Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Maha Suci Allah memang menarik sungguh..Alanya dan tak terfikir betapa sukarnya hidup jika harga petrol RM9 seliter!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..fahami konsep fitrah pasti berjaya (4)
Susah sebab kita sudah biasa dimanja dengan subsidi tetapi di Turki mereka tak pernah mimpi harga petrol semurah kita jadi mereka sudah biasa hidup begitu. Begitu juga rakyat di negara2 lain yg harga petrolnya mahal.
Income mereka di Turki pun rasanya tak sama dgn kita di Malaysia..jk income mereka sama seperti kita di malaysia kalu petrol harga RM9 per liter sudah pastinya membebankan..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang MSL Liga Super
tapi tengok la brapa pendapatan mereka kat sana lak kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
pantai Alanya sungguh cantik tapi masa yang sesuai molek keluar jam 6.30 pagi mata tak akan jadi bisul ..sakit heee
Curahan rasa suri @ ..Lubuk Emas Tiada, Tapi Rasa Terharu Sangat Bila Awak Tegur..
mata bisul? owh ingatkan naik bisul..tinggi bahasa ni hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Subhanallah..betapa kukuh dan nampak keunikan pada setiap bangunan yg dibina, selain itu disiplin mereka juga amat baik..
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Kek Red Velvet Gebu dan Lembut
strukturnya direkabentuk untuk perang/kubu/pertahanan tu yang boleh bertahan lama.
Curahan rasa Denaihati @ ..Konya kota bermula tarian sufi Turki
ialah kalau di negara kita banyak rekaan bina tahan lasak..kukuh.memang sesuai untuk anak-anak muda mengkaji sejarah alam
Curahan rasa suri @ ..Barang Untuk Ubat Guna Guna Pengasih Penampar
betul ustazah..suasana di sana memang indah kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Suasana Mediterranean yang mendamaikan. Boleh nampak kesan peninggalan lama sekitar bandar Turki.
Curahan rasa akubiomed @ ..Rahsia mudahnya buat duit dengan Affliate program
kalau tempat kita kurang sangat tempat peninggalan perang yang dijaga baik macam ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
nampak gaya mereka benar-benar hargai kesan zaman silam.
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membalut Hadiah Jenis Berkaca
betul tu..kebaikan tempat sejarah terabai..maintenance kurang kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Seronoknya jalan-jalan Turki…siap bermonopod kat air terjun lagi hehe
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Peraturan Pemasangan Cermin Gelap JPJ
Tuan haji Masrukhin Marzoki sentiasa bawak monopod kemana-mana je…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
berguna gk monopod time gini..senang nak rakam memori kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
alhamdulillah. subhanallah… syukur la diberi rezeki untuk melihat alam ciptaan Allah di negara org. .. mengikut denaihati dr IG. mmg byk tmpt menarik ye kat sana.
afasz85-IG 🙂
Curahan rasa afasz @ ..Hantaran Tema Pink
sangat menarik gambar-gambar yang diambil.. membuatkan rasa ingin ke sana juga..
Curahan rasa KiD @ ..Samsung NX Mini Mudah dan Mesra Pengguna
tempat cantik, gambar pun jadi menarik dan cantik. mudahan bor pun akan sampai sini nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
wahh seronoknya.. pemandangan yang cantik ^_^
Curahan rasa aku penghibur @ ..Pengorbanan Lelaki Yang Jarang Di Ketahui Oleh Perempuan
pemandangan cantik, cuaca pun baik dan nyaman, memang hebat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Seronoknya kalau dapat berpeluang pergi ke tempat-tempat yang menarik macam ni…Semog ada rezeki saya dapat pergi ke sana pada suatu hari nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..1.33% daripada 30 juta Mykad rakyat Malaysia telah diaktifkan
Mudahan bro dipermudahkan ziarah kesini nanti. memang aseronok dan pengalaman baru.
Curahan rasa Denaihati @ ..Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur
Cantik pemandangannya. Kat tepi pantai Alanya tu, kenapa ada nampak macam kapal-kapal lama macam zaman dulu- dulu. Itu kapal betul ke kapal untuk buat pameran?
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Tonton Filem, The Matrix
Membaca perkongsian kembara tuan DH ke Turki yang banyak menceritakan tentang sekolah disana, saya jadi berkeinginan suatu saat nanti bisa menyekolahkan anak saya ke Turki.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs PBR ISL 2014
Ramai pelajar dari Bogor, Tasik Malaya dan Bandung yang belajar di MTS Turki. Di seluruh Indonesia sudah ada 15 cabang MTS.
Curahan rasa denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
MTS itu dimulai untuk anak usia berapa?
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Djarum Beasiswa Plus
Anak usia 13 tahun yang terbaik.
Subhanallah…
Menarik n awesome!
Curahan rasa SueAK @ ..Berita baik kepada penggemar kopi!
Melihat gambar2 di negara orang, nampak bersih jer persekitarannya.. masyarakat Malaysia kena banyak belajar especially bab kebersihan utk menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.. ini tidak, bersihkan rumah, sampah dicampak ke luar, ke sungai atau ke longkang..entah siapa pula la yg nak bersihkan pula tuh..majlis?
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang MSL Liga Super
Kakak sya baru balik dr Penang.. Penang dah bersih skang katenye.. 🙂
Curahan rasa SueAK @ ..Berita baik kepada penggemar kopi!
Tu belum kira lagi suka-suka buang sampah dari kereta … kereta nak bersih tapi mengotorkan persekitaran apalah salahnya masuk dalam beg plastik sampai jumpa tong sampah buang.
Curahan rasa denaihati @ ..Konya kota bermula tarian sufi Turki
Tahu tak per..memang btol orang kata, kebersihan tuh kena bermula dari diri kita sendiri..kalu sendiri pon tak bersih, mana la persekitaran nak bersih..kena jadikan amalan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Pahang Piala FA 2014 Separuh Akhir
indah kan… subhanallah… syukur la diberi rezeki untuk melihat alam ciptaan Allah di negara org
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
MasyaAllah..cantiknya!
Tak puas tgk gmbr2 ni..moga2 Allah beri peluang utk jejak ke bumi bertuah ni..
Terima kasih tuan DH berkongsi kembara.
Curahan rasa hafizmd @ ..Suami Cemburu? Untunglah!
good luck bro..insyaAllah ada rezeki sampailah ke sana
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Comments are closed.