat !
Betul tu kalau direct lagi mahal cuma lebih mudah. Nak murah kena cari flight yg transit.
Curahan rasa denaihati @ ..Urfa Turki kota para Nabi
nak lagi murah travel on land..naik ketapi dr satu negara ke negara lain.tpi penat sket la kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Owh..ye ker? ingatkan direct lagi murah sebab singkat masa perjalanan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
ni pun tips yang berguna gak utk merekan nak travel ke europe ni
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Gambar selfie tepi air terjun tu mmg menyeramkan..ha ha
Curahan rasa weschairs @ ..Hotspring Sungkai, Perak (air panas)
nasib baik takde kisah misteri…he heee. gunakan masa semaksimumnya, pulak tempat cantik macam ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Urfa Turki kota para Nabi
haha selfie di mana-mana..ada yang menyramkan pun iya gak ni haha
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Comments are closed.