Aku Seorang Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa bezanya dengan perkataan aku seorang Usahawan, aku seorang Doktor, aku seorang Jurutera, aku seorang Cikgu atau Aku Seorang Blogger. Kalau 2-3 tahun lepas Blogger hanya aktiviti sambilan kepada sebahagian kecil masyarakat yang mahir dengan IT tetapi tidak lagi sekarang. Berapa ramai sekarang rakan blogger yang sudah berani mengatakan bahawa Aku Seorang Blogger sepenuh masa.

Untuk mengumumkan Aku Seorang Blogger adalah perkara mudah tetapi untuk menjaga etika profesion seorang blogger itu yang susah. Apabila kita sudah mengaku Aku Seorang Blogger maka kita juga mesti merasai diri kita seperti Usahawan, Doktor, Jurutera dan Cikgu yang mesti mempunya kod etika dan disiplin.

Menyelongkar rahsia Blog

Menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan menjana pendapatan untuk kehidupan keluarga adalah perkara lumrah sekarang. Jika nilai sebuah property atau harta tanah terletak pada lokasi, lokasi dan lokasi, nilai blogger sepenuh masa pula terletak pada trafik, trafik dan trafik. Lihat sahaja Google, Yahoo dan Facebook berusaha dengan berbagai cara untuk menguasai trafik sehingga sanggup mengeluarkan ratusan juta dollar membeli website yang mempunyai trafik yang tinggi.

Aku Seorang Blogger tidak boleh menjadii tiket untuk tulis apa sahaja atau publish apa sahaja gambar hanya kerana nak dapat trafik tanpa memikirkan sensitiviti Agama, keamanan Negara dan keharmonian Bangsa.

Aku Seorang Blogger akan terus berusaha supaya apa juga yang aku buat akan memberi manafaat bukan sahaja kepada blog denaihati tetapi kepada blog-blog lain terutama yang baru seperti tip blogging terbaik dan memberi manafaat kepada seluruh alam sebagaimana tagline Hidupkan Untuk Memberi. Top Blogger Malaysia bukanlah matlamat utama untuk Aku Seorang Blogger.

Bagaimana pula anda rakan blogger?

Nota : Jangan lupa baca tip blogging terbaik dari semua 60 rakan blogger Malaysia dan Indonesia @ link.


Spread the love

84 Comments

  1. Memang byk cabaran blogger ni.. tajuk entry ni lebih kurang dgn contest yg bro telah buat sebelum ni.. 🙂

  2. yups
    bila menjadi blogger memang kita perlu ada tanggungjawab kerana kita menyebarkan maklumat pada pembaca kita
    🙂

  3. mula saja menulis dalam blog… maka bermulalah detik hidup seorang blogger, semoga menjadi blogger yang terus bertanggungjawab di atas setiap penulisan dan berhemah dalam penulisannya…
    Curahan rasa yangbaik @ ..Antara pintu dan tingkapMy Profile

  4. bila difikarkan balik, dalam masa terdekat ni, dah fikir fikir balik, patut ke tak post yang pasal personal sangat sangat.

    ye la kan, privasi. hihihi.

  5. Nak menjaga etika seorang blogger tu yang paling penting, sometimes paling susah. Bukan boleh sembarang sembur. Tiada yang boleh lari dari undang-undang.

  6. mmg patut seorang blogger harus menjaga sensitiviti.Tidak kiralah dari segi apapun.yang penting jaga kepentingan dan maruah seorang blogger.

  7. Aku seorang blogger. yes, betul kata bro. even kita blogge, itu bukan lesen untuk kita tulis ikut sesuka hati kita. ikut perasaan kita. kena ada had and tahu etika seorang blogger.

    banyak saya belajar lepas 4tahun as blogger ni. even tak hebat mana tapi sikit sebanyak merubah my life. saya jadi berani share pendapat dengan ramai orang melalui blog tapi mesti belajar untuk “tidak menyinggung” mana-mana pihak. still belajar. hehehehe

    kite suke baca entry macam ni!!!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!