Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Cantiknya suasana di sana..terutamanya Alanya Castle dan air terjun Manavgat Alanya tu…saya selalu ada impian untuk jalan2 ke luar negara…harap2 tercapailah impian saya ni suatu hari nanti…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Pengalaman menjadi finalis Pertandingan Bintang P. Ramlee dan pasangan Zon Sabah 2014 #1
kan, cantik pemandangan kat air terjun tu. walaupun tak tinggi, tapi dia macam tirai langsir pulak tengok sederet. hehehe
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 2
minyak petrol mahal. seliter rm9. fuh…. ingatkan kat turki minyak murah. kat indonesia pun harga minyak mahal
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Manisnya Cinta
Di negara-negara eropah, xde yang harga minyaknya murah. Sebab tu disana mereka suka guna pengangkutan awam.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Solusinya untuk jimatkan poket, lepas ni kita pakai pengangkutan awam. Mesti pengangkutan awam di negara eropah efisyen dan terbaik perkhidmtannya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
ya saya sendiri pun turut tertarik nengok keindahan kat turki ni. belum lagi berkemampuan nak pergi. insha Allah 1 hari nanti
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Kasih Berbisik
baca pengalaman travelling orang lain memang menyeronokkan, memberi semangat buat kami semua untuk turut jejak kaki ke turki
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Kasih Berbisik
Turki memang sebuah negara yang indah untuk dilawati dan yang paling best, senang nak makan dan solat!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Ya betul. Sekurang-kurangnya kita dah dapat gambaran sebelum pergi ke sana dengan membaca entri ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
subhanallah cantik. saya ingatkan turki ni byk ke gurun, padang pasir. rupanya banyak rimbunan menghijau
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Dekatnya Cinta – Adam & Hawa 2
Turki bukanlah sebuah negara2 Arab, ianya dah masuk benua Eropah. Cuaca dan iklimnya juga berbeza. Memang xde padang pasir di Turki.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Wah cantik sangat , yang paling cantik sekali lautnya, bersih sangat, hurmm teringin nak pogi, tpy budgetnya ngak ada, in sha allah mungkin satu hari nnti kot, klaw di izinkan Allah.
Curahan rasa Nurul Aina @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
setuju sanagt. makin lama kita tinggal kat sana, makin byk pengetahuan kita timba
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Misiku Kuza S2
Lautnya memang cantik dan bersih tetapi tidak sesuai untuk mandi manda kerana air lautnya yang sejuk!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Kalau berani juga nak mandi manda, rasakanlah kesejukan airnya yang tak kita rasa di negara kita.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Banyak lagi rupanya tempat menarik dan penuh sejarah di Turki. Agaknya kalau lagi lama Tuan DH di sana, lagi banyak tempat dan sejarah lain yang akan di lkongsikan di blog ni kan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Sungguh seronok kalau dapat peluang kembara seperti dh ni. Jelajah habis keseluruh negara Turki yg cantik dan indah serta penuh dgn sejarah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Alhamdulillah best nya Tuan DH dapat berkunjung ke pelbagai negara 🙂
SubhanaAllah indah sungguh Turki,terasa macam dah terbawa-bawa ke turki ni lepas baca artikel ini,hehe..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Berada Di Dalam Pesawat
berapa ya budget ke turki tuan DH,kongsikan la,mana tahu ada rezeki dan kena pada budget boleh juga melawat turki kan,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Berada Di Dalam Pesawat
ya saya pun ingin tahu. agak2 berapa la bajet nak sampai ke turki ni. boleh kita rancang percutian kita di sana
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Manisnya Cinta
Yup betul tu. Sambil-sambil tu bolehlah kumpul duit untuk pergi ke sana. Nak juga merasai keindahan tempat orang dan lihat kebesaranNya. Tengok dalam blog tuan Dh je pun dah terpegun apatah bila dah dapat sampai nanti.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Tidak dinafikan, cara olahan dan penceritaan dh begitu menarik dan terkesan sehingga teruja dibuatnya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Ya betul tu. Berjaya untuk membuatkan diri ini memasang cita-cita untuk ke sana.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
WOW, cantiknya turki kan? untunglah tuan denaihati dah jejak kaki kat sanakan? gua damlatas mmg cantik lah.teringin nak pergi T.T
Turki memang sebuah negara yang cantik. Kalau berkesempatan mahu juga ke sana. Begitu tertarik dengan turki dek tulisan tuan Dh ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Kadangkala ianya hanya indah kabar dari rupa tapi apabila gambar2 dh sendiri menjadi bukti, ternyatalah indah khabar, indah rupa…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Memang tak dapat nak sangkal lagi kecantikan kota Alanya. Itulah. Best bila dapat pergi ke tempat-tempat macam ni tambahan kat Turki ni ada sejarah Sultan Al-Fateh. Sambil melancong boleh menuntut ilmu sekali. Hehe.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Benar sekali, melihat ke negara-negara luar, jelas terlihat akan kebersihannya sehingga terasa malu dengan keadaan dinegara sendiri. Semoga masyarakat kita akan bertambah sedar untuk menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Ya. Memang sangat terasa lebih-lebih lagi kita juga berjiran dengan negara bersih iaitu Singapore. Semuanya bermula dari diri sendiri.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
subhanallah cantik sungguh pemandangan Bandar Alanya dari Alanya Castle tu, teringi sangat nak menjejakkan kaki ke sini
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster Award #2
Satu yang menarik dinegara2 eropah ni, banyak castle2 dibina di tepi laut yang kini menjadi tarikan pelancongan yang sangat menakjubkan pemandangannya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
memang tak rugi ke turki..banyak tempat-tempat yang menarik.singgah sini untuk menikmati gambar-gambar lain di turki.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Teringat pula filem Istanbul aku datang… Memang Turki sebuah negara yang amat cantik dan indah untuk dilawati!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Samalah. Bila tengok cerita Istanbul Aku Datang terus rasa macam nak pergi ke sana. Moga dapat peluang untuk pergi ke Turki.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
mesti banyak yang akan dikenangkan tuan semasa di turki..pengalaman yang mesti tak akan dilupakan..bestnyerr
Curahan rasa adna2029 @ ..Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
Sedangkan saya yang kembara Turki hanya melalui artikel2 dh ini pun mendapat pelbagai kenangan yg indah apatah lagi dh yang melakukan kembara realitinya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Itu sudah semestinya. Walaupun hanya 1 hari berada di Turki pasti akan ingat sampai bila-bila dengan bantuan gajet-gajet canggih terkini. Itulah gunanya teknologi. Hehe.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Nak melancong ke Turki, berapa ye harga pakej pelancongannya sekarang?
Ada tak yang cara lebih murah untuk ke sana? Hehe, sebab ramai kata tempat di sana amat cantik.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Wah, nak juga mengembara ke Turki. Insya Allah jadikan sebagai impian. Rasanya banyak lagi tempat menarik di sana. Kalau boleh, nak pergi dengan keluarga sekali. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Pergi melancong dengan keluarga itu satu kemestian. Ramai-ramai lagi seronok tapi kena buat perancangan setahun lebih awal ditambah dengan usaha mengumpul wang supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar hendaknya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
turki bandar yang menrik untuk di lawati kerana banyak tempat yang menarik boleh di kunjungi … dan banyak juga tempat sejarah islam di sana.
Comments are closed.