Aku Seorang Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa bezanya dengan perkataan aku seorang Usahawan, aku seorang Doktor, aku seorang Jurutera, aku seorang Cikgu atau Aku Seorang Blogger. Kalau 2-3 tahun lepas Blogger hanya aktiviti sambilan kepada sebahagian kecil masyarakat yang mahir dengan IT tetapi tidak lagi sekarang. Berapa ramai sekarang rakan blogger yang sudah berani mengatakan bahawa Aku Seorang Blogger sepenuh masa.

Untuk mengumumkan Aku Seorang Blogger adalah perkara mudah tetapi untuk menjaga etika profesion seorang blogger itu yang susah. Apabila kita sudah mengaku Aku Seorang Blogger maka kita juga mesti merasai diri kita seperti Usahawan, Doktor, Jurutera dan Cikgu yang mesti mempunya kod etika dan disiplin.

Menyelongkar rahsia Blog

Menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan menjana pendapatan untuk kehidupan keluarga adalah perkara lumrah sekarang. Jika nilai sebuah property atau harta tanah terletak pada lokasi, lokasi dan lokasi, nilai blogger sepenuh masa pula terletak pada trafik, trafik dan trafik. Lihat sahaja Google, Yahoo dan Facebook berusaha dengan berbagai cara untuk menguasai trafik sehingga sanggup mengeluarkan ratusan juta dollar membeli website yang mempunyai trafik yang tinggi.

Aku Seorang Blogger tidak boleh menjadii tiket untuk tulis apa sahaja atau publish apa sahaja gambar hanya kerana nak dapat trafik tanpa memikirkan sensitiviti Agama, keamanan Negara dan keharmonian Bangsa.

Aku Seorang Blogger akan terus berusaha supaya apa juga yang aku buat akan memberi manafaat bukan sahaja kepada blog denaihati tetapi kepada blog-blog lain terutama yang baru seperti tip blogging terbaik dan memberi manafaat kepada seluruh alam sebagaimana tagline Hidupkan Untuk Memberi. Top Blogger Malaysia bukanlah matlamat utama untuk Aku Seorang Blogger.

Bagaimana pula anda rakan blogger?

Nota : Jangan lupa baca tip blogging terbaik dari semua 60 rakan blogger Malaysia dan Indonesia @ link.


Spread the love

84 Comments

  1. ngeblog bagi saya saat ini untuk berbagi dan mencoba menulis hal-hal yang bermanfaat baik bagi diri saya pribadi maupun bagi mereka yang kebetulan membutuhkan informasi. Bagaimana dengan Anda…?

    Jangan dipikirkan terlalu keras, ngebloglah dengan hati… 😀

      1. bagi saya Baginya, ngeblog merupakan hoby, sarana penyalur bakat, mengisi waktu luang, media aktualisasi diri , meluaskan pergaulan, bertukar ilmu,

      2. Saya terinspirasi oleh kesuksesan Spencer Haws yang mampu mendulang $10,000 per bulan dari ratusan niche blognya yang dimonetisasi dengan Google Adsense.

  2. kalau dulu2, kita tahu masalah remaja anak2 muda adalah melepak. sekarang gelaja ni dah berkurang sebab ramai yang dah mula melibatkan diri menjadi blogger. nak jadi blogger, bukan senang. kena banyak ilmu di dada. bukan setakat mencatat diari emosi semata-mata.

    btw, commentluv x menjadi ni.

  3. wasalam..dulu masa start blogging, teringin juga nak buat sepenuh masa. tp kekadang tak ada idea. baru lah tahu, blogging tu bukan satu benda mudah, even though org cakap tulis je apa yang rasa nak tulis. hmm.. mmg betul kan, tp kena jugak fikir mcm sensitiviti dan keselamatan diri jugak. to me, blogging adalah hobi masa lapang 🙂 and thanks for all the tips, sgt useful

  4. rasanya setiap orang yang ada blog pun dipanggil blogger atau pemblog.cuma ke tahap mana mereka akan pergi sahaja membezakan sama ada serius atau sebaliknya dalam bidang ini..

  5. assalamualaikum bro
    Seorang blogger juga punya tanggungjawab besar
    pada negara, kan saudara.
    suka dgn kata-kata dalam entry ni

  6. teringin nak buat beberapa komuniti blogger untuk handle hanya untuk 1 blog.dah macam amanz.my dah 🙂

    bro denaihati,ada problem dengan commentluv ke?tak berfungsi pun…

  7. andaikata seorang blogger tu spenuh masaa, boleh buat pejabat sendiri la dengan syarikat yang ada ramai pekerja..hehe..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!